Sunday, May 12, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Sedang aku menghirup air teh wo ais limau di mamak, tiba-tiba sorang ofis mate tanya,


"Bed, dengar cerita ko selalu pergi futsal. Minggu ni ada tak? Aku nak join boleh?"


     Tak sempat aku nak jawab soalan si ofis mate ni, tiba-tiba sorang abang technician berumur 30-an di depan aku ni pergi jawab,


"Wuish best pergi futsal dengan geng-geng si Zabed ni. Lepas main futsal je mesti ada 'istikhoroh'. Sedap je dengar."


     Uiks. Istikhoroh? Sejak bila pulak lepas main futsal kita (baca: ikhwah) ada solat istikhoroh pulak ni? Pikir punya pikir, aku tanya brader tu balik,


"Istikhoroh ke........tazkirah?"

"Haaaaa tazkirah! Istikhoroh pulak aku cakap."


     Satu meja tergelak. Kemudian brader technician tu sambung lagi selepas menghembus asap rokok,


"Nanti kalau ada tournament futsal 'geng-geng' ko lagi, jangan lupa panggil aku tau."


     Time tu, hanya Tuhan saja yang tau betapa gembiranya hati aku. Allaahu akbar. Allaahu akbar.



     Ada 3 pengajaran. Yang pertama; orang di luar dahagakan tarbiyah, sedangkan kita complain usrah kita 'kering'. Atau yang sebenarnya kita sudah 'tepu'? Kalau botol hanya muat untuk satu liter, kita pi isi air sampai 2 liter. Akibatnya, 1 liter air terbuang sedangkan ada banyak lagi botol air yang kering dah lama tak ada air.

     Kalau betul-betul nak isi sampai 2 liter, pastikan botol hang tu betul-betul muat untuk 2 liter. Maksudnya, lagi besar botol kita, ertinya lebih besar skop-skop target dakwah kita. The thing is, apa cer sampai air melimpah ruah kat botol sendiri ni? Tepu dengan tarbiyah sendiri, sedangkan diri sendiri banyak berteori tapi buat kerja tak mau. Kan dah kena sound.

      Air dalam botol, kerja dia memang untuk masuk dalam perut manusia. Kerja botol tu bukannya hanya berendam dalam air sahaja, melainkan berendam tu tujuan dia untuk mengekalkan suhu sejuk, which is bagus untuk orang yang betul-betul dahaga.

     Satu lagi, usrah itu hadaf -nya ialah 'ukhuwah', bukannya 'ruuhi '. Kita ada wasilah  lain yang memang dikhusukan untuk membina ruuh  kita iaitu katibah. Kalau usrah tu tak rasa ruuh , itu benda biasa. Tapi kalau usrah tu tak rasa ukhuwah, haa tu memang betul-betul masalah. Tak guna pun letak nama 'usrah' kalau jadi camtu (usrah: keluarga).

     Dah biasa dengar ayat di bawah ni?


Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun, dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

     Pernah baca ayat selepasnya?


Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya Allah menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepadamu tanda-tanda kebesaran supaya kamu memikirkannya.

[Al-Hadid (57): 16-17]


     Sekarang fikir sendiri kaitan ayat 16 & 17. Astaghfirullah. Astaghfirullah.


     Pengajaran yang kedua (tak panjang pun); kadang-kadang kita takut kalau-kalau tazkirah atau taujih kita ni tak gempak atau membosankan. Sedangkan yang dinilai Allah ialah kesungguhan kita. Jangan risau pasal faktor gempak tak gempak, jangan risau pasal best tak best, jangan risau orang bosan dengan kita. Kita buat kerja sebaik mungkin, Allah akan tunjukkan jalan. Okay bro?



Dan orang-orang yang berjihad (baca: bersungguh-sungguh) untuk Kami,.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka (lanah diyanNahum!) jalan-jalan Kami.
Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

[Al-'Ankabut (29): 69]




     Pengajaran yang ketiga? Ini yang paling panjang sekali, tapi insya Allah aku akan tulis di post seterusnya. Nak tulis kat sini ketiga-tiga sekaligus... mak aih. 'Tepu' pulak karang.


     Haha. Wallaahu'alam bis sowab.




gambar kenangan bersama abang-abang technician





*Terjemahan sesuka hati.
Ikhwah: bro-bro.
Hadaf: tujuan, objektif.
Ukhuwah: persaudaraan.
Ruuhi, ruuh: basahkan hati, naik syaikh, seperti dipasangkan sayap di belakang.
Wasilah: jalan.
Mad'u: orang yang didakwah, target dakwah.
Katibah: bermalam di satu tempat, kemudian qiamullayl beramai-ramai. Beramai-ramai, bukan sorang-sorang.
Syumul: Lengkap menyeluruh.
Taujih: Pengisian.

Posted by Posted by zabed at 1:02 AM
Categories:

0 comments  

Friday, May 10, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim






     Ada orang bertanya aku,


"Berapa banyak dapat?"


     Aku bingung jap, "banyak ape? Undi?"

"Bukan. Berapa banyak (duit) diorang bagi?"


     Tanpa berfikir panjang, aku pun spontan menjawab,


"Takdak ah. Tak dapat (duit) apa pun."


     Semua orang senyap. Kemudian ada yang bersuara,


"Tipu lah".


******


     PRU kali ni berapa banyak pakcik-pakcik dan makcik-makcik KITA diberi amanah unuk menjadi wakil rakyat untuk DUN dan parlimen. Ada beberapa calon-calon KITA yang dianggap mustahil untuk menang pun boleh menang gak. Pasaipa?

     Sebab kitalah (ummat) rahmatan lil 'aalameen. Apa-apa sahaja yang kita buat pasti dianggap mustahil sehinggakan orang terpacul keluar mengatakan 'tipu' secara tidak sengaja. Itulah kehebatan tarbiyah. Kitalah hero ummah ini.

     Tarbiyah dan takwin, itulah jalan kita kepada kemenangan. Memang betul kualiti itu jauh lebih bermakna daripada kuantiti. Tapi bayangkan kalau jumlah 'kualiti' bertambah 'kuantiti'-nya?

   Lain kalilah. Tunggulah sehingga bilangan orang yang berkualiti semakin bertambah kuantitinya. Insya Allah.



Wallaahu'alam bis sowab.

Posted by Posted by zabed at 3:12 AM
Categories:

0 comments  

Saturday, May 4, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Kalau 'obor', kita tau yang tu benda yang ada api kat olimpik tu. Kalau 'obor-obor', itu binatang yang kat laut tu. Binatang yang 'transparent'.

     Balik dari taklimat untuk bertugas sebagai 'counting agent' di hari pengundian, badan aku menggeletar ketakutan. Aku takut, tak tau nak cerita camana. Tak pernah lagi rasa macam ni. Aku rasa takut sebab betapa kotor dan jahat strategi yang akan digunakan oleh badan yang dianggap 'transparent' dan diberi amanah untuk mengelolakan PRU 13 ni.

     Aku takut sebab 'orang-orang jahat' berada di mana-mana dan mereka akan menggunakan apa saja cara. Mereka sangat berkuasa. Sebelum ni hanya dengar orang kata-kata sahaja atau sekadar 'share' di facebook. Tapi bila lihat benda ni berlaku di hadapan mata sendiri, lutut aku menggeletar. Hangpa ni tak sembah Tuhan ka?

     Bayangkan perasaan mereka yang berpenat lelah dan berjuang habis-habisan dengan ikhlas, tau-tau mereka dikalahkan dengan taktik yang teramat keji dan kotor. Ya Allah ya Allah ya Allah. Aku takut sehinggakan aku rasa lebih baik aku baring atas katil di rumah dan tarik selimut sehinggalah hari pengundian karang. Bahkan undi aku sebenarnya tak bermakna pun.



Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah  mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka",

maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab:

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung".

['Ali-'Imran (3): 173]



     Akh, sampai bila mau jadi begini? Sampai bila mahu tidur mengecutkan diri? Astaghfirullah. Hasbunallah wa ni'mal wakil.

     Chances untuk menang PRU kali ni terus-teranglah gua cakap 0% disebabkan agensi pengelola yang sangat-sangat tidak boleh dipercayai. Tapi benarlah firman Allah di atas ni, kita ada Allah di sisi kita. Siapa yang lebih berkuasa?

     Kalau musim exam kita boleh amalkan konsep tawakkal, begitu jugalah dengan PRU kali ni. Aku tau kita semua dah buat sebaik mungkin. Macam-macam pengorbanan dah dibuat. Tetapi kemenangan itu tetap milik Allah.

     Puasa sunat, doa, iktikaf, qiam, tahajjud, witir.

     Ya Allah, selamatkanlah Malaysia. Dan menangkan kami ke atas mereka. Faidza 'azamta, fatawakkal 'alalLah. INI KALILAH!



Jikalau kamu tidak menolongnya maka sesungguhnya Allah telah menolongnya ketika orang-orang kafir mengeluarkannya sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya:

Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.

Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepadanya dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


[At-Tawbah (9): 40]



Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.

['Ali 'Imran (3): 159]







Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 1:21 AM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>