Sunday, May 13, 2012



bismillaahirrahmaanirrahiim


     Ada sekali sewaktu musykilah, sorang anak usrah ni meluahkan perasaan. Touching. Aku terasa kat hati.


Musykilah ana kali ni tak de la pasal dakwah sangat. Tak de bende pun. Tapi kadang kita terlepas pandang. Kita terlalu sibuk ke dauroh sana sini, kita terlalu sibuk berkejar adik-adik ke sana sini untuk dakwah, pergi usrah lagi, buat program lagi etc.. Tu tak campur dengan kerja ofis lagi (penulis:  akh ni dah bekerja). Kita sibuk sampai dah tak balik rumah untuk spend masa dengan family. Baru-baru ni ana balik Sabak Bernam dengan pakcik ana, nenek ana tengah sakit tenat. Ana betul-betul sedih. Ana betul-betul kecewa dengan diri sendiri. Nenek ana jaga ana sejak kecil lagi, tapi bila dah besar, bila dah buat DnT (da'wah dan tarbiyah), ana tak 'menjaga' dia langsung. Sekarang dah tenat, siapa nak jaga DnT dia?


     Riak wajah dia sedih. Kepala memandang ke bawah. Suasana dalam usrah senyap. Sebagai murobbi, aku speechless. Boleh je aku nak lontarkan beribu-ribu solusi dan teori kepada dia, tapi.....aku faham perasaan dia. Ini bukan masa untuk mendapatkan jawapan, tetapi masa untuk merasai 'roh' atau 'force' yang cuba disampaikan oleh akh tadi. Kan usrah salah satu wasilah untuk 'duduk dan beriman sejenak'?

     Ok ok. Back to the topic. Jujur. Banyak di kalangan kita memang all out habis dalam dakwah. Ke hulu hilir atas nama 'dakwah'. Orang-orang yang kita dakwah boleh terima hidayah lantaran usaha kita. Mad'u-mad'u kita mungkin kita kenal tak lama pun, setahun, dua tahun, dan mungkin tak terikat dengan apa-apa 'tali' dengan kita pun. Kadang-kadang tu ade yang 'kutip' tepi jalan je pun. Haha. Tapi, entah macam mana, orang yang paling rapat dengan kita, paling kenal kita, malah yang menjaga kita sejak kecil, yang tu tak dikira sebagai "mad'u" kita pun. Ironi. Sungguh ironi.

     Seminggu selepas itu, akhirnya nenek akh tadi pulang kepada Allah. Allaahumma yaghfirlaha warhamha. Luahan hati dari akh tadi benar-benar merupakan penampar sejibik untuk aku. Lagi-lagi bila kakak aku bakal berkahwin tak lama lagi. Camana dengan mak, adik dan kakak aku? bapak aku kuat pergi surau, so aku tak risau sangat.

     Kami  as in keluarga aku  selalu keluar berjalan-jalan di bandar dan kebanyakan masa berada dalam kereta. So aku cuba ambil kesempatan semasa dalam kereta untuk 'dakwah' mereka dengan bagi mereka mendengar beberapa ceramah yang aku kira boleh menyentuh hati seperti ceramah Dr. MAZA. Untuk beberapa ketika, mungkin cara ni berkesan. Lambat laun aku sedar, ini tidak mencukupi.

     Brader Nouman Ali Khan pernah cakap dalam salah satu ceramah dia (tak ingat yang mana satu), dakwah kepada keluarga ni tak sama seperti mana dakwah kita dengan 'non-family'. Pasaipa? Sebab depa ni dah kenai kita lama dah, sejak kecil lagi. Bukan setakat kenal dengan bilangan nombor tahun tu, depa ni kenai kita dari setiap segala selok-belok tentang diri kita. Mak kita tau kita suka makan apa, tau perangai kita macam mana, tau macam mana tak nak terguriskan hati kita, tau tabiat kita bila tengah lapar dan kenyang dan banyak lagi. Mana taknya, mak bapak kenal perangai kita sejak depa tukaq kain lampin kita lagi. Jangan berani cakap "depa tak kenai aku". Lagi-lagi kita ni dulu sebelum menyertai tarbiyah, tau-tau je la kan. Banyak menyusahkan mak bapak je keje.

     Selepas menjalankan 'kehidupan baru', tiba-tiba nak bagi ceramah kat depa pulak? Cerita pasal islam? Cerita pasal qadhaya ummah? Suruh tutup aurat? Boikot barangan israel?  Betul, itu salah satu cara, tapi still tak cukup lagi. Kamon la bro. Jadi realistik sikit la. Realiti yang banyak berlaku dalam kalangan kita, ceramah pum pam pum pam tidak memadai. Malah, ada antara ahli keluarga pandang kita dengan sinis dan berkata, "Cakap pasal islam boleh, tapi diri sendiri tak serupa 'islam' pun".

     Ok ok. Jadi panjang lebar pulak post ni. So terus kepada point. Kalau nak dakwah ahli keluarga di rumah, bukan dengan kata-kata, tapi dengan perbuatan. Depa tak perlukan pun nasihat-nasihat agama ni. Kau pergi amik penyapu lidi tu, pi sapu-sapu daun-daun kat depan rumah tu sampai bersih. Pastu pi amik mop, mop lantai kasi licin. Pi cari vacuum, vacuum satu rumah. Bilik air tu basuh sampai wangi. 'Hapuskan' pinggan mangkuk kat dalam sinki tuh. Buat kerja-kerja rumah, meski ko seorang lelaki. Hahaha. Gelak lah gelak. Tapi inilah cara yang berkesan. Da'wah bil haal  (dakwah yang mengedepankan perbuatan nyata).

     Setakat mana yang pernah aku cuba, alhamdulillah sangat berpuas hati. Boleh la kata 'berkesan' walaupun tak de la banyak mana pun kerja rumah yang aku buat. Bukan nak poyo-poyo cerita pasal pencapaian aku sekarang tapi memang terpanggil untuk menceritakan pengalaman sendiri kepada mereka di luar sana yang terasa 'buntu' dengan masalah keluarga . Papepun, aku sendiri rasa cara ini lebih berkesan daripada kononnya dakwah bercerita tentang islam. Berkesan macam mana? Entah. Pergi la cuba sendiri.

     Dalam kesibukan kita cuba kejut orang-orang yang sedang tidur dalam bangunan yang sedang terbakar, kadang kita terlupa dengan keluarga kita sendiri yang berada dalam bangunan tersebut. Atau mungkin ada yang 'buat-buat tak nampak'. Mak? Ayah? Abang? Kakak? Adik? Ya benar, kita sayang pada mereka, tetapi kesungguhan 'mengejut' mereka itu yang Allah mahukan. Papepun, dakwah kita di rumah seharusnya bersifat,


qudwah, qobla da'wah


contoh teladan, sebelum 'berda'wah'.




Jangan mengabaikan orang tua-mu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir.
[Hadith riwayat Muslim]


Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam  menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu."

[Muttafaq 'alaih]


Orang yang memutus hubungan kekeluargaan tidak akan masuk surga.

[Muttafaq 'alaih]


Cukup berdosa orang yang menyia-nyiakan tanggungjawab keluarga.

[hadits riwayat Abu Dawud]








Walaahu'alam bis sowabb




p/s1: pernah sekali tu, aku balik rumah. tiba-tiba kakak nampak dan terus tegur aku, "Woi. Ingat ni hotel ke nak keluar masuk keluar masuk sesuka hati?" Ya Allah. Kan dah jadi fitnah kepada dakwah dah?


p/s2: sempena hari ibu sedunia, aku selitkan post lama yang aku tulis berkaitan kelembutan belaian mak aku: Selamat Hari Ibu

Posted by Posted by zabed at 9:42 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>