Saturday, January 12, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Sangat 'rare' kalau dalam LRT tu tiba-tiba ada satu seat kosong. Dan yang best-nya, sorang pun tak nak duduk. Kiri kanan aku toleh, sorang pun aku tak jumpa orang yang berumur (supaya aku boleh pelawa dia untuk duduk di seat kosong tersebut).

     Ada sorang pakcik, tak ada la tua mana aku rasa; aku pun pelawa pakcik tu untuk duduk kat seat tersebut. Pakcik tu kata, "takpa, bagi perempuan lah yang duduk". Hallammak broooooo. Gentleman sungguh la lu brader.

     Akhirnya akh (bro) kat sebelah aku tanya, "Pesal ko tak duduk?". Aku jawab, "Entah. Dah terbiasa berdiri". Akh tersebut geleng kepala, dan dia pulak duduk kat seat tersebut. Tiba-tiba aku pulak rasa menyesal. Haha. Kemudian al-akh (that bro) bawak keluar smartphone-nya lalu dibaca al-quran secara senyap-senyap.

     Tengah-tengah berdiri melihat pemandangan kat luar tu, tiba-tiba aku macam terdengar bunyi yang agak bingit. Bingit? Kepala gua pusing hampir 360 darjah, dok cari sumber bunyi tersebut. Tak jumpa. Gua cuba dengar betui-betui pulak. Eh machaa......................................ini lagu metal ni broooooo. Sapa dok pasang kuat-kuat ni??

     Cari punya cari, rupa-rupanya bunyi tersebut ada kat depan aku je bro. Betul-betul bersebelahan dengan al-akh yang duduk tu. Dari rambut sampai ke kaki, aku teliti mat metal tersebut. Rambut panjang. Tatoo kat dua-dua belah tangan penuh. Cincin-cincin kat jari banyak lambang tengkorak. Baju...aku tak tau band metal ape. Kasut boot. Muka tengah 'high' layan lagu metal. Tangan tak habis-habis mengisyaratkan bunyi 'palm mute' (sila google kalau tak tau dan berminat) dan ketuk 'cymbals'. Dan yang paling menarik perhatian aku ialah, brader tersebut memakai rantai salib besar......terbalik. Layan black metal rupanya bro ni.

     Aku perasan yang ramai orang di sekeliling tak berapa nak senang dengan keadaan fizikal brader tuh. Ye lah, tatoo, pasang lagu kuat-kuat, 'ketuk' sana sini, 'shredding' sikit. Orang lain macam terganggu. Aku pulak dok usha lama pergerakan bro tersebut. Aku rasa.......sebak sekejap. This brother reminds me of my old self.

     Satu benda yang aku nak bagitau kat sini, bagi mereka yang tak mengenali mat-mat metal, diorang ni luar je nampak kasar. Dalam hati.......kosong bro. Kosong. Tak ada benda. Lost. Tercari-cari ketenangan. Satu benda je yang dapat selamatkan diorang; islam.

     Subhaanallah, hari ni berpeluang untuk melihat satu pemandangan indah. Seorang mat black metal dalam keadaan high melayan lagu duduk bersebelahan dengan seorang akh yang sedang membaca al-quran. Baru nak amik gambar senyap-senyap, camera henset gua problem pulak. Aduhh.

     Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium merdeka, kali ni betul-betul perhimpunan aman. Tak ada rusuhan atau gaduh-gaduh seperti yang berlaku di Bersih 2.0 & 3.0. Satu perkembangan positif, tapi masih lagi perlu dibaiki. Memang betul, rakyat malaysia yang 'menentang kezaliman' pun saaaaaangat banyak benda perlu dibaiki. Nak guna perkataan "kerja KITA banyak lagi ni"? Itu terlalu cliche, sampai tak membuahkan amal pun sebenarnya. Kadang-kadang tu sampai nak sedapkan hati je. Na'udzubillaahi min zaalik.

     Ingat, nahnu du'at la qudat  (kami penyeru, bukan penghukum). Betul, kita memang cakna isu ummah, tapi cakna tak cakna bro. Takkan komplen je memanjang? Takkan nak bermain-main dalam zon selesa selamanya? Mana pergi 'lasso' kita tuh? Ada beza maksud yang sangat besar antara 'prihatin' dan 'complaint yang tak membuahkan amal'.

     Ape kene mengene 'brader metal duduk bersebelahan dengan orang baca quran' dan 'himpunan kebangkitan rakyat'? Hahaha. Brothers and sisters, hayatilah untaian kata yang terbit dari seorang murobbi di salah sebuah sekolah menengah di Ipoh;


Walaupun mereka merokok, bercinta, masalah sosial, keluar malam, merempit dan pelbagai lagi masalah, mereka tetap anak murid KITA. Bukankah tugas KITA mengubah dan membentuk mereka? Mereka modal untuk KITA ke syurga. Kalaulah mereka maksum, apa lagi yang mahu dibentuk? Sayangilah mereka. Ya!!!



*******



Sudah sampaikah kepadamu kisah Musa?

Tatkala Tuhannya memanggilnya di lembah suci Tuwa;

"Pergilah kamu kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas,

[An-Naazi'at (79): 15-17]




     Sedangkan Fir'aun yang macam tak ada harapan tu pun Allah suruh Nabi Musa pergi dakwah, inikan pula masyarakat kita. Sekali lagi, ada perbezaan besar antara 'prihatin' dan 'complaint yang tak membuahkan amal'.

     Semoga kita tetap diberi kekuatan insya Allah.



p/s: turun je dari LRT, aku tegur al-akh, "Wei, hang perasan tak sapa dok sebelah hang tadi?". Al-akh balas, "Sapa dok sebelah aku? Ada artis mana-mana ka?". *Face palm*


Wallaahu'alam bis sowabb.



Posted by Posted by zabed at 6:45 AM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>