Sunday, June 24, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Dalam buku 'Men are from Mars, Women are from Venus' (MMWV), lelaki dianalogikan seperti 'rubber band' atau getah dalam sesuatu 'relationship' tu. Getah kalau ditarik sampai ke tahap 'ketegangan maksimum' kemudian dilepaskan, getah tersebut akan cepat-cepat kembali kepada bentuknya yang asal (initial position). Pada suatu periode, lelaki sedikit demi sedikit akan menjauhkan diri daripada pasangannya sehinggalah 'tahap ketegangan maksimum', maka lelaki tersebut akan cepat-cepat mendapatkan pasangannya dan menjadi lebih 'loving'.

      Aku rasa analogi ni bukan sahaja praktikal kepada perhubungan 'lovey dovey' saja, bahkan ianya menerangkan karakteristik seseorang lelaki dalam dunia dakwah dan tarbiyah (DnT) juga. *Aku tak tau la kalau perempuan pun camni jugak.* Lemau dalam dakwah. Futur.

     Menurut buku MMWV, antara punca perceraian sesuatu/sesebuah pasangan tu adalah berpunca apabila 'getah' ditarik melebihi 'tahap maksimumnya', maksudnya getah tu putus la. Nak tau sebab-sebab putusnya getah tersebut, silalah baca sendiri buku tersebut. Panjang dan banyak.

     'Yang tidak terisi, tidak bisa mengisi'; bila fenomena ini berpanjangan, lambat-laun 'getah' akh tersebut akan putus dan hantar sms yang cukup sayu, "Akh, minta maaf. Ana dah tak tahan dah. Terima kasih untuk segala-galanya. Korang teruskan perjuangan. Assalaamualaikum." Innalillaahi wa inna ilaihi raaji'un.

     Kerja DnT sememangnya kerja 'mengisi' (baca: memberi, dakwah, takwin, etc.) dan suatu norma sampai satu tahap kalau tidak 'diisi', maka kosonglah bekalan kita. Kemudian, kita teruskan juga kerja 'mengisi', padahal diri sendiri 'tidak terisi'. Kalau berpanjangan, BOM! Putuih la 'getah' kita. Na'udzubillaahi min zaalik.

      Bagaimana nak isi balik bekas kita yang kekosongan tu? Ada banyak cara. Antaranya ialah baca kisah-kisah perjuangan tokoh-tokoh islam seperti para sahabat sendiri dan ahli-ahli ikhwan. Sebagai contoh, sejarah perjalanan hidup Sayyid Qutb.

     Kalau baca buku-buku Sayyid Qutb pun boleh terangkat, apatah lagi sejarah perjuangan beliau. Lebih lagi terangkat. Kehebatan buku-bukunya tidak bergantung kepada kandungan semata-mata. Buku-bukunya menjadi lebih bermakna selepas kematian beliau. Susah nak cari manusia yang betul-betul hidup atau praktis dengan apa yang ditulisnya, tetapi Sayyid Qutb bukan setakat 'menghidupkan', bahkan mati kerananya juga.




Shortly before his scheduled execution, an emissary of Nasser came to Sayyid Qutb asking him to sign a petition seeking mercy from the president. Sayyid Qutb's reply was forthright:

If I have done something wrong in the eyes of Allah, I do not deserve mercy; but if I have not done anything wrong, I should be set free without having to plead for mercy from any mortal.
[Zafar Bangash, Remembering Sayyid Qutb: An Islamic Intellectual and Leader of rare insight and integrity ]


     Dan bukan setakat Sayyid Qutb sahaja, banyak lagi tokoh-tokoh ikhwan lain seperti Imam Hasan al-Banna sendiri, Yahya 'Ayyash, Yusuf Hawwash etc., yang kalau kita baca kisah perjuangan mereka......Alllah....naik iman, bergelora semangat jihad.

     Sebab tu buku 'Aku dan Ikhwan Muslimin' karya Syeikh Yusuf Al-Qaradawi meletup gila hasil jualannya pabila diterjemahkan ke bahasa malaysia sebab buku tu sendiri menceritkan pengalamannya dan ahli-ahli ikhwan yang lain dalam perjuangan mereka di bumi Mesir.

      Bila kita dengar atau baca kisah-kisah perjuangan ikhwah kita....kagum. Serius kagum. Kekaguman yang membuahkan semangat. Semangat yang membuahkan amal. Maka 'terisi' lah iman kita, kemudian kita menyambung kerja 'mengisi'. Insha Allah.

      Aku tulis post ni pun sebab aku baru lepas baca kisah-kisah Sayyid Qutb semasa dalam penjara. Tu yang terasa macam nak 'mengisi' tuh. Haha alhamdulillah :)

     Papepun, jangan biarkan diri anda tidak terisi. Kalau perlu rehat, rehatlah sekiranya itu lebih baik daripada 'meninggalkan'. Tetapi, kerehatan itu sebenarnya 'mematikan'.


Bergeraklah, kerana diam bisa mematikan. Sebesar-besar keuntungan di dunia, adalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yang memberikan manfaat paling banyak di akhirat. Menyia-nyiakan waktu, lebih bahaya daripada kematian. Kerana ia memutuskan mu daripada Allah dan akhirat, sedangkan kematian hanya memutuskanmu dari dunia dan penghuninya.

[Ibnu Qayyim]


     Rehat (dalam DnT) = isi diri sendiri, bukannya rehat = 'mematikan'.





Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 4:01 AM
Categories:

0 comments  

Thursday, June 14, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim


     Aku teringat semasa musim exam, selalu betul kita mengharapkan waktu-waktu 'selepas kesibukan' tersebut.


"Ya Allah cepat lah habis exam. Cepat lah habis exam."


     Bagi kita yang bekerja untuk dakwah dan tarbiyah (DnT), selalu betul kita mengimpikan waktu-waktu selepas kesibukan untuk kembali all-out dalam dakwah, untuk kembali merealisasikan kata-kata syaikh Hasan al-Banna,


"tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada"


     Sampai kadang-kadang tu ada yang sanggup menolak offer kerja atau praktikal semata-mata nak mengisi 'waktu yang diimpikan' tersebut dengan aktiviti-aktiviti tarbiyah. Woww........


..
...
...
....
......
........
........
.........
.................
.............................
..........................................
.................................................


     Tetapi realitinya.....ironinya....indah khabar dari rupa. Tsk tsk tsk. Kita disibukkan dengan kerja-kerja dunia dan ketika itu kita mengimpikan 'waktu-waktu yang lapang' untuk kembali bergiat dalam DnT. Bagus la mengimpikan waktu-waktu yang diisi dengan DnT, tapi pabila waktu-waktu yang diimpikan itu tiba, kita lupa fakta bahawa


"Rehat adalah bukti kelalaian da'i."


      Realitinya...bila terlebih banyak waktu lapang, kita jadi futur. Futur sebab banyak berehat. Oh. Ini yang berlaku kat aku sebenarnya.

     Aku teringat sewaktu tahun pertama dan kedua buat praktikal/latihan industri/internship, sangkaan aku pabila disibukkan dengan kerja-kerja dunia, memang tak ada masa atau kesempitan waktu untuk ber-DnT. Sangkaan je jep. 'Sangkaan' je. Benarlah firman Allah, kekuasaan Allah itu boleh datang dari arah yang kau tak sangka-sangka langsung,


Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.

[At-Talaq (65): 2-3 @ ayat seribu dinar]


     Period yang dikatakan sangat sibuk dengan kerja dunia, period itulah period yang paling produktif sekali dalam bidang DnT. Macam mana boleh jadi produktif sedangkan aku sangat sibuk (kononnya)? Aiseh bro. Takkan nak cerita kat sini kot. Try la dulu.

     Hakikatnya, lagi banyak tanggungjawab yang kita kena pikul, kita slowly menjadi orang yang lebih 'reliable'. Dan pastinya, dakwah ini empunyaNya ialah Allah. Maka Allah yang akan menentukan output kepada usaha kita.

     Kita menunggu sehingga waktu lapang barulah kita boleh 'buat kerja'. Ini bukan masalah 'tak cukup masa', 'tak cukup ilmu', 'kekangan keluarga', 'banyak lagi jahiliyah tak buang' dan lain-lain. Ini masalah 'kau nak ke tak nak'. Ini masalah kemahuan diri sendiri. Mujaahadun linafsih. Berkali-kali kita diperingatkan dalam surah an-Nas yang pendek tu, bahawa dalam hati kita ada pertarungan antara syaitan dan iman. Masalah teknikal tolak ke tepi dulu.

      Walaupun dibentangkan karpet merah, walaupun disediakan kereta mewah untuk bergerak, walaupun cuaca pada hari itu sangat cerah yang tidak panas atau mendung, walaupun diberi tempat yang sungguh kondusif, tapi kalau awal-awal lagi hati dah menolak, tak guna jugak jep.

     Seorang ibu yang mengandung, boleh je nak mintak excuse untuk tak bawak usrah. Tapi beliau tetap gigih jugak untuk berulang alik dari Pahang ke Banting setiap minggu untuk bawa usrah adik-adik kat sana. Driving sendiri tuh, bukannya ada driver.

     Seseorang yang tinggal di kawasan yang tak establish lagi sistem usariah (ketika itu), boleh je untuk mintak excuse untuk quit usrah sehinggalah establish sistem usariah kat situ. Tapi beliau tetap gigih jugak untuk berulang alik pergi usrah dari Tanjung Malim ke Serdang hanya menaiki motor kapcai sahaja. Tak lalu highway jep. Lalu jalan kampung. Banyak gila lori.

      Seseorang yang baru habis kerja pada petang jumaat, tanpa pulang ke rumah beliau straight bertolak 3 jam ke tempat dauroh untuk beri pengisian selama weekend tersebut. Tak ada la pulak beliau menolak atau beri alasan 'penat baru balik dari kerja'.

     Seorang murobbi, setiap minggu selepas habis usrah mesti belanja anak-anak usrah dia makan malam sehinggakan pada pertengahan bulan (pertengahan bulan ye, bukan akhir bulan), beliau sudah kehabisan duit elaun biasiswa. Tak pernah pulak beliau complain kata 'duit elaun biasiswa tak cukup'.

     Ini semua masalah hati, bukannya masalah teknikal. Kita nak atau tidak. Kemahuan kita adalah segalanya. Dakwah ini tidak digerakkan oleh teknologi-teknologi yang canggih atau 'alat-alat', tetapi dakwah ini digerakkan oleh manusia-manusia yang berjiwa besar. Mereka yang mempunyai kemahuan yang tinggi. Mereka yang mempunyai keimanan yang mendalam. Mereka yang nak!

      Sama jugak halnya dengan 'tak ada masa'. Bukan tak ada masa, hakikatnya kita nak atau tidak. Betul kenyataan syaikh Hasan al-Banna tentang tanggungjawab kita tu, tetapi realitinya,


"Masa yang ada terlalu banyak untuk tanggungjawab kita"


      Serius la cerita pasal ibu mengandung ulang alik dari Pahang ke Banting tu buat aku ternganga sampai sekarang. Aku rasa kalau kita bagi alasan-alasan teknikal untuk menolak kerja-kerja dakwah, macam mengundang penyepak je. Aku rasa je. Bukannya betul pun.

     Apa guna belajar tafisr surah An-Nas kalau setakat nak bagi taujih dalam usrah? Apa yang kita buat 'selepas kesibukan yang melampau'?

     Papepun, jangan salah faham pulak. Tidur merupakan keperluan dan juga ibadah. Tapi kalau terlebih tidur......aku tak tau la nak panggil ibadah ke tak. Haha.


      Konklusinya, kau nak ke tak? Kalau tak nak, berdoalah kepada Allah agar dikurniakan hati yang cenderung kepada syahid di jalan Allah. Ameen.


Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwanya itu) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

[As-Shams (91): 8-10]



Kalau iman dan syaitan terus bertempur, pada akhirnya salah satu harus mengalah - Ustaz KH Rahmat Abdullah.


Wallaahu'alam bis sowabb.


post yang berkaitan: Syok sendiri dengan masa yang ada.

Posted by Posted by zabed at 3:50 AM
Categories:

0 comments  

Thursday, June 7, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim


     Hari ni bukak surat khabar, banyak gila kes-kes anak derhaka kepada ibu bapa dilaporkan. Kalau nak rasa 'extreme' sikit, baca surat khabar metro dan seumpamanya. Haha. Dan kalau bukan laporan kes sekalipun, mesti ada laporan statistik tentang anak tidak menghargai jasa ibu bapa seperti teenage pregnancy, lari dari rumah, anak hantar mak bapak ke pusat penjagaan orang tua dan sebagainya.

      Baru-baru ni kat facebook ada orang share gambar yang mak dia bagi macam-macam kat anak perempuan dia, siap puji lagi dan bagai, tapi bila besar anak dia mengandung kemudian mak tu complain, "What have I done wrong?". Aku cuba cari gambar tu tapi tak jumpa. Haha mungkin dah outdated kot.

     Dan tujuan kepada laporan kes dan statistik tadi adalah supaya anak-anak yang membaca tersebut merasa insaf kerana mengingatkan jasa dan pengorbanan ibu bapa. "Ibu bapa dah banyak berkorban untuk anda begini begini begini dan begini". Tapi aku rasa majoriti golongan anak yang baca ni buat dek je. Jap, kes anak tidak menghargai ibu bapa bukan kes baru pada tahun 2012 sehinggakan masuk surat khabar. Sejak dari sekolah rendah lagi ada je keluar dekat surat-surat khabar. Riuh. Bukan setakat tu, soalan karangan BM PMR atau SPM pun mintak kita sebagai anak menulis satu karangan fakta tentang peranan ibu bapa. Tapi statistik kes-kes sebegini tetap tak berkurang.

     Dan bila pulak anak tu betul-betul nak menghargai jasa ibu bapa? Bila anak tu dah berkahwin dan mempunyai anak. Lagi-lagi anak yang pertama. Ramai orang tau kan fakta ni? Kat filem-filem hollywood banyak bagi gambaran sudah. Papepun, aku orang paling tak layak sekali nak membenarkan fakta ni sebab aku tak berkahwin lagi apatah sudah mempunyai anak.

     Semasa musim cuti 'summer break' ni kononnya, sedikit demi sedikit aku mula merindui 'anak-anak'. Lagi-lagi anak-anak yang tinggal berjauhan. Bertambah pilu pabila salah seorang anak-anak tersebut sudah grad dan peluang untuknya sambung kerja di sekitar KL adalah tipis. Aish terasa macam perempuan la pulak cakap benda-benda gini. Hahaha.

     Papepun, kita semua tahu ada 4 elemen penting dalam usrah (sebenarnya aku konfius ada 3 ke 4?): murobbi, mutarobbi, manhaj dan bi'ah. Dan semua tahu tugas menghidupkan usrah yang muntij bukan hanya terletak pada bahu murobbi seorang sahaja, bahkan mutarobbi pun sama. Ya, ini tugas memberi, memberi dan memberi dan sememangnya weightage paling banyak dikenakan pada murobbi itu sendiri.


*memberi tidak bermaksud hanya memberi taujih dalam usrah semata. Memberi dalam erti kata 'peranan seorang murobbi'. Rujuk balik empat peranan murobbi.


      Perasaan rindu dan sayang ini bertitik-tolak bukan ketika kita diberi, padahal pabila kita yang memberi.

     Aku teringat satu kisah yang di-share di facebook atau di blog. Kisah seorang jutawan yang tidak pernah merasa puas. Ada duit je, beli kereta sport. Ada duit je, beli rumah besar. Ada duit je, beli segala benda yang dia nak. Last-last hampir semua benda kat atas dunia ni yang orang ramai terkejar-kejar, dia dah ada. Tapi hati dia tetap tak puas. Dah mempunyai harta pun tetap tak tenang. Akhirnya dia berkawan dengan sorang member ni lalu member ni mengajak dia untuk turun pergi ke kawasan orang-orang miskin dan susah. Lalu, harta yang diperoleh banyak gila tu dia sedekahkan kepada orang-orang miskin tersebut. Salah seorang miskin tersebut mendoakan sesuatu yang membuatkan si jutawan ni menangis. Lalu, akhirnya timbullah perasaan kepuasan pada dirinya kerana peranannya sebagai pemberi.


Video 'The Ultimate Purpose of Life - CNN Hero Narayanan Krishnan'. Serius kena tengok untuk mendapat perasaan 'soo inspiring'.


     Baru aku memahami sedikit perasaan ibu bapa. Sedikit saja. Kaum ibu bapa adalah kaum yang sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan. Walaupun terpaksa menanggung beban di perut selama 9 bulan, tak ada lah pulak si ibu ni nak membenci anak dia pabila bersalin kelak. Malah, kasih sayangnya bertambah-tambah lagi. Anak yang tak berjasa apa-apa kat ibu bapa itu dianggap sebagai Qurratu 'ayn  (penyejuk mata) bagi diri seorang ibu yang bersusah payah membesarkannya. Wowww. What kind of wizardry is this??

      Perasaan sayang murobbi kepada mad'u-nya bertitik-tolak dari pengorbanannya. Tiada pengorbanan tanpa cinta. Dakwah itu cinta.


"Dakwah adalah cinta. Cinta itu membutuhkan pengorbanan. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk dan tidurmu."

Ustaz KH Rahmat Abdullah


     Dan begitu juga pada diri mutarobbi. 'Cinta' kepada murobbi (yucksss) yang bertitik tolak dengan pengorbanan. Erti hidup pada memberi. Betul la kata-kata hero kita bernama Narayanan Krishan:


What is the ultimate purpose of life? It's to give. Start giving. See the joy of giving.



Wallaahu'alam bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 7:34 PM
Categories:

0 comments  

Saturday, June 2, 2012


Bismillaahirrahamaanirrahiim


     Sedang menunggu rombongan pihak lelaki datang, aku duduk bersembang dengan sorang abang katering. Abang katering tu memulakan bicara,


"Ini first time saya kerja (dekat) majlis pertunangan sampai 80 orang datang."

"Tu lah. Dah macam kenduri kahwin dah ni. Nanti kenduri karang, berapa ramai pulak la nak datang ni.", aku balas.

"Sekarang ni kalau nak kahwin, paling kurang pun kena get ready RM50,000."

"Lima puluh ribu??? Bukan dua puluh ribu dah cukup ke?", aku hampir-hampir tersembuq.

"Mana (ada) dua puluh ribu. Saya dulu buat sederhana pun nak dekat RM80,000 jugak."


Eh? Abang ni muka muda lagi. Lalu aku memberanikan diri untuk bertanya,


"Abang sekarang ni umur berapa?"

"Saya 24 tahun. Kahwin dulu sewaktu 22 tahun."


Sekali lagi hampir-hampir nak tersembur. 22 tu boleh la nak kata umur aku sekarang.


"Oh muda lagi dah kahwin. Kakak saya yang nak bertunang ni sama umur dengan abang la. 24 tahun."

"Yeke? Tapi saya dulu tak ada rezeki,"


Kahwin awal pun tak ada rezeki? Kemudian telinga aku bertambah lebih khusyuk untuk mendengar bait-bait katanya selepas itu,


"Saya dulu bang...6 bulan lepas kami kahwin, isteri saya meninggal dunia eksiden kereta atas highway. Tak ada rezeki bang. Tak ada rezeki."


Innalillaahi wa inna ilaihi raaji'uun. Allaahumma yaghfirlaha wayarhamha wa'aafihi wa'fu'anha.

Riak wajah dia sedih..syahdu...


"Tak pe la. Nak buat camana bang. Sekarang nak kahwin kena sedia banyak duit. RM80,000..........*berhenti berkata*"


Aku rasa aku boleh agak apa abang tu nak cakap. Mungkin dia hampir-hampir nak kata duit RM80,000 tu dibazirkan macam tu je tetapi Allah Yang Memegang hati-hati manusia memelihara lidahnya dari bisikan syaitan yang direjam.


"Itu yang saya kata tak ada rezeki bang. Saya terima dengan seadanya." Alhamdulillah, tsummal hamdulillah. Allah masih lagi memelihara lidahnya, dan harapnya hatinya juga. Ameen. Kemudian bapak aku panggil,


"Zaid! Pi ubah kereta. Rombongan nak sampai dah!"

"Saya mintak diri dulu ye bang."

"Ok ok sila sila."


******



     Aku teringat sewaktu mula-mula menerima penangan "ISK" (ini sejarah kita) dan "Syahaadatul Haq". Roh jihad yang ada pada diri pemuda ini berapi-api dibakar untuk bangun dan merawat masyarakat. Guitar letrik di tangan kiri sudah bersiap sedia untuk dicampak keluar dari tingkap asrama. Diri ini sudah bersiap-siaga untuk syahid bertemu Allah pada bila-bila masa. Lagu-lagu Izzatul Islam dan Shoutul Harokah kerap kali dipasang dalam 'kuda perang' untuk terus istiqomah walau habuk yang diterima.

     Lama kelamaan, api-api tersebut makin pudar. Sekarang ramai yang sibuk membincangkan tentang perkahwinan. Ramai nak kahwin muda. Alhamdulillah, islam telah menunjukkan jalan alternatif kepada 'coupling' untuk pemuda-pemuda islam di malaysia dengan cara yang halal. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit ummat ini kembali kepada Allah.

     Tapi.....*ehem* di kalangan 'kita', kerancakan membincang isu perkahwinan kadang mengaburi roh jihad. Bila dibuka isu perkahwinan, rancak dan semua bertenaga dan membulatkan mata dan meluaskan minda dan segar berirama dan dan dan dan. Bila dibuka tender untuk keluar berjihad, semua monyok je. Hang buat la, dia ni tengah free, saya ada hal blablabla. Yes. Ini kata-kata yang keluar dari mulut aku sendiri. Semakin lama, roh jihad pada diri aku berkurangan.

     Oh. Jangan berburuk sangka pula. Fitrah manusia memang nak kahwin. Aku nak kahwin. Kenapa malu-malu menidakkan fitrah diri sendiri? Teruskan support brader-brader kita yang bakal berkahwin dan ucapan-ucapan baarakallah dan pujuk diri agar jadi seperti mereka juga.

     Tapi, perbincangan tentang kisah-kisah ikhwah akhawat yang keluar rumah mengharap redha Allah jangan dikurangkan atau di-slow-tune pula. Lazimi diri agar sentiasa ingat kata-kata sang mujaddid,


Orang yang bijak ialah orang yang mengolah seni kematiannya.


     Yes. Aku perlu mencari roh jihad aku kembali. Bismillah...



p/s: cadangan buku untuk dibaca untuk membangkit roh jihad: Taushiyah Untuk Aktivis Islam oleh Dr Najih Ibrahim. Serius terbakar.

Posted by Posted by zabed at 6:06 AM
Categories:

4 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>