Saturday, February 8, 2014


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Dulu time belajar, kalau sekali tak datang usrah ni.....perh. Macam buat dosa besar pulak. Sekalipun ada alasan yang sangat-sangat-sangat kukuh sekalipun, tetap rasa bersalah tu menebal dalam diri. Bukan rasa salah dengan naqib atau ahli usrah yang lain.

     Time tu, bila aku didedahkan dengan keadaan usrah untuk orang-orang yang bekerja, aku rasa tak boleh blah betul bila fenomena tak datang usrah ni adalah suatu kebiasaan. Memang tak boleh terima langsung la kalau bagi alasan kerana sibuk bekerja.

     Bila aku dah masuk fasa alam kerja ni......panggg! Sebijik penampar kena kat muka. Betul-betul pedih. Akhirnya aku paham kenapa fenomena 'tak datang usrah kerana kesibukan di ofis' adalah norma (tapi aku tak kata fenomena ini adalah halal, boleh dijadikan dalil atau dibenarkan membuta tuli).

     Bukan setakat nak hadirkan diri ke usrah saja, nak commit dengan jemaah pun kadang-kadang hati berbelah bagi. Ding dong ding dong. Nak sambung ke tak, nak sambung ke tak.

     Kemudian muncul satu perkataan untuk menenteramkan hati ikhwah yang bekerja; tsabat.

     Tapi tu la. Bila dah sebut pasal tsabat, ada pulak bermacam-macam jenis tsabat ni:


Datang usrah setiap minggu tapi hati macam ada tak ada ja pun dikira tsabat jugak.

Setiap minggu kita disibukkan dengan program tapi rasa macam pergi program yang biasa ja, pun orang kata kita ni tengah tsabat.

Nak jadi ahli jemaah, bayar yuran tahunan. Ataupun bayar yuran 'lump sum' untuk menjadi ahli kekal. Tapi usrah tak pernah datang pun. Itupun boleh dikategorikan sebagai tsabat.

Tsabat hanya dengan menghadirkan diri ke dalam usrah dan program-program jemaah atau tsabat dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah? Dua-dua tu adalah tsabat jugak.


     Macam-macam jenis tsabat kita boleh pilih. Don't get me wrong. Aku tak bersikap sinis atau memerli atau merendahkan mana-mana ikhwah. Akhirnya kita sendiri yang memilih untuk nak tsabat macam mana. Itu antara kita dengan Allah je tau, bukannya orang lain.

     Kita hadirkan diri ketika ada masa lapang saja. Masa lapang = hobi. Dakwah dan tarbiyah hanya dilakukan ketika ada masa lapang. Jadi betul lah dakwah dan tarbiyah bukannya suatu keperluan; yang siftanya membutuhkan pengorbanan masa, harta & jiwa?? Di manakah ruh perjuangan tanpa pengorbanan? Ditambah parah lagi, kita kata kita sedang tsabat??? Na'udzubillahi min dzaaalik!


Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

[At-Taubah (9): 24]


     Allahu Allah. Akhirnya kita sendiri yang memilih nak tsabat macam mana. Dan jenis tsabat yang kita pilih tu, hanya kita dan Allah saja yang tau adakah ia benar-benar ikhlas.

     Aku menulis tentang tsabat ni, yang pertama-pertama adalah sebagai peringatan untuk aku sendiri. Aku sendiri bekerja di pelantar minyak. Sekali naik boleh cecah sampai sebulan. Lepas tu turun selama seminggu je. Cukup seminggu, naik selama sebulan lagi. Dan keadaan ini repetitive selama tiga bulan, baru la dapat balik ke semenanjung. Tak yah cakap pasal bawak usrah, nak pergi usrah pun.......

     Wallaahu'alam. Moga-moga kita tetap terus tsabat dengan Allah, bersikap benar dengan Allah.





Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".

[Fussilat (41): 30]

Posted by Posted by zabed at 8:18 PM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>