Thursday, August 9, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Selepas berkonvo, aku ada apply untuk sambung belajar kat uni. yang sama, dan baru sebentar tadi aku dapat jawapan yang sangat mengecewakan. Application unsuccessful. Ini betul-betul teramatlah tamparan yang hebat sebab aku tersangat-sangat confident bahawa application diterima.

     Kecewa. Serius kecewa. Tapi tu lah, ini betul-betul memang kelemahan aku sendiri. Terlalu rilek. Terlalu konfiden. Memandang enteng 'perjuangan' untuk memohon sambung belajar. Seolah-olah macam aku memandang rendah orang-orang di admission office dan lecturer di uni. ni. Confident level terlampau tinggi sehinggakan lupa yang memegang hati-hati lecturer tersebut (diorang yang decide aku tak boleh sambung) adalah Allah. Confident sehingga lupa bahawa Allah yang Menentukan. Ini masalah LALAI. Ambil ringan. Dan akhirnya aku terpaksa menelan hakikat ini dengan pahit. I learnt the hard way macha.

     Kerana terlalu confident, tentera islam kalah semasa Perang Uhud. Bilangan mereka lebih ramai dari tentera musyrik membuatkan ada di kalangan mereka yang memandang enteng perang kali ni.

     Kerana berada di puncak dunia, orang-orang islam mula meninggalkan perjuangan dakwah pada era Abbasiyah. Mereka lalai, kerana sangkaan mereka terlalu hebat dari segi apa-apa pun, you name it. Akhirnya Allah menghina mereka dengan serangan dari tentera Mongol, yang sebenarnya mereka terlalu doif gila tak mempunyai apa-apa......PUN boleh kalahkan kuasa besar Abbasiyah ketika itu. HQ islam baiiii kena serang.

     Apa jawapan Allah kepada mereka-mereka yang terlalu confident, yang melupai hakikat bahawa Allah yang Menentukan segalanya?


"Dari mana datangnya (kekalahan Perang Uhud) ini?"

Qul hua 'indi min anfusikum!
Katakanlah: itu dari (kesalahan) dirimu sendiri!

[Ali 'Imran (3): 165]



     Memang kasar....memang pahit dapat jawapan macam ni. I feel you bro. Tapi memang betul pun jawapan ni. Sebab diri sendiri. Takabbur sampai tak nak salahkan diri sendiri, akhirnya Allah balas jawapan yang setepek kena kat muka sendiri! Amik kau!

     Kalau kita tengok sejarah perjuangan islam, majoriti (atau mungkin kesemuanya?) menang kerana rasa kebergantungan kepada Allah. Ada perasaan 'perlunya ada Allah untuk menolong kami'. Allah...tolong kami...tolong kami ya Allah untuk memenangi perjuangan ini. Bukannya perasaan seperti 'alah..konferm menang punya lah sebab Allah di pihak kami (lalu tak perlu berusaha)', atau 'islam agama benar, jadi tak payah lah nak berusaha kuat sangat'. Ini bukan perasaan 'perlunya Allah', ini kerja cincai ni, main lepas je tangan macam menyuruh Allah pulak buat kerja dia. Sapa boss sekarang??

     Di perang Badar, Rasulullah berdoa dengan cukup sayu dan sangat tragis sehinggakan sahabat berkata kepada nabi, "Cukuplah", sedangkan peperangan tersebut adalah peperangan yang menentukan masa hadapan islam! Sepatutnya islam menang la kan? Tapi nabi doa jugak dengan sekhusyu' mungkin, 'perlunya ada Allah untuk menolong kami'.


Ya Allah, hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah, jika Engkau berkehendak (membuat hamba kalah), Engkau tidak akan disembah setelah hari (peperangan) ini.

[hadits riwayat Bukhari]



     Perang Badar satu contoh yang paling ideal. Contoh-contoh lain seperti peperangan yang berlaku pada Ramadan:


1. The Conquest of Andalus: Apa ni?? 12,000 tentera islam lawan 100,000 tentera kerajaan Visigoth? Tentera islam start menyerang (sampai Gibraltar) pada April 30 711, dan mereka menang (selepas the Battle of Guadalete) pada 19 July 711. Tau tak tarikh kemenangan mereka bersamaan dengan 28 Ramadan 92 Hijrah? KENAPA KENA BULAN RAMADAN JUGAK BARU MENANG???


2. The Battle of 'Ain Jalut: peperangan antara tentera islam (mamluk) versus tentera Mongol. 2 tahun sebelumnya, Baghdad a.k.a HQ islam kena serang dengan teruk oleh tentera Mongol. HQ dah kena serang teruk, pastu ada hati lagi nak lawan dengan tentera Mongol? Takdir Allah, tentera islam menang. Kita menang pada tarikh 25 Ramadan 658 Hijrah.









     Dan banyak lagi contoh-contoh peperangan yang terlalu osem berlaku pada bulan Ramadan. Kenapa kena Ramadan jugak? Seolah-olah peristiwa-peristiwa osem yang berlaku pada bulan Ramadan ada kena mengena dengan ayat 186 surah al-Baqarah:



Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

[Al-Baqarah (2): 186]




     Kalau korang perasan dalam muka surat yang ada ayat 186 ni (muka surat 28), ayat-ayat sebelum ayat 186 ni berkisar tentang puasa dan bulan Ramadan. Why macha??? You figure it out yourself.

     Berada di bulan Ramadan; bulan di mana matahari menjadi sangat terik, bulan menahan perut dari makan dan banyak lagi 'kekurangan' yang boleh dilihat dari segi fizikal. Seolah-olah seperti bulan 'simulasi', bahawa segala 'kekurangan' merupakan wasilah (jalan) kepada betapa 'perlunya Allah menolong kami'. Lagi kita 'cacat', lagi kita memerlukan Allah. Dan Allah memakbulkan hajat mereka yang betul-betul memerlukanNya. Subhaanallah.

     Mungkin pada bulan Ramadan kita lemah atau lemau dalam berdakwah kerana faktor-faktor fizikal seperti lapar atau cuaca. Tetapi kelemahan faktor-faktor fizikal inilah yang seharusnya membuat kita rasa lebih perlunya Allah untuk menolong kita. Kita lebih beriman bahawa Allah yang Menentukan segalanya, bukan makhluknya.

     Kalau cukup dari segi fizikal seperti banyak duit, badan tough, kereta mantap dan lain-lain, dikhuatiri kita terlebih confident yang menghala ke arah takabbur, sejurus kita memandang rendah pada Allah, Tuhan yang Menentukan segalanya. Maha Benar lah Allah dengan 'mengejut' orang-orang yang lalai tertidur dengan kata-kataNya:



Qul hua 'indi min anfusikum!!



     Oh yeah. Peringatan ini bukan hanya sah pada bulan Ramadan saja, bahkan applicable pada setiap masa nak buat kerja dakwah. Segala kekurangan yang ada pada kita, itulah hadiah dari Allah agar kita lebih kerap merasakan perlunya Allah untuk menolong kita. Alhamdulillah, kerana peristiwa di-reject untuk sambung belajar inilah yang membuatkan aku lebih khusyu' untuk beribadah pada 10 malam terakhir ini. Subhaanallah. Rabbana maa kholaqta haadzaa baatila, subhaanaka faqinaa 'adzaabannaar.















Wallaahu'alam bis sowabb.





Posted by Posted by zabed at 1:11 PM
Categories:

 

4 comments:

Suria Arjuna said...

Uh pedih.. Allah sayang tu..

zabed said...

insha Allah

hustler said...
This comment has been removed by the author.
hustler said...

قل هو من عند انفسكم pembetulan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>