Thursday, August 30, 2012



Bismillaahirrahmaanirrahiim



melantak [kredit]



     Hari pertama aku nak puasa enam, terasa culture shock. Rasa macam tak biasa pulak puasa-puasa ni, padahal tak sampai 2 minggu pun Ramadan tinggalkan kita. Godaan nak berbuka tu sangat tinggi. Sebab setan dah lepas? Haha. Gile tahpape alasan.

     Bila nak berbuka, aku order banyak; nasi putih, daging merah dan telur bungkus. Padahal aku tau sebenarnya makan nasi dan satu lauk pun dah cukup dah sebenarnya. Awat ni cheq?? Terasa macam budak-budak yang baru nak start puasa pulak.

     Itu baru bab puasa. Tak sebut lagi amalan-amalan sunat yang gah kita lakukan seperti baca quran, solat sunat sebelum selepas, sedekah, qiam dan lain-lain. Berterabur gila selepas Ramadan.

     Selalu kita dengar frasa "ujian sebenarnya bermula sekarang", bermaksud ujian iman itu bermula selepas Ramadan. Cliche. Ramai dah sebut. Tapi tu lah realiti.

     Ada satu group usrah, mereka memulakan halaqoh mereka dengan membaca tasbih kifarah (macam ni eh eja?) dan surah wal 'asr. Dan mereka menutup dengan bacaan surah al-faatihah. Aku tak typo ni. Memang betul. Start dengan 'tasbih kifarah' dan tutup dengan 'al-faatihah'.


Murobbi: Kita mulakan usrah/halaqoh kita dengan tasbih kifarah dan surah wal 'asr.

Mutarabbi: Ehh. Haha. Ni mesti kes sebab tak sabar nak habiskan usrah/halaqoh cepat-cepat ni kan?

Murobbi: Ya Allah...pebende korang pikir ni? Betul lah ape aku/ana/saya/abang cakap. Cepuk karang!

Mutarobbi: *senyap kebingungan*


     Diorang kata, seolah-olah nak bagi gambaran atau simulasi tentang dunia sebenar seorang da'i. Tempat berkerja seorang da'i ialah di luar halaqoh, di tengah-tengah masyarakat. Halaqoh boleh lah nak kata tempat beruzlah, keluar dari kelompok masyarakat. Sebab tu bila keluar halaqoh, baca al-faatihah menandakan sudah masuk dunia sebenar. Paham tak?

     Berada dalam dunia halaqoh, semua benda indah semacam. Semua jadi baik. Naiiiik je iman. Terasa seperti dipasangkan sayap lalu terbang terapung. Bila keluar je.....hangpa tau la camana kan? Haha walhal dunia luar itulah dunia yang sebenar, dunia 'amal kita. Sama lah jugak macam bulan Ramadan. Dunia yang sebenar ialah di luar Ramadan yang bertempoh selama 11 bulan. Sebelas bulan tanpa suasana macam bulan Ramadan. Gulp. Camana nak survive ni jang?

     Terasa seperti mimpi. Sekarang dah terjaga. Dunia realiti tidak seindah dunia KITA. Ada banyak lagi kerja kita. Kita beribadah banyak-banyak pada bulan Ramadan ni sebab apa kalau mengaku diri sebagai hamba yang rabbani? Ramadan menyediakan kita bekalan, merupakan stepping stone kita untuk beramal di dunia luar.

     Kita berubah untuk menjadi seorang da'i pun kerana kesedaran, bukannya saja-saja nak main-main suka-suka. Jadi sangat molek untuk kita muhasabah balik 'kenapa kita beribadah banyak-banyak pada bulan Ramadan'.


"Kalau da'i tinggalkan solat sunat rawatib, mad'unya pasti ada yang meninggalkan solat jemaah, dan masyarakat luar pasti ada yang meninggalkan solat." [quoted]



     Papepun, wake up la macha. Berkerjalah kita kerana Allah. Hamba rabbani beb, bukan ramadhani.



Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu. [At-Taubah (9): 105]



Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 12:59 AM
Categories:

0 comments  

Saturday, August 25, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


Masjid Jamek Sri Petaling



     Sepatutnya aku post tulisan kali ni pada minggu lepas (10 malam terakhir Ramadan). Tapi sebab kepala aku serabut sangat, lalu ditunda-tunda sehingga ke hari ni. Lagi satu, kepada sesiapa yang tak tau, masjid jamek sri petaling ni dikenali sebagai markaz tabligh malaysia. Kalau tabligh pun tak tau apa dia, inbox la gua. Habis cerita. Haha.

     Ada sorang member ni ajak aku pergi iktikaf di masjid sri petaling pada 10 malam terakhir. Akhirnya dapat jugak peluang pergi iktikaf kat sana pada malam ke-27. Alhamdulillah. Memang hati aku teringin gila nak iktikaf kat sana. Aku betul-betul nak rasa suasana 'ruuhii-yang-menerbangkan' yang pernah aku rasa sewaktu aku pergi surau-surau yang 'diserang' mereka.


"Kita sedar walau dalam kesyumulan jemaah kita, kita masih ada kekurangan. Kalau antum nak lebih ruuhi, keluarlah dengan jemaah tabligh. Kalau antum nak belajar hadith, belajarlah dengan geng-geng salafi. Tapi antum kena tahu prioriti dan tariqul dakwah kita adalah cara kita."
UQY




     Sampai-sampai masjid, perut lapar terus lepak makan nasi ayam kat depan pintu masjid tu. Tengah-tengah makan, ada sorang pakcik karkun lepak dengan kitorang. Nama pun 'tabligh', memang kalau lepak-lepak tu pun bersifat 'tabligh' jugak lah (tabligh = menyampaikan).

     Banyak benda dia sembang dengan kitorang. Banyak cerita. Dan kebanyakan cerita-cerita dia bertemakan qodhoya ummah. Benda-benda ni selalu je kita dengar kan, malah dah hadam dah pun. Penuh dalam otak.

     Walaupun aku dah selalu sangat dah dengar perkara-perkara yang disembangkan pakcik tersebut, tapi semua yang dikatakan pakcik tersebut betul-betul menusuk qalb. Khusyuukkkkk je aku dengar kata-kata pakcik tersebut, padahal kesemua yang disembangkan beliau aku dah tau dah. Iman naik gila tinggi punya malam tu. Tau kenapa?

     Sebab sentuhan. Setiap kali pakcik tu bercerita, mesti dia tepuk-tepuk belakang kitorang. Kadang-kadang part cerita yang sayu, dia usap-usap belakang. Memang mesra habis la pakcik tu. Memang dapat rasa betul sentuhan kasih sayang dia kat kitorang. "Orang muda boleh! Orang muda boleh!" terus dia tepuk kuat-kuat belakang kitorang menandakan semangat membuak-buak! Haha ayat tak boleh blah.

     Gelak lah korang kalau nak kata 'gay' ka atau 'mesra yang tak kena tempat' ka, tapi sentuhan dia yang mungkin nampak remeh macam tu sekalipun boleh Allah jadikan itu sebagai 'asbab hidayah' kepada beberapa orang budak yang sebenarnya dah selalu dengar dah pun cerita-cerita dia. Cara cakap pun dah macam orang tabligh dah. Haha.

     Ada sorang akh pernah bertanya kepada seorang murobbi,


"Usrah via internet masa cuti; worth it or not?"


     Jawab murobbi tersebut,


"Usrah online tetap tidak akan sama dengan usrah real. Sentuhan sesaat lebih bermakna dari kata-kata 10 saat."



     Dan sememangnya terbukti lah benda ni. Takkan dengan mad'u-mad'u pun tak pernah sentuh kot? Takkan setakat cakap-cakap je? Aiii bro... Ukhuwah pa benda hangpa dok sembang ni. Sentuh-sentuh la sikit. Tepuk-tepuk sikit kasi semangat. Salam laga-laga pipi ok je bro, takkan nak sentuh-sentuh pun rasa takut-takut? Hahaha. Mungkin nampak remeh dan boleh digelak-gelakkan, tapi sapa tau dalam hati mad'u tu dah berbunga-bunga naik iman kerana sentuhan kita yang nampak remeh tu? Allaahu musta'an.

     Papepun, ikatan ukhuwah kita bukan atas dasar 'join usrah semata-mata'. Rugilah kalau 'join usrah' tapi hati tidak terikat.

     Sentuh jangan tak sentuh. Usaha atas iman bro :p





Tak kisah lah nak sentuh secara kasar atau lembut, yang penting sentuhan yang ikhlas dan ada nilai kasih sayang. Insha Allah. Hahaha





p/s: jangan lupa puasa enam geng di samping berkonvoi raya nih.



Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 8:39 AM
Categories:

0 comments  

Thursday, August 9, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Selepas berkonvo, aku ada apply untuk sambung belajar kat uni. yang sama, dan baru sebentar tadi aku dapat jawapan yang sangat mengecewakan. Application unsuccessful. Ini betul-betul teramatlah tamparan yang hebat sebab aku tersangat-sangat confident bahawa application diterima.

     Kecewa. Serius kecewa. Tapi tu lah, ini betul-betul memang kelemahan aku sendiri. Terlalu rilek. Terlalu konfiden. Memandang enteng 'perjuangan' untuk memohon sambung belajar. Seolah-olah macam aku memandang rendah orang-orang di admission office dan lecturer di uni. ni. Confident level terlampau tinggi sehinggakan lupa yang memegang hati-hati lecturer tersebut (diorang yang decide aku tak boleh sambung) adalah Allah. Confident sehingga lupa bahawa Allah yang Menentukan. Ini masalah LALAI. Ambil ringan. Dan akhirnya aku terpaksa menelan hakikat ini dengan pahit. I learnt the hard way macha.

     Kerana terlalu confident, tentera islam kalah semasa Perang Uhud. Bilangan mereka lebih ramai dari tentera musyrik membuatkan ada di kalangan mereka yang memandang enteng perang kali ni.

     Kerana berada di puncak dunia, orang-orang islam mula meninggalkan perjuangan dakwah pada era Abbasiyah. Mereka lalai, kerana sangkaan mereka terlalu hebat dari segi apa-apa pun, you name it. Akhirnya Allah menghina mereka dengan serangan dari tentera Mongol, yang sebenarnya mereka terlalu doif gila tak mempunyai apa-apa......PUN boleh kalahkan kuasa besar Abbasiyah ketika itu. HQ islam baiiii kena serang.

     Apa jawapan Allah kepada mereka-mereka yang terlalu confident, yang melupai hakikat bahawa Allah yang Menentukan segalanya?


"Dari mana datangnya (kekalahan Perang Uhud) ini?"

Qul hua 'indi min anfusikum!
Katakanlah: itu dari (kesalahan) dirimu sendiri!

[Ali 'Imran (3): 165]



     Memang kasar....memang pahit dapat jawapan macam ni. I feel you bro. Tapi memang betul pun jawapan ni. Sebab diri sendiri. Takabbur sampai tak nak salahkan diri sendiri, akhirnya Allah balas jawapan yang setepek kena kat muka sendiri! Amik kau!

     Kalau kita tengok sejarah perjuangan islam, majoriti (atau mungkin kesemuanya?) menang kerana rasa kebergantungan kepada Allah. Ada perasaan 'perlunya ada Allah untuk menolong kami'. Allah...tolong kami...tolong kami ya Allah untuk memenangi perjuangan ini. Bukannya perasaan seperti 'alah..konferm menang punya lah sebab Allah di pihak kami (lalu tak perlu berusaha)', atau 'islam agama benar, jadi tak payah lah nak berusaha kuat sangat'. Ini bukan perasaan 'perlunya Allah', ini kerja cincai ni, main lepas je tangan macam menyuruh Allah pulak buat kerja dia. Sapa boss sekarang??

     Di perang Badar, Rasulullah berdoa dengan cukup sayu dan sangat tragis sehinggakan sahabat berkata kepada nabi, "Cukuplah", sedangkan peperangan tersebut adalah peperangan yang menentukan masa hadapan islam! Sepatutnya islam menang la kan? Tapi nabi doa jugak dengan sekhusyu' mungkin, 'perlunya ada Allah untuk menolong kami'.


Ya Allah, hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah, jika Engkau berkehendak (membuat hamba kalah), Engkau tidak akan disembah setelah hari (peperangan) ini.

[hadits riwayat Bukhari]



     Perang Badar satu contoh yang paling ideal. Contoh-contoh lain seperti peperangan yang berlaku pada Ramadan:


1. The Conquest of Andalus: Apa ni?? 12,000 tentera islam lawan 100,000 tentera kerajaan Visigoth? Tentera islam start menyerang (sampai Gibraltar) pada April 30 711, dan mereka menang (selepas the Battle of Guadalete) pada 19 July 711. Tau tak tarikh kemenangan mereka bersamaan dengan 28 Ramadan 92 Hijrah? KENAPA KENA BULAN RAMADAN JUGAK BARU MENANG???


2. The Battle of 'Ain Jalut: peperangan antara tentera islam (mamluk) versus tentera Mongol. 2 tahun sebelumnya, Baghdad a.k.a HQ islam kena serang dengan teruk oleh tentera Mongol. HQ dah kena serang teruk, pastu ada hati lagi nak lawan dengan tentera Mongol? Takdir Allah, tentera islam menang. Kita menang pada tarikh 25 Ramadan 658 Hijrah.









     Dan banyak lagi contoh-contoh peperangan yang terlalu osem berlaku pada bulan Ramadan. Kenapa kena Ramadan jugak? Seolah-olah peristiwa-peristiwa osem yang berlaku pada bulan Ramadan ada kena mengena dengan ayat 186 surah al-Baqarah:



Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

[Al-Baqarah (2): 186]




     Kalau korang perasan dalam muka surat yang ada ayat 186 ni (muka surat 28), ayat-ayat sebelum ayat 186 ni berkisar tentang puasa dan bulan Ramadan. Why macha??? You figure it out yourself.

     Berada di bulan Ramadan; bulan di mana matahari menjadi sangat terik, bulan menahan perut dari makan dan banyak lagi 'kekurangan' yang boleh dilihat dari segi fizikal. Seolah-olah seperti bulan 'simulasi', bahawa segala 'kekurangan' merupakan wasilah (jalan) kepada betapa 'perlunya Allah menolong kami'. Lagi kita 'cacat', lagi kita memerlukan Allah. Dan Allah memakbulkan hajat mereka yang betul-betul memerlukanNya. Subhaanallah.

     Mungkin pada bulan Ramadan kita lemah atau lemau dalam berdakwah kerana faktor-faktor fizikal seperti lapar atau cuaca. Tetapi kelemahan faktor-faktor fizikal inilah yang seharusnya membuat kita rasa lebih perlunya Allah untuk menolong kita. Kita lebih beriman bahawa Allah yang Menentukan segalanya, bukan makhluknya.

     Kalau cukup dari segi fizikal seperti banyak duit, badan tough, kereta mantap dan lain-lain, dikhuatiri kita terlebih confident yang menghala ke arah takabbur, sejurus kita memandang rendah pada Allah, Tuhan yang Menentukan segalanya. Maha Benar lah Allah dengan 'mengejut' orang-orang yang lalai tertidur dengan kata-kataNya:



Qul hua 'indi min anfusikum!!



     Oh yeah. Peringatan ini bukan hanya sah pada bulan Ramadan saja, bahkan applicable pada setiap masa nak buat kerja dakwah. Segala kekurangan yang ada pada kita, itulah hadiah dari Allah agar kita lebih kerap merasakan perlunya Allah untuk menolong kita. Alhamdulillah, kerana peristiwa di-reject untuk sambung belajar inilah yang membuatkan aku lebih khusyu' untuk beribadah pada 10 malam terakhir ini. Subhaanallah. Rabbana maa kholaqta haadzaa baatila, subhaanaka faqinaa 'adzaabannaar.















Wallaahu'alam bis sowabb.





Posted by Posted by zabed at 1:11 PM
Categories:

4 comments  

Saturday, August 4, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim


     Ada satu surau yang aku pergi untuk solat tarawih, imam dia muda. Imam muda mungkin sesuatu yang 'common' sekarang di mana-mana surau, tetapi ia menjadi 'uncommon' (sapa yang penah main card pokemon dulu mesti paham) apabila imam muda bukan sekadar jadi imam, tapi dia jugak yang bagi tazkirah selepas 4 rakaat tarawih. Memang 'uncommon'.

     Tapi sayang........PA speaker tu rasanya dah uzur, banyak sangat habuk rasanya. Walaupun imam muda tu bersemangat memberi tazkirah sampai nak terlompat dah, tapi para jemaah 'khusyuk dengar menunduk' sebab tak berapa nak dengar/jelas sangat suara imam muda tu. Ye, aku nak salahkan PA speaker yang dah old school dan suasana surau yang diterangi dengan lampu yang suram.

     Kita perlukan PA system yang betul-betul boleh 'deliver' message atau signal yang hendak disampaikan oleh penceramah. Kalau tidak, ia ibarat membiarkan 'electric current' melalui satu copper wire yang sangat panjang. Pada penghujung wayar tersebut, bacaan ammeter menunjukkan kosong Ampere.






     Katakanlah untuk jarak 1 m copper wire bersamaan dengan 10 ohms (unit untuk rintangan atau 'electrical resistance'). Untuk jarak 10 m copper wire = 100 ohms, 100 m copper wire = 1k ohms dan begitulah selanjutnya. Mengikut Ohm's Law, jika R (resistance) tinggi, I (electric current) akan berkurangan. Jika R ada 'tendency' ke arah infiniti, I ada 'tendency' untuk hampir kepada jumlah kosong. Lagi panjang wayar, lagi banyak R, lagi berkurangan I. Gila tak professional bahasa. Hahaha.


*Ini andaian kasar je ok, jangan nak samakan dengan praktikaliti pulak. Dari segi praktikaliti, ada penjelasan lain pulak, tapi panjang la pulak cerita. Haha. Ini teori sahaja, tapi paham la kan ape yang cuba disampaikan?


     Jadi sebab tu kita memerlukan amplifier atau repeater. PA system dicipta bertujuan untuk menguatkan suara penceramah walaupun penceramah berada jauh dari telinga-telinga para pendengar. Dalam kes copper wire tadi, sekiranya ada amplifier atau repeater untuk jarak sekian sekian, jadi tak ada masalah sekiranya I untuk 'travel' copper wire yang teramat-amat panjang.

     Ada satu hadits, Rasulullah sallallaahu'alaihi wa sallam pernah bersabda bahawa generasi terbaik selepas baginda ialah....aku tak berapa ingat, tapi korang ingatkan? Kalau menurut 'a group of' ulama', maksud hadits tersebut ialah generasi terbaik hanyalah dari sahabat sehinggalah tabi' tabi'een. Wallaahu'alam.

     Khalifah 'Umar Abdul Aziz memerintah ketika zaman selepas tabi' tabi'een (betulkan kalau salah). Tetapi sebelum pemerintahan beliau, sudah ada banyak kepincangan yang berlaku pada sistem kerajaan islam ketika itu. Namun pemerintahan beliau sebagai khalifah selama 3 tahun berjaya mengembalikan sistem kerajaan kembali kepada fitrah, sehinggakan orang menggelarnya sebagai khalifah yang kelima.

     Tahun 1928, 4 tahun selepas kejatuhan kerajaan islam turki uthamniyah namun Imam Hasan Al-Banna berjaya menubuhkan Ikhwan Muslimin, satu gerakan islam yang sangat berpengaruh pada hari ini.

     Walaupun generasi terbaik hanyalah 2 generasi selepas baginda Rasul (mengikut 'a group of ulama''), tetapi jangan kita lupa pula bahawa ada satu lagi hadits tentang mujaddid yang akan dibangkitkan Allah pada sekian sekian periode. Betul, kepekatan tarbiyah Rasulullah kepada para sahabatnya mungkin semakin larut atau cair ditelan masa yang panjang, tetapi baginda menjanjikan akan ada repeater atau amplifier pada sekian sekian periode. Selagi ada Al-Quran (dustuuruna atau sumber tarbiyah), selagi itulah belum kiamat lagi.

     Ok dah terasa macam panjang pulak post ni. Haha. Straight to the point, secara sunnatullah, kepekatan tarbiyah memang akan cair ditelan zaman. Sungguh.

     Sebagai satu contoh praktikal, naqib aku pernah cerita sewaktu dia mula-mula join usrah dulu, naqib dia (kiranya 'datuk' aku la) pernah bagi tempoh untuk dia dan ahli-ahli usrah yang lain selama 3 bulan sahaja. Selepas 3 bulan, mereka diwajibkan untuk bawak usrah. Bapakkkk aahhhhhh. Ini memang betul-betul pekat ni.

     Hasilnya, jumlah ahli usrah mereka yang pada asalnya ada 20++ berkurangan sehingga menjadi 3 orang sahaja. Ini memang training atau tarbiyah yang betul-betul qowiyy punya, tetapi tengoklah hasil dia, berapa orang saja yang sanggup tahan.

     Tapi sampai zaman kami, training 3 bulan tersebut tidaklah diamalkan, tetapi bilangan dalam sistem sudah bertambah. Walaupun kuantiti bertambah, namun kualiti kami tidak sama seperti 3 orang 'sennin' tersebut. Haha.

     Tarbiyah yang kita terima hari ini mungkin tidak sama seperti mana yang murabbi-murabbi kita pernah dapat dulu. Pastinya, tarbiyah mereka sangat......gila power ah kalau nak banding dengan kita. Kalau kita jenis yang sentiasa 'disuap' oleh murabbi saja, tak lama lagi kita akan melihat sunnatullah bahawa kepekatan tarbiyah itu akan semakin cair apabila ia sampai kepada peringkat anak, cucu dan cicit. Na'udzubillahi min dzaalik. Ya, ini akan berlaku sekiranya kita ambil bulat-bulat atau disuap oleh murabbi saja.

     Sebab itu kita ada tazkiyatun nafs, mengajar kita agar menjadi proaktif. Tazkiyatun nafs boleh menjadi cabang kepada salah satu 10 muwassofat tarbiyah, iaitu qaadirun 'ala kasbi (mampu berdikari).

     Skill atau pendekatan yang dipakai oleh murabbi kita mungkin tidak lagi praktikal kepada zaman-zaman mutarabbi kita. So, pandai-pandailah ber-eksperimen. Pandai-pandailah hidup berdikari. Tazkiyatun nafs, bukan kena suap lagi ye. Jadilah seperti repeater atau amplifier, bukannya seperti sebahagian dari copper wire.

      Antara ciri-ciri tarbiyah yang ideal ialah kita hendak melahirkan mutarobbi yang jauh lebih hebat dari kita, seperti mana yang berlaku pada Imaduddin & Nuruddin Az-Zanky (generasi awal yang hendak membebaskan Palestin) sehinggalah kepada Salahuddin Al-Ayyubi (pembebas kota Palestin).


     Papepun, bekerjalah kerana Allah. Bismillah....jalan...





Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu.

[At-Taubah: 105]





Wallaahu'alam bis sowabb







Posted by Posted by zabed at 10:58 AM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>