Sunday, September 16, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Ada sorang akh pernah bertanya, "Camana nak tidur awal? Ana sekarang ni kena insomnia. Lepas subuh baru ana tidur. Tak tau kenapa". Kemudian akh lain pulak mencadangkan, "Ana ada satu tip. Kalau anta rasa nak (perlu) tidur, baca buku fikrah. Mesti mengantuk punya". Satu usrah tergelak lepas dengar cadangan akh tersebut. Sounds like 'ugly truth' huh? Malu-malu pulak nak mengaku.

     Aku sendiri kalau rasa macam perlu tidur awal tapi tak mengantuk, aku akan baca buku fikrah yang sangat kompleks  buku fikrah yang tak ada kena mengena atau belum tiba masanya untuk dipraktikkan lagi. Macam baca buku teks fizik yang tebal tuh, bukannye ko paham pun benda-benda tuh.

      Jangan pikir lain pulak. Bukannya aku nak merendah-rendahkan kredibiliti buku-buku fikrah yang kompleks. Dah kalau diri sendiri masih tak ready, baca buku pelik-pelik, pastu nak menidakkan pulak kehendak otak yang terlalu penat memikir sehingga memerlukan keseluruhan anggota badan untuk 'shut down'.





     Sebagai contoh, seorang murabbi mencadangkan aku baca buku Maadza ya'ni intima' il islam?  (Apa Ertinya Saya Menganut Islam?) karangan Dr. Fathi Yakan pada 2 tahun lepas. Aku pun beli dan baca buku tu sebab murabbi tu kata 'bagus sebagai basic untuk bagi tazkirah'. Ye la, orang-orang macam aku ni mane pernah ada pengalaman bagi tazkirah. Bila join tarbiyah barulah 'from zero to hero'. Lol. Bajet gila.

     Dan setiap kali baca buku tu mesti aku tertidur. Hahaha. Baca 15 minit, lepas tu tidur sampai 2 jam. Memang tak produktif langsung. Tapi zaman tu tengah semangat 'baru dapat hidayah', gagahkan diri jugak untuk baca sampai habis walaupun tak paham sangat ape rumusan buku tu.

     Akhirnya aku buat rumusan sendiri; baca buku ni terasa macam baca buku-buku pendidikan agama sewaktu sekolah rendah dulu sebab......entah aku pun tak tau nak terangkan camana. Bagi aku buku tu agak 'kosong' dan tak ada ruh sangat. Macam baca buku yang penuh dengan fakta. Macam baca buku-buku tipikal 'agama' yang diajar di pondok. Korang yang pernah baca buku madza ya'ni  ni mesti paham ape yang aku cuba maksudkan ni.

     Baru beberapa bulan lepas, aku terbaca biografi Dr Fathi Yakan di link ni. Aku kagum dan terasa 'curious', lalu aku tekad untuk baca balik buku madza ya'ni  . Dan agak terkejut, tak sangka buku ni rupe-rupenye ada banyak maksud tersirat. Bukan tersirat macam Da Vinvi Code tuh, tapi aku baca dengan mentaliti yang berbeza. Dalam link tadi ada diceritakan mengapa buku tersebut ditulis.

     Jadi aku cuba bayangkan keadaan yang berlaku di Lubnan ketika buku tersebut ditulis dan subhaanallah, buku ni yang suatu ketika dulu aku anggap macam buku teks agama yang remeh dan bosan, rupe-rupenye banyak mengajar aku dari segi fiqh haraki  (pemahaman gerakan/jemaah/organisasi). Memang bagi aku sangat membuka mata lah! Bukan lagi dianggap sebagai 'lullaby'.

     Buku tafsir Fi Zilal Quran pun macam tu jugak. Aku ingat lagi waktu mula-mula join usrah dulu naqib semangat gila cerita pasal kehebatan tafsir ni dan penulis Sayyid Qutb. Tapi bila aku baca, ape yang special-nye? Haha. Aku siap bayangkan lagi yang Sayyid Qutb ni macam ustaz-ustaz biasa dekat surau bagi ceramah.

     Tapi bila dah baca pasal biografi Sayyid Qutb yang sangat lah 180 darjah berbeza daripada apa yang aku sangka, aku semakin 'feel' bila baca Fi Zilal. Aku bertambah lagi 'feel' bila aku dapat tau yang Fi Zilal ditulis semasa beliau dalam penjara. Jadi setiap kali aku baca Fi Zilal, aku cuba bayangkan keadaan dia dalam penjara yang ketika itu bersama dengan Yusuf Hawwash.

     Satu lagi contoh, buku Haadzaddeen  (Inilah Islam) karya Sayyid Qutb jugak. Mula-mula baca agak hairan jugak dengan susunan tajuk. Pastu, aku tak boleh nak berapa paham sangat point dalam setiap tajuk dengan tema yang nak dibincangkan.

     Rupe-rupenye buku ni ditulis ketika ahli ikhwan ditangkap beramai-ramai, ketika ikhwan ditekan dengan teruk oleh regim Jamal Nasir. Bila syuyukh (syeikh-syeikh) ikhwan ditangkap, yang tinggal hanyalah orang-orang muda atau orang-orang baru. Jadi mereka ni dalam kebingungan sebab tak ada pengalaman. Pakcik-pakcik yang ada 'wisdom' (hikmatusy syuyukh) untuk bimbing diorang dah ditangkap.

     Diorang bingung, sebab diorang buat kerja baik tapi ditekan habis-habis oleh kerajaan. Bukannya ditekan oleh orang kafir, tapi orang islam sendiri! Bertambah-tambah lah kepeningan diorang, lalu mereka meninggalkan jemaah ikhwan dan menubuhkan gerakan baru yang ekstrim dan bersifat terroris; gerakan Takfir wal hijrah  (Mengkafirkan dan 'perpindahan'). Sesiapa yang menentang ideologi mereka dianggap sebagai kafir, lalu diharuskan untuk membunuh sekalipun beragama islam. Dikatakan gerakan ekstrim ini melahirkan gerakan Al-Qaeda di Afghanistan. Wallaahu'alam. *Kita tak layak nak mengkritik niat mereka, yang penting kita doakan agar mereka dan kita sendiri sentiasa dibimbing Allah.

     Jadi, buku Haadzaddeen  ditulis Sayyid Qutb supaya nak betulkan pemahaman ekstrim orang-orang 'baru' tadi tentang tabiat islam. Inilah islam yang sebenarnya! Haadza ad-deen! Apa tabiat islam yang sebenarnya? Kenalah baca buku tu sendiri...

     Selepas mengetahui cerita-cerita ni, maka bertambah-tambahlah semangat aku bila baca buku Haadzaddeen . Setiap kali baca, mata segar bugar. Tak mengantuk. Sebab nampak sangat releven dengan masalah yang berlaku ketika buku ni ditulis. Dan paling penting, aku nampak di mana boleh diaplikasikan apa yang cuba Sayyid Qutb sampaikan dalam buku ni.

     Huh. Banyak pulak aku pot pet kali ni. Satu bende je aku nak bagitau; kalau terasa macam buku-buku fikrah ni membosankan atau mengantuk, cubalah kaji selidik dulu sebab-sebab tertulisnya buku-buku ni. Yang tulis buku-buku 'kita' ni bukan saja-saja nak dapat duit atau mengisi masa lapang, mesti ada sebab-sebab atau peristiwa besar berlaku.

     Sama lah jugak macam kita tadabbur  (to ponder) ayat-ayat al-Quran. Kita akan bertambah faham dan lebih 'feel'  insha Allah  selepas kita tau cerita-cerita di sebalik penurunan ayat tersebut (asbab nuzul). Kita nampak di mana praktikalnya ayat-ayat ni.

      Memang betul kata UQY, kalau kita baca satu buku kita hanya faham 10% saja content buku tersebut. Tapi kalau kita tau cerita/sejarah/sebab-sebab tertulisnya buku tersebut, kita akan faham 90% content buku tersebut.

     Buat apa kan kita beli buku banyak-banyak tapi tak paham mana pun content buku-buku tersebut. Aku mengaku aku dulu banyak beli buku fikrah sebab 'arahan' dari naqib (LOL) tapi bila baca tak paham mana pun. Kadang-kadang terasa macam membazir jugak.

     Kita sebenarnya nak melahirkan individu muslim yang faham dan jelas, bukannya individu muslim yang beli rak buku besar-besar kemudian penuhkan rak tersebut dengan buku-buku fikrah supaya merasa diri dah cukup 'ikhwan'. Ada jugak eh??





Wallaahu'alam bis sowabb




p/s1: sama jugak macam blog aku. kalau korang kenal perangai aku ni camana dan sejarah lampau, barulah korang lebih menghayati maksud-maksud di sebalik tulisan-tulisan ni. Ditambah lagi dengan cerita-cerita di sebalik setiap post yang ditulis, bertambah-tambah la lagi kefahaman korang. Hahahahahahahaha gelabah gila ayat

p/s2: kalau ada sesiapa yang memerlukan khidmat untuk bagi taujih tentang Haadzaddeen, jangan malu-malu untuk contact aku. Insha Allah aku ready. Itupun kalau korang nak la kan panggil aku. Hahaha. Aku serius ni. email: zaid.badry@gmail.com

Posted by Posted by zabed at 6:34 AM
Categories:

0 comments  

Monday, September 10, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim



Manajemen (indonesia) = management (english) = pengurusan (malaysia)



     Fakta nasi kandaq: Keuntungan yang diperoleh hasil dari jualan kacang bendi tu saja dah boleh bayaq sewa tapak dah. Gila tak hingat punya untung puak-puak nasi kandaq ni.

     Aku sangat teruja, lalu aku tanya sorang akh ni yang ada pengalaman bekerja di warung burger bakar area kajang. Aku tanya, untung jualan sehari berapa? Dia kata dalam sehari boleh dapat untung kasar dalam rm1000-rm2000. Lepas tolak-tolak bayar sewa tapak, gaji pekerja, daging etc. apa semua tuh, boleh dapat keuntungan bersih sehari dalam rm300-rm700.

     Paling cikai dalam sehari tu boleh dapat untung bersih rm300. RM300 x 30 hari = rm9000. Wooah. Itu paling cikai. Kalau kebiasaannya sehari untung bersih rm500. RM500 x 30 hari = RM15,000! Bapakk ah. Patut lah owner warung-warung burger bakar ni muda-muda je. Ada di kalangan pekerja-pekerja diorang ni dulu engineer di petronas (gaji pokok fresh grad engineer petronas = rm4000). Jadi tak mustahil lah diorang berhenti kerja engineer jadi towkey burger bakar semata-mata nak pendapatan bulanan yang bapak tinggi untuk budak-budak umur lewat 20-an.

     Sekarang fenomena burger bakar ni semakin menjadi-jadi. Dah banyak cawangan dah bukak. Aku bertambah-tambah teruja. Nak buat bisnes burger bakar jugak ah. Bukak kat semenyih ok gak. Lol. Kemudian aku saja tanya pendapat mak aku tentang bisnes burger bakar ni dan mak aku jawab dengan ringkas,


"Untung memang untung. Tapi ingat senang ka nak jaga (manage, melayan karenah) pekerja-pekerja ni?"


     Aku tersentak. Teringat kata-kata seorang lecturer yang pernah mengajar Business Operation dalam kelas,


"We can't rely too much on machines. And that's why we need human in certain cases. But managing people will be the hardest. You can have my word on that."


     Nak 'manage' orang bukan senang. Bermacam-macam ragam. Akh yang kerja kat warung burger bakar pun ada cakap memang pening kepala nak handle budak-budak ni. Harap je belajar universiti power-power atau bekas engineer, tapi kalau dah malas tu memang malas ah. Kualiti setiap pekerja tu memang mantap, tapi kalau diorang jenis yang tak nak bersama dengan 'halatuju' company, ibarat kita mengumpul 'angka-angka yang kosong' atau lebih teruk angka yang negatif.

     Aku pernah ada pengalaman bekerja kat company yang macam ni. Staff-staff kat situ memang mantap-mantap, tapi jenis yang tak ada semangat untuk bersama 'halatuju' company. Bila company tu ada masalah, ramai-ramai keluar berhenti kerja. Kalau ada yang stay pun, buat kerja sambil lewa dan selamba badak je bagi alasan "Ok lagi la kitorang masih lagi bekerja kat sini. Kalau kitorang berhenti, mau lingkup company ni". Ini memang betul-betul parasit, celaka betul perangai.

     Bila aku sebut 'halatuju', ia lebih kurang macam 'keputusan syuro' (term kita). Perang Uhud antara 'simulation' yang terbaik dalam menggambarkan realiti keputusan syuro ni.

     Sebelum peperangan, Nabi sallallaahu 'alaihi wa sallam  pernah bermimpi yang ditakwilnya sebagai 'lebih baik kita berkubu di madinah daripada kita keluar perang ke Uhud'. Tapi ramai yang tak setuju dengan pandangan tersebut, walaupun baginda seorang nabi dan siap dapat mimpi lagi. Akhirnya tentera islam keluar dari madinah dan berperang di Uhud kerana mengikut suara majoriti (keputusan syuro).

     Dan kesan peperangan Uhud sama saja seperti apa yang berlaku dalam mimpi nabi. Sebenarnya cadangan nabi yang betul dan keputusan syuro salah. Tapi walau camana pun keputusan syuro mesti dipatuhi.

     Bila tengok balik peristiwa perang Uhud, antara punca kekalahan bukan kerana mengikuti keputusan syuro, tetapi kerana melanggar keputusan syuro. Siapa yang bagi arahan kepada pasukan pemanah untuk meninggalkan posisi mereka???

     2 nilai penting yang menggambarkan 'keputusan syuro' terdapat dalam peristiwa perang Uhud. Sekalipun kita rasa kita betul dan memang terbukti betul, keputusan syuro jugak yang lebih ber-autoriti selagi ia tidak melanggar Quran dan Sunnah. Langgar keputusan syuro, pandai-pandailah berhati kering untuk menerima akibat dari Allah.

     Kalau zaman nabi pun wujud puak yang nak melanggar dan mempersoalkan keputusan syuro, apatah lagi pada zaman kita?

     Seperti warung burger bakar yang mampu menghasilkan keuntungan bersih sehari sebanyak rm500, macam tu jugak lah kita buat kerja dakwah dan tarbiyah (DnT) secara berjemaah. Banyak kekuatan kita peroleh dengan berjemaah. Hang cuba buat kerja sorang-sorang tengok berapa lama boleh tahan. Sangat berbeza dengan kerja secara berjemaah yang lebih effisien.

     You gain something, you lose something. Dalam berjemaah, antara isu yang selalu diuji ialah 'ukhuwah'. Nak 'manage' manusia sekalipun mereka ialah 'ikhwah' bukan senang.

     Akhirnya aku faham mengapa ada jemaah yang meletakkan motto 'Ukhuwah teras kegemilangan' sebagai motto yang perlu diulang berkali-kali. Dan juga ada jemaah yang meletakkan nama mereka sebagai 'ikatan muslimin'. Dan yang paling femes, 'al-ikhwan al-muslimin'. Semua paham bahawa yang menghancurkan islam bukan faktor luaran, tapi faktor dalaman (ukhuwah).

     Memang betul apa yang pakcik Hasan Al-Banna cakap, selemah-lemah ukhuwah ialah bersangka baik (husnudzon). Kita bergerak bersama jemaah bukan ketika kejayaan saja, tapi ketika kegagalan juga. Bila jemaah susah, kita kata "Haa tu lah dulu tak nak dengar cakap aku. Ape aku cakap kan betul". 'Bagus' punya orang. Time senang bersama, time susah bukan main perangai sebijik macam orang Yahudi lagi. Bukankah Allah akan menapis tentera-tenteraNya melalui ujian susah senang sebegini?

     Husnudzon. Bersangka baiklah. Nak tegur atau nak slow talk tak ada masalah. Yang bermasalah ialah makan daging manusia. Kemudian dijadikan burger 'bakar' manusia. Ingat, al-ukhuwwah asaas al-'izzah.



In a ninja's world, those who violate the rules and fail to follow orders are lower than garbage. However, those who do not care for and support their fellows are even lower than that.

[Hatake Kakashi, Naruto  ]





Shikamaru...It seems your mission was a failure. But everyone's alive. That's more important than anything.

[Tsunade, Naruto  ]


Apabila terdapat seorang panglima yang berani (Sultan Abdul Hamid), perlu ada bersamanya angkatan tentera terlatih, kelengkapan efektif dan pelan bijaksana, supaya dia dapat memenangi sesuatu pertempuran. Jika tidak, apa yang dapat dilakukan oleh panglima yang berani tanpa kesemua ini?

[Dr Taufik Yusuf Al-Waei, Hadhir Al-'Alam Al-Islaami Al-Aalam Al-A'mal  (Dunia Islam Kini)]



Wallaahu'am bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 3:01 AM
Categories:

0 comments  

Tuesday, September 4, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim



      Ada akh memang macam tu. Bukan cerita rekaan ni. Setiap hari dia akan menabung tiga ringgit untuk persiapan perkahwinan. Dia start menabung sejak belajar lagi, bukannya bila dah kerja baru nak mula. Dalam setahun boleh dapat RM1065. Banyak jugak tu. Tapi dia nak kahwin bila pun aku tak tau. Hahaha.

     Sebut je bab kahwin, memang ramai dah ada peruntukan atau simpanan dah. Ada je la cara diorang menyimpan. Sebulan potong 30% elaun makan ke, beli jongkong emas ke, wallaahu'alam.

     Ada beberapa orang ikhwah yang aku kenal, memang aku kenal diorang sebagai orang yang betul-betul menginfakkan harta diorang sehabis mungkin insha Allah. Diorang bukannya orang kaya pun atau ada pendapatan sampingan. Duit diorang dari elaun biasiswa diorang. Tu je. Diorang ni memang tak ada duit simpanan langsung, bukan kerana boros atau tak reti nak simpan duit. Diorang simpan je duit, tapi infaq harta diorang ni dah macam Abu Bakar punya style dah:


Wahai Abu Bakr, apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga engkau?

Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan rasulNya.

[Hadits riwayat Tirmidzi]



     Yes, sampai ke duit simpanan diorangpun boleh dikeluarkan untuk infaq. Apatah lagi duit simpanan untuk kahwin. Allaahu akbar. Kita boleh komen macam-macam pasal diorang kerana kononnya pengurusan harta yang tidak terancang atau "Abu Bakr lain, kita lain" dan sebagainya. Say anything you want. Aku tetap akan kagum dengan diorang kerana mereka ni betul-betul yakin dengan apa yang Allah nak bagi kat diorang. "Allah, nak bagi apa bagi lah. Selagi tidak mengundang kemarahanMu, kami redho". Bukannya diorang tak berusaha untuk menyimpan duit. Usaha tu memang dah ada, tapi keinginan untuk mati syahid tu sangat tinggi. Diorang jelas dengan matlamat mereka, bukannya menafikan fitrah masing-masing.

     And you know what, sekarang ni diorang dah kahwin. Masih belajar lagi. Ini memang betul-betul magic. Hahaha subhaanallah. Diorang sendiri mengaku sewaktu dah tiba 'masa' untuk kahwin, memang diorang tak ada duit pun. Kosong. Tapi Allah bantu juga mereka untuk generate income sehinggalah dapat kahwin. Perh. Mantap mantap. Kita yang kononnya kumpul duit dari dulu pun tak kahwin kahwin lagi. Apa kes? Haha.


She (aishah radhiyallaahu'anha) said:

I swear by Allah, none of you can be a true believer until your trust in Allah is stronger than that which you have in the palm of your hand.

[source]


     Camana diorang dapat generate income tu tak perlu lah aku nak bagitau sebab itu bukan point yang aku nak tekankan kat sini. Dan bukannya aku nak galakkan semua yang membaca ni kahwin awal atau 'jangan risau pasal duit kahwin, Allah akan bagi!'.

     Ini masalah prioriti. Awlawiyyat. 'Sayang sayang islamik' ni jangan terlebih overdose (dah over, pastu terlebih lagi). Kahwin itu fitrah, sama jugak macam makan dan tidur. Tidur berlebihan membuang masa. Makan berlebihan masalah obesiti pulak. Jangan melebih-lebih gedik pulak sampai kita lupa prioriti kita.

     "Hidup mulia atau mati syahid", atau dah ditukar kepada "hidup mulia atau kahwin awal"? Know your priority well macha. Awlawiyyat. Jangan angau sampai bermalas-malasan nak keluar di tengah masyarakat.

     Contohilah ikhwah yang aku sebut tadi. Mereka tau apa yang mereka infaqkan, Allah akan pulangkan. Beriman dengan perancangan Allah melebihi apa yang ada dalam genggaman. Cita-cita nak mati syahid muda itu melebihi cita-cita nak kahwin muda.

     Tolong Allah dulu, lepas tu baru Allah akan tolong kita (muhammad: 7). Aku nak kahwin, siapa yang tak nak kahwin? Fitrah bhai. Tapi berpada-pada lah. Benarlah firman Allah, berjayalah orang-orang mukmin yang membersihkan hartanya, dan kemudian menjaga kehormatan mereka.




وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya,

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,


إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

[Al-Mu'minuun (23): 3-6]









Bangkitlah mujahid bangkitlah. Erk? *koff koff*. Rasa lain macam pulak.

dey macha, wake up ady? Hahahaha



Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,
nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,
[Nuh (71): 10-11]




wallaahu'alam bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 1:23 AM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>