Sunday, March 31, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Seorang lead project engineer  pernah cerita dekat aku yang beliau pernah kerja sebagai nelayan sebelum ni. Aku pun kerut dahi, pastu terus tanya,


"Dulu Bro belajar kat mana? Lepas grad dulu ada masalah family ke?"


     Bro gelak besar lepas aku tanya. Dia kata waktu mula-mula kahwin dulu (dalam lingkungan 23 tahun atau muda lagi), dia kerja dengan bapak mertua dia sebagai nelayan. Time tu sijil yang paling tinggi pun hanya SPM saja.

     Lepas 2 tahun, barulah dia rasa nak tukar kerja. Ye lah, darah muda bro. Sape tahan kerja yang sama je setiap tahun. Mesti nak merasa kerja lain jugak. Lepas nelayan, beliau cuba kerja sebagai buruh am kat kilang. Tak lama pun kerja kilang, sebab safety policy  kat sana sangat teruk. Boss kilang tu jenis tak kisah langsung pasal keselamatan pekerja-pekerja am ni. 'Dia layan kita macam sampah'.

     3-4 bulan lepas tu beliau kembali menjadi nelayan. Akhirnya sorang kawan offer Bro untuk kerja di KL sebagai mat despatch. Bro kemas-kemas barang, akhirnya beliau bersama isteri pindah duduk KL pulak. Fullammak cerita. Memang macam sang pendekar betul.

     Selama dia jadi mat despatch, dia bukan kerja hantar surat atau jadi driver boss saja. Dia pun banyak belajar benda-benda lain. Kawan Bro yang offer kerja despatch tu adalah seorang wireman  di company tersebut. Bila ada free time je, Bro akan belajar sikit skill-skill wireman  ni sehinggalah beliau naik pangkat menjadi wireman  jugak.

     Dipendekkan cerita, daripada wireman , Bro 'evolve' sehingga menjadi technician  selepas Bro selalu dihantar ke kursus-kursus teknikal. Kemudian dipendekkan lagi cerita, akhirnya company tersebut menaja Bro untuk ambil diploma + degree sebagai part-time. Dah ada degree + pengalaman, sah-sah la beliau seorang engineer  yang dahulunya bekerja sebagai nelayan.

     Woww. Kagum gila aku kat cerita Bro. Serius aku sangat respek kat Bro. Semua benda dia terer la. Bab-bab teknikal memang superb. Susah nak cari engineer sekarang yang reti repair barang-barang elektrik yang rosak. Tapi Bro boleh buat. Bab-bab documentation pun Bro reti. Team management dia pun mantap. Senang cerita, hampir semua kerja Bro boleh buat. Melebihi taraf seorang 'jack-of-all-trades'.

     Tapi......*haish rasa tak sedap pulak nak tulis bait-bait kata selepas ni*.....respek aku kat Bro semakin merudum. Awal-awal kerja dulu memang respek sampai ke langit. Lepas 2 3 bulan, baru nampak beberapa 'taring' dia yang aku rasa tak wajar langsung ada pada manusia (bukan sebagai engineer).

     Aku rasa tak perlu lah kot aku cerita secara terperinci 'taring-taring' Bro. Cukuplah sekadar aku bagi gambaran overview saja. Camni lah, bila ko dah terbiasa buat 'kerja-kerja besar' ('amal qowiy ), benda-benda yang remeh-temeh yang tidak mendatangkan kredit kepada kerjaya dianggap 'kerja-kerja kecil' ('amal doif ).

     *Jangan salah faham. Aku bukannya nak kata aku ni perfect sangat atau tidak beriman dengan fakta bahawa nobody is perfect. Tapi disebabkan beberapa 'taring' tersebut yang buatkan aku hilang respek terus. Hilang macho lah senang cerita.




     Aku teringat dalam satu sesi dauroh, seorang murobbi pernah melukis satu garis panjang. Di hujung garisan tersebut, beliau tulis redo Allah dan syurga. Beliau kata, "Inilah jalan yang lurus." Kemudian beliau menyambung lukisan dengan menambah cabang-cabang pada 'jalan yang lurus' tersebut. Beliau kata, "ini terang-terang jalan yang tidak lurus". Tau pebende yang ditulis pada cabang-cabang tersebut??

     'Bawak usrah lebih dari 2', 'anak usrah yang sudah bawak usrah', 'memegang mas'uliyah penting', 'menjadi seorang muwajjih yang meletup', 'menjadi seorang penulis blog DnT yang femes' dan lain-lain lagi benda yang aku tak ingat yang dianggap sebagai 'amal qowiyy .

     Long story short; teringat kisah Hasan Al-Banna susun kerusi selepas (atau sebelum) ceramah beliau. Apabila ditanya kenapa, beliau jawab, "Aku tidak tahu mana satu amalan aku yang akan diterima Allah".

     Senang cerita tak payah nak runsing kepala, bekerjalah kerana Allah.


Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu.

[At-Taubah : 105]



note:
1. kalau korang tidak mengharamkan diri sendiri untuk membaca manga, aku sarankan untuk baca manga bertajuk Bakuman . Cerita pasal lifestyle seorang (atau dua orang) mangaka, yang berjuang untuk menjadikan manga diorang menjadi anime  pulak. Terlalu banyak fiqh dakwah  yang aku belajar dari cerita tu. Termasuklah benda-benda seperti 'amal qowiy  dan 'amal doif  pun ada digambarkan dengan jelas dalam salah satu 'arc' mereka. Fiqh haroki  pun ada jugak, tetapi dalam konteks jumlah orang yang sedikit.




Wallaahu'alam bis sowab.

Posted by Posted by zabed at 12:04 AM
Categories:

0 comments  

Sunday, March 24, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim


"Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (Palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab:

Kita wajib memulakan usaha islam ini dari bawah; iaitu melalui tarbiyah individu. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?" - Syakib Arsalan.



     Tarbiyah individu.......tidak terhad kepada objek dakwah saja. 'Individu muslim' dalam 7 maratib amal  tidak fokus hanya kepada objek dakwah saja.

     Diri sendiri nak taruk kat mana? Jangan perlekeh usaha mendakwah diri sendiri. Bukan selfish, tetapi macam mana yang tidak terisi bisa mengisi?


Wallaahu'alam bis sowab.

Posted by Posted by zabed at 5:40 AM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>