Saturday, June 2, 2012


Bismillaahirrahamaanirrahiim


     Sedang menunggu rombongan pihak lelaki datang, aku duduk bersembang dengan sorang abang katering. Abang katering tu memulakan bicara,


"Ini first time saya kerja (dekat) majlis pertunangan sampai 80 orang datang."

"Tu lah. Dah macam kenduri kahwin dah ni. Nanti kenduri karang, berapa ramai pulak la nak datang ni.", aku balas.

"Sekarang ni kalau nak kahwin, paling kurang pun kena get ready RM50,000."

"Lima puluh ribu??? Bukan dua puluh ribu dah cukup ke?", aku hampir-hampir tersembuq.

"Mana (ada) dua puluh ribu. Saya dulu buat sederhana pun nak dekat RM80,000 jugak."


Eh? Abang ni muka muda lagi. Lalu aku memberanikan diri untuk bertanya,


"Abang sekarang ni umur berapa?"

"Saya 24 tahun. Kahwin dulu sewaktu 22 tahun."


Sekali lagi hampir-hampir nak tersembur. 22 tu boleh la nak kata umur aku sekarang.


"Oh muda lagi dah kahwin. Kakak saya yang nak bertunang ni sama umur dengan abang la. 24 tahun."

"Yeke? Tapi saya dulu tak ada rezeki,"


Kahwin awal pun tak ada rezeki? Kemudian telinga aku bertambah lebih khusyuk untuk mendengar bait-bait katanya selepas itu,


"Saya dulu bang...6 bulan lepas kami kahwin, isteri saya meninggal dunia eksiden kereta atas highway. Tak ada rezeki bang. Tak ada rezeki."


Innalillaahi wa inna ilaihi raaji'uun. Allaahumma yaghfirlaha wayarhamha wa'aafihi wa'fu'anha.

Riak wajah dia sedih..syahdu...


"Tak pe la. Nak buat camana bang. Sekarang nak kahwin kena sedia banyak duit. RM80,000..........*berhenti berkata*"


Aku rasa aku boleh agak apa abang tu nak cakap. Mungkin dia hampir-hampir nak kata duit RM80,000 tu dibazirkan macam tu je tetapi Allah Yang Memegang hati-hati manusia memelihara lidahnya dari bisikan syaitan yang direjam.


"Itu yang saya kata tak ada rezeki bang. Saya terima dengan seadanya." Alhamdulillah, tsummal hamdulillah. Allah masih lagi memelihara lidahnya, dan harapnya hatinya juga. Ameen. Kemudian bapak aku panggil,


"Zaid! Pi ubah kereta. Rombongan nak sampai dah!"

"Saya mintak diri dulu ye bang."

"Ok ok sila sila."


******



     Aku teringat sewaktu mula-mula menerima penangan "ISK" (ini sejarah kita) dan "Syahaadatul Haq". Roh jihad yang ada pada diri pemuda ini berapi-api dibakar untuk bangun dan merawat masyarakat. Guitar letrik di tangan kiri sudah bersiap sedia untuk dicampak keluar dari tingkap asrama. Diri ini sudah bersiap-siaga untuk syahid bertemu Allah pada bila-bila masa. Lagu-lagu Izzatul Islam dan Shoutul Harokah kerap kali dipasang dalam 'kuda perang' untuk terus istiqomah walau habuk yang diterima.

     Lama kelamaan, api-api tersebut makin pudar. Sekarang ramai yang sibuk membincangkan tentang perkahwinan. Ramai nak kahwin muda. Alhamdulillah, islam telah menunjukkan jalan alternatif kepada 'coupling' untuk pemuda-pemuda islam di malaysia dengan cara yang halal. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit ummat ini kembali kepada Allah.

     Tapi.....*ehem* di kalangan 'kita', kerancakan membincang isu perkahwinan kadang mengaburi roh jihad. Bila dibuka isu perkahwinan, rancak dan semua bertenaga dan membulatkan mata dan meluaskan minda dan segar berirama dan dan dan dan. Bila dibuka tender untuk keluar berjihad, semua monyok je. Hang buat la, dia ni tengah free, saya ada hal blablabla. Yes. Ini kata-kata yang keluar dari mulut aku sendiri. Semakin lama, roh jihad pada diri aku berkurangan.

     Oh. Jangan berburuk sangka pula. Fitrah manusia memang nak kahwin. Aku nak kahwin. Kenapa malu-malu menidakkan fitrah diri sendiri? Teruskan support brader-brader kita yang bakal berkahwin dan ucapan-ucapan baarakallah dan pujuk diri agar jadi seperti mereka juga.

     Tapi, perbincangan tentang kisah-kisah ikhwah akhawat yang keluar rumah mengharap redha Allah jangan dikurangkan atau di-slow-tune pula. Lazimi diri agar sentiasa ingat kata-kata sang mujaddid,


Orang yang bijak ialah orang yang mengolah seni kematiannya.


     Yes. Aku perlu mencari roh jihad aku kembali. Bismillah...



p/s: cadangan buku untuk dibaca untuk membangkit roh jihad: Taushiyah Untuk Aktivis Islam oleh Dr Najih Ibrahim. Serius terbakar.

Posted by Posted by zabed at 6:06 AM
Categories:

 

4 comments:

Pemimpi Tegar said...

Alhamdulillah. Moga makin serius dalam mengorak langkah. Sesungguhnya aku amat merindui para pemuda yang tidak lena tidur malam kerana banyak nyamuk. Eh. Kerana memikirkan masalah UNIM. :D

zabed said...

mula-mula pening jugak memikir siapa 'Pemimpi Tegar' ni. rupa-rupanya al-akh 'DON'. Hahaha. One day boleh jemput anta bagi taujih kat adik-adik2 UNIM ni. Insha Allah. :)

Pemimpi Tegar said...

Erkk. Bila ust don pandai berblog ni? Ahaks. :)

zabed said...

ustaz don pon bolehhh. haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>