Saturday, July 21, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Mula-mulanya aku ingat nak basuh dulang ala kadar je sebab kesuntukan masa. Tapi tiba-tiba shuppp  dapat satu ilham yang melekat dalam kepala sehingga sekarang.


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam (rahmatan lil 'aalamin).

[Al-Anbiya' (21): 107]



     Tersentak, aku pun basuh dulang dengan sebersih mungkin. Berkilat. Bukan setakat tu saja, aku amik penyapu pastu sapu kawasan tempat kitorang makan tu dengan secermat mungkin. Tak ada sisa-sisa makanan langsung walau sebutir nasi. Tak cukup lagi, aku pergi cari mop pastu mop lantai sehingga lantai tersebut 'reflect' cahaya lampu. Inilah penangan hidayah. Amik kau.

     Ok ok ok. Bukan nak bajet bagus kat sini, tapi ayat Quran di atas ni betul-betul buat aku tersentak sehingga setiap kerja yang aku buat diteliti habis. Sebab, kita adalah rahmatan lil 'aalamin. Setiap benda yang kita buat akan dipertontonkan kepada manusia. Dulang yang bersih, lantai yang berkilat dan bebas sampah boleh menjadi 'rahmat' bukan kepada ikhwah (baca: peserta program/daurah/etc.) sahaja, tetapi orang-orang yang di luar sana tu.


"Ish bagus la orang-orang pertubuhan (*bleeeep*) ni. Kalau diorang berprogram kat sini, mesti bersih je kawasan masjid kita ni. Tak macam orang lain, buat sepah je keje."


"Bagus la kawan-kawan Afiq (bukan nama sebenar) ni. Kalau abang kau dan kawan-kawan dia datang rumah ni (tempat tidur semasa berjaulah), mesti tinggal dalam keadaan bersepah. Tapi kawan-kawan kau ni pandai mengemas. Macam perempuan pulak. Haha."


"Biar betul abang ni engineer? Tapi buat kerja-kerja catering? (cedok nasi dan lauk untuk peserta, bancuh air, ikat plastik sampah, etc.) "



     Perkara-perkara yang luar biasa, yang di luar norma kehidupan manusia. Itulah antara perkara yang dapat menyentuh hati-hati manusia. Kita buat sesuatu yang lebih baik dari kebiasaan manusia, maka ia menjadi sesuatu 'yang melembutkan' atau 'jelmaan kasih sayang' (baca kedua-dua perkataan ni sebagai rahmat).

     Selepas kejatuhan kerajaan islam, manusia dahagakan kasih sayang. Lalu, diciptalah berbagai-bagai jenis isme yang kononnya dapat melembutkan hati mereka. Tell me, apa jenis isme yang betul-betul boleh menggantikan 'rahmat' atau 'kasih sayang' ini? Sejarah membuktikan sosialisme dan komunisme telah gagal. Sekarang ni ummat berpegang kepada kapitalisme, tetapi itu pun bakal jatuh. Bukti boleh dilihat di depan mata. Kalau nak lebih jelas, Batman: The Dark Knight Rises dengan cemerlangnya berjaya 'menghidupkan' keburukan sistem kapitalis itu sendiri.

     Mungkin kerja-kerja mengemas dan membersihkan tempat-tempat program atau jaulah adalah usaha kecil, tetapi siapa tau sekecil-kecil usaha macam tu pun dah boleh jadi suatu bentuk kelembutan hati pada orang-orang luar. Mereka nampak sinar kebangkitan islam itu ada harapan pada sisa-sisa tinggalan kita. Sebab mereka dahagakan kasih sayang!

      Akhirnya, aku faham sedikit mengapa pemuda yang pada asalnya begitu benci kepada Rasulullah menangis selepas baginda meletakkan tangannya di atas dada pemuda tersebut. Kerana kasih sayang. Rahmatan lil 'aalamin. Allaahu Allah. Touching aku bila baca hadits tersebut. *sniff*


Kita akan perangi manusia dengan kasih sayang ! - Hasan Al-Banna


Posted by Posted by zabed at 1:51 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>