bismillaahirrahmaanirrahiim
Ada sekali sewaktu musykilah, sorang anak usrah ni meluahkan perasaan. Touching. Aku terasa kat hati.
Musykilah ana kali ni tak de la pasal dakwah sangat. Tak de bende pun. Tapi kadang kita terlepas pandang. Kita terlalu sibuk ke dauroh sana sini, kita terlalu sibuk berkejar adik-adik ke sana sini untuk dakwah, pergi usrah lagi, buat program lagi etc.. Tu tak campur dengan kerja ofis lagi (penulis: akh ni dah bekerja). Kita sibuk sampai dah tak balik rumah untuk spend masa dengan family. Baru-baru ni ana balik Sabak Bernam dengan pakcik ana, nenek ana tengah sakit tenat. Ana betul-betul sedih. Ana betul-betul kecewa dengan diri sendiri. Nenek ana jaga ana sejak kecil lagi, tapi bila dah besar, bila dah buat DnT (da'wah dan tarbiyah), ana tak 'menjaga' dia langsung. Sekarang dah tenat, siapa nak jaga DnT dia?
Riak wajah dia sedih. Kepala memandang ke bawah. Suasana dalam usrah senyap. Sebagai murobbi, aku speechless. Boleh je aku nak lontarkan beribu-ribu solusi dan teori kepada dia, tapi.....aku faham perasaan dia. Ini bukan masa untuk mendapatkan jawapan, tetapi masa untuk merasai 'roh' atau 'force' yang cuba disampaikan oleh akh tadi. Kan usrah salah satu wasilah untuk 'duduk dan beriman sejenak'?
Ok ok. Back to the topic. Jujur. Banyak di kalangan kita memang all out habis dalam dakwah. Ke hulu hilir atas nama 'dakwah'. Orang-orang yang kita dakwah boleh terima hidayah lantaran usaha kita. Mad'u-mad'u kita mungkin kita kenal tak lama pun, setahun, dua tahun, dan mungkin tak terikat dengan apa-apa 'tali' dengan kita pun. Kadang-kadang tu ade yang 'kutip' tepi jalan je pun. Haha. Tapi, entah macam mana, orang yang paling rapat dengan kita, paling kenal kita, malah yang menjaga kita sejak kecil, yang tu tak dikira sebagai "mad'u" kita pun. Ironi. Sungguh ironi.
Seminggu selepas itu, akhirnya nenek akh tadi pulang kepada Allah. Allaahumma yaghfirlaha warhamha. Luahan hati dari akh tadi benar-benar merupakan penampar sejibik untuk aku. Lagi-lagi bila kakak aku bakal berkahwin tak lama lagi. Camana dengan mak, adik dan kakak aku? bapak aku kuat pergi surau, so aku tak risau sangat.
Kami – as in keluarga aku – selalu keluar berjalan-jalan di bandar dan kebanyakan masa berada dalam kereta. So aku cuba ambil kesempatan semasa dalam kereta untuk 'dakwah' mereka dengan bagi mereka mendengar beberapa ceramah yang aku kira boleh menyentuh hati seperti ceramah Dr. MAZA. Untuk beberapa ketika, mungkin cara ni berkesan. Lambat laun aku sedar, ini tidak mencukupi.
Brader Nouman Ali Khan pernah cakap dalam salah satu ceramah dia (tak ingat yang mana satu), dakwah kepada keluarga ni tak sama seperti mana dakwah kita dengan 'non-family'. Pasaipa? Sebab depa ni dah kenai kita lama dah, sejak kecil lagi. Bukan setakat kenal dengan bilangan nombor tahun tu, depa ni kenai kita dari setiap segala selok-belok tentang diri kita. Mak kita tau kita suka makan apa, tau perangai kita macam mana, tau macam mana tak nak terguriskan hati kita, tau tabiat kita bila tengah lapar dan kenyang dan banyak lagi. Mana taknya, mak bapak kenal perangai kita sejak depa tukaq kain lampin kita lagi. Jangan berani cakap "depa tak kenai aku". Lagi-lagi kita ni dulu sebelum menyertai tarbiyah, tau-tau je la kan. Banyak menyusahkan mak bapak je keje.
Selepas menjalankan 'kehidupan baru', tiba-tiba nak bagi ceramah kat depa pulak? Cerita pasal islam? Cerita pasal qadhaya ummah? Suruh tutup aurat? Boikot barangan israel? Betul, itu salah satu cara, tapi still tak cukup lagi. Kamon la bro. Jadi realistik sikit la. Realiti yang banyak berlaku dalam kalangan kita, ceramah pum pam pum pam tidak memadai. Malah, ada antara ahli keluarga pandang kita dengan sinis dan berkata, "Cakap pasal islam boleh, tapi diri sendiri tak serupa 'islam' pun".
Ok ok. Jadi panjang lebar pulak post ni. So terus kepada point. Kalau nak dakwah ahli keluarga di rumah, bukan dengan kata-kata, tapi dengan perbuatan. Depa tak perlukan pun nasihat-nasihat agama ni. Kau pergi amik penyapu lidi tu, pi sapu-sapu daun-daun kat depan rumah tu sampai bersih. Pastu pi amik mop, mop lantai kasi licin. Pi cari vacuum, vacuum satu rumah. Bilik air tu basuh sampai wangi. 'Hapuskan' pinggan mangkuk kat dalam sinki tuh. Buat kerja-kerja rumah, meski ko seorang lelaki. Hahaha. Gelak lah gelak. Tapi inilah cara yang berkesan. Da'wah bil haal (dakwah yang mengedepankan perbuatan nyata).
Setakat mana yang pernah aku cuba, alhamdulillah sangat berpuas hati. Boleh la kata 'berkesan' walaupun tak de la banyak mana pun kerja rumah yang aku buat. Bukan nak poyo-poyo cerita pasal pencapaian aku sekarang tapi memang terpanggil untuk menceritakan pengalaman sendiri kepada mereka di luar sana yang terasa 'buntu' dengan masalah keluarga . Papepun, aku sendiri rasa cara ini lebih berkesan daripada kononnya dakwah bercerita tentang islam. Berkesan macam mana? Entah. Pergi la cuba sendiri.
Dalam kesibukan kita cuba kejut orang-orang yang sedang tidur dalam bangunan yang sedang terbakar, kadang kita terlupa dengan keluarga kita sendiri yang berada dalam bangunan tersebut. Atau mungkin ada yang 'buat-buat tak nampak'. Mak? Ayah? Abang? Kakak? Adik? Ya benar, kita sayang pada mereka, tetapi kesungguhan 'mengejut' mereka itu yang Allah mahukan. Papepun, dakwah kita di rumah seharusnya bersifat,
qudwah, qobla da'wah
contoh teladan, sebelum 'berda'wah'.
Jangan mengabaikan orang tua-mu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir.
[Hadith riwayat Muslim]
Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?" Nabi sallallaahu 'alayhi wa sallam menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu."
[Muttafaq 'alaih]
Orang yang memutus hubungan kekeluargaan tidak akan masuk surga.
[Muttafaq 'alaih]
Cukup berdosa orang yang menyia-nyiakan tanggungjawab keluarga.
[hadits riwayat Abu Dawud]
Walaahu'alam bis sowabb
p/s1: pernah sekali tu, aku balik rumah. tiba-tiba kakak nampak dan terus tegur aku, "Woi. Ingat ni hotel ke nak keluar masuk keluar masuk sesuka hati?" Ya Allah. Kan dah jadi fitnah kepada dakwah dah?
p/s2: sempena hari ibu sedunia, aku selitkan post lama yang aku tulis berkaitan kelembutan belaian mak aku: Selamat Hari Ibu
Sunday, May 13, 2012
Posted by Posted by
zabed
at
9:42 PM
Categories:
0
comments
Saturday, May 5, 2012
bismillaah.
Tengok jam, pukul 9.00 pagi. Siap-siap nak bertolak ke campus, aku sempat jerit kat roommate yang tengah tidur, "Sap (bukan nama sebenar), pinjam moto boleh? Nak pergi campus."
Pastu, dalam keadaan mamai, si Sap ni membalas,
"Motor aku rosak doh. Mati tengah jalan pagi tadi. Jalan on the way ke campus tuh."
"Eh?? Pesal? Habis minyak?"
"Tak ah. Ade je sikit. Entah tiba-tiba mati."
Gulp. Jujur aku rasa bersalah sebab orang terakhir yang pinjam motor dia sebelum 'pagi tadi' ialah aku. Plus, dalam minggu tersebut akulah orang yang paling rajin sekali guna motor tu. Jadi dengan rela hatinya (dan juga berat hati), aku offer diri untuk cari pomen pergi repair motor dia dan aku sanggup tanggung kos perbelanjaan.
Start enjin kereta, aku pergi cari bengkel motor dekat-dekat kawasan rumah sewa. Jumpa satu kedai terus aku tutup enjin dan masuk bengkel tersebut,
"Bang, boleh tolong tak? Motor kawan saya mati tengah jalan kat jalan Blablabla pagi tadi. Boleh tak bang pergi cek motor tu ke, ade rosak tang mana ka.."
"Boleh boleh tadahal. Yob (bukan nama sebenar), jom ikut aku."
Aku pun berjalan menuju kereta aku. Masuk kereta, tutup pintu, cucuk kunci dan pusing. Skrekk.....Skrekkk....Skreek.. Pulak dahhhhhhhhhh. Bateri kereta pulak habis. Timing sangat cantik. Hahaha. Gelak...itupun boleh jadi penawar walau sikit.
Memang dugaan betul la hari tu. Hari jumaat pulak tu. Nak bersiap pergi solat lagi. Lepas solat ada lab session lagi. Hari isnin kena hantar coursework dan update final year project lagi. Bayaran untuk tukar bateri kereta dan repair motor boleh jadi parah jugak la wallet aku ni. Haihhhhhhh.
Dugaan. Benda tu adalah sunnatullah dalam dakwah dan tarbiyah. Tabiat semula jadi, natural phenomenon. Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam pernah bersabda dalam hadits riwayat Imam Tirmidzi:
Orang mu'min sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.
Aku rasa......tak perlu kot nak explain berjela-jela tentang mehnah dan tribulasi di jalan dakwah ni. Semua yang mengaku buat dakwah CONFIRM akan merasai dugaan di jalan ni. Confirm. Semua yang membaca ni mesti ada pengalaman masing-masing insha Allah.
Bila kita baca hadits di atas, cuba renungkan firman Allah dalam surah As-Saf ayat 12 dan 13,
Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
Sebelum kedua-dua ayat ni ada diceritakan tentang urusan jual beli yang Allah offer kepada kita, which is urusan jual beli tersebut ialah tu'minunabillaah wa rasuulihii wa tujaahiduuna fii sabeelillah bi amwaalikum wa anfusikum.
Kalau kita mengaku kita buat dakwah, berjihad, maka ganjaran yang pertama Allah akan beri ialah yaghfirlakum dzunuubakum. Allah akan mengampuni dosa-dosamu.
Ganjaran pertama yang diberikan Allah kepada mereka yang 'berurusan jual beli' dengan Allah sudah cukup membuatkan seseorang tu beria-ia nak buat kerja dakwah dan tarbiyah biarpun berpangkat kuli batak dakwah. Siapa tak nak bro kalau free-free Allah nak hapuskan dosa. Perkataan dzanaba ni tak boleh diertikan dengan 'dosa' semata sahaja. Dzanaba boleh juga diertikan dengan maksud 'ekor/tail'. Kiranya manusia yang 'berekor' ni boleh kata memalukan diri sendiri sebab dia ada ekor. Aish. Korang boleh imagine sendiri lah kalau manusia ada ekor macam binatang, confirm kena gelak punya dengan orang sekeliling. Suatu 'elemen' yang ada pada diri manusia itu yang memalukan dirinya kalau diketahui orang lain a.k.a. dosa, akan dihapuskan Allah sekiranya dia melaksanakan 'urusan jual beli' dengan Allah.
Sebab tu bila kita kononnya mengaku buat kerja DnT ni seharusnya kepala sangat lega banyak bila mendengar ayat ni. Allah menghapuskan elemen-elemen yang memalukan diri ini, sehinggalah kita menghadap Allah tanpa membawa 'ekor' sedikitpun.
Selepas ayat tentang pengampunan dosa, kemudian barulah Allah nyatakan satu lagi karunia Allah yang kita sukai (tuhibbu nahaa ), iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat ( nashrun minallah wa fathun qoriibb ).
Aku teringat ketika mula-mula bawak usrah, aku ingat bawak usrah ni ibarat piece of cake . Alaa. Setakat setiap minggu bentang je mane-mane surah. Lepas tu, paksa setiap anak usrah untuk pergi dauroh setiap bulan. Tak de follow up langsung selepas pergi usrah dan dauroh, apatah lagi da'wah fardhiyah (DF). Hahaha cetek gila pemikiran waktu tu. Nak menggalas tugas yang berat, tapi buat main-main tanpa kesungguhan yang jitu. Dan hasilnya, sangat-sangat memberi penampar yang kuat kat aku. Aku sangka nak membina atau takwin anak-anak usrah itu suatu tugas mudah. Jelas, kepala-hotak-aku la kalau setakat macam tu je nak takwin orang.
Dan ketika itulah aku mula memahami erti ayat 12 dan 13 ni dengan mendalam. Sesuatu yang kita sukai akan diberikan selepas Allah mengampunkan dosa kita, terlebih dahulu. Dakwah yang tidak berkesan, salahnya bukan pada anak-anak usrah ataupun faktor-faktor luaran. Hakikatnya, itu berpunca dari diri sendiri, yang masih lagi banyak dosa-dosa yang tak diampunkan.
"Darimana datangnya (kekalahan) ini?"
Qul hua min 'indi anfusikum!
Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri!"
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
[Ali 'Imran (3): 165]
Bermula dengan takwin diri sendiri, kemudian lantaran usaha kita, Allah akan men-takwin orang-orang yang kita dakwahkan. Yang tidak terisi, tidak bisa mengisi. Bermula dengan individu muslim, kemudian baitul muslim dan masyarakat muslim. Akhirnya wujudlah ustaziatul 'alam. Cakap memang senang, tapi sendiri tau lah susah dia tahap mana. Benarlah imam as-syahid hasan al-banna,
Tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak di atas bumi kamu.
Wallaahu'alam bis sowabb.
p/s: semoga peristiwa motor rosak dan kereta habis bateri ni menjadi dugaan yang akan menghapuskan 'sesuatu yang memalukan' aku. Dan harapnya aku lebih teguh di jalan ini. When the going gets tough, the tough get going. Hakikatnya, ujian kecik macam ni pun aku terasa sangat berat sehinggga dikhuatiri mengganggu DnT. Pastu bermimpi bahawa jalan ini boleh dilaksankan dengan sambil lewa? Jauh lagi bang. Jauuuuuuuh lagi. Yang penting, jangan syok sendiri sangat lah! Padahal baru semut yang gigit, belum lagi ular.
Posted by Posted by
zabed
at
11:19 PM
Categories:
0
comments
Tuesday, May 1, 2012
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillah. Akhirnye dapat jugak buat blog yang 'lebih serius' berbanding KBG 5913. Aku rase dah celoteh agak panjang jugak kot kenapa aku buat satu lagi blog. Anyways, aku expect yang tengah baca ni adalah orang yang dah sepatutnya 'serius' la kan? Ok, dah tak berapa umum sudeh.
Entri pertama pasal Bersih 3.0. Hahaha ini bukan bermaksud blog ni bakal bincang politik pulak. Sebab hari Sabtu tu aku turun ke Dataran Merdeka jugak. Papepun, Bersih 2.0 aku tak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu, alhamdulillah Bersih 3.0 Allah beri kebenaran untuk pergi. Oh, aku pergi sebab nak tengok dengan mata sendiri apa yang sebenar-benarnya terjadi, daripada duduk depan laptop setakat tengok beberapa video dan artikel pastu buat judgement yang sungguh tak matang.
Pukul 8 pagi gerak dari Semenyih, naik kereta + LRT + jalan kaki, tambah tolak ada la nak dekat pukul 10 jugak la sampai Dataran tu. Ye aku tak dok jauh-jauh, aku dan beberapa orang duduk 'front line' perhimpunan tu. Betul-betul depan barricades atau penghadang polis tu. Saja. Kata nak tengok perkara yang betul-betul berlaku kan daripada duduk depan laptop pastu nak gelabah-gelabah buat conclusion sendiri?
Dan Alhamdulillah, sempat la kenal beberapa peserta-peserta BERSIH kat situ. Kebanyakan diorang ada fikrah yang sama, kami nak duduk dan bantah. Takdak provokasi, takdak rempuh-rempuh paksaan. Polis yang jaga depan penghadang pun ada yang sempoi, boleh bawak bersembang lagi. Ada yang siap belanja polis minum sekali dengan diorang. Kalau ada sesiapa yang provok, ramai-ramai akan jerit suruh "duduk! duduk! duduk!".
Tak dinafikan, seharusnya perhimpunan ini 'neutral'. Secara ideal, itu yang sepatutnya berlaku. Tapi ada jugak beberapa 'pemimpin' yang bagi ucapan dan isi ucapannya sangatlah tak 'neutral'. Papepun, orang-orang yang diberi tanggungjawab (mas'uliyah) untuk mengadakan perhimpunan ni dah berkali-kali mengingatkan peserta agar jangan provok, jaga perangai masing-masing. Tetap dengan "duduk dan bantah".
Tapi ada 100,000 orang kat situ. Semua yang datang ada hati yang berlainan, dan niat yang berlainan. Yang nak gaduh memang nak gaduh, yang rasional tetap menjadi rasional. Entah camana, ada seorang 'pemimpin' ni boleh pulak bagi green light untuk buang penghadang dan rempuh masuk dataran, dan terjadilah perkara merempuh masuk. Nak dekat 3-5 minit orang ramai merempuh masuk, barulah FRU tembak water cannon tu dan tear gas . Aku pun boleh terkena gak walaupun niat asal hanya nak tengok apa yang berlaku. Hahaha. Tapi gua tak menyesal la kena. Near death experience kot. Macam ada kat battlefield pulak.
Selepas berlari-lari menyelamatkan diri dari terkena tear gas, akhirnya para peserta berkumpul di satu tempat. Salah seorang committee member Bersih beri ucapan, dan menegaskan bahawa "this rally is dismissed. For the sake of BERSIH, please dismissed peacefully and avoid any form of provocation. We beg you to do so. Jumpa lagi pada hari pengundian!". Walau rally dah habis, ada jugak yang masih lagi tak puas hati pergi kumpul ramai-ramai. Ni yang masalah ni. Ramai yang datang, tak semestinya semua dengan niat yang sama. Tu tak campur lagi dengan provokasi yang dibuat oleh 'special branch'.
Akhirnya jadilah perkara-perkara yang kita tengok kat berita. Kereta polis langgar orang, terbalikkan kereta polis, belasah polis trafik, polis pukul sorang peserta beramai-ramai, peserta bantai polis ramai-ramai dan sebagainya. Aku sendiri secara jujurnya hampir-hampir termakan provokasi bila dah terlalu geram sangat tengok benda-benda yang berlaku di hadapan mata tapi nasib baik seorang akh ni ingatkan balik tentang tujuan kami ke sini.
Itu je lah kot ape yang aku nak cerita pasal Bersih 3.0. Haha sebenarnya banyak gila nak cerita, terasa macam nak tulis kronologi peristiwa pulak dari awal sampai habis. Tapi bukan benda tu yang nak disampaikan dalam post ni. Teknik penceritaan Quran kadang-kadang mengundang provokasi orang ramai, kata mereka Quran tak cukup 'lengkap' kerana tak cerita sesuatu persitiwa itu secara detail. Kan kisah-kisah dalam Al-Quran itu ditujukan kepada mereka yang nak mengambil isi buah pala, bukan kulitnya?
Entah la. Kadang kita sebagai murobbi beria-ia mengharapkan mutarobbi kita menghapuskan karat-karat jahiliyah yang masih lagi melekat dalam diri mereka. Itu satu niat yang bagus, tapi ia jadi tak berapa nak realistik sangat bila kita sendiri tak pernah melakukan jahiliyah tersebut sebelum bergelar seorang murobbi.
Bila dalam satu sesi usrah tu, sorang mutarobbi ni minta izin dengan kita, "Bang, saya nak hisap rokok semasa usrah boleh tak?". Tiba-tiba kepala kita hampir-hampir nak meletus untuk menjerit, "Kuang hajaq punya budak! Aku dulu pun hisap rokok jugak, tapi tak de la sampai hisap rokok depan murobbi aku! Inikan dalam usrah hang nak hisap rokok??". Hahaha. Ini pernah berlaku pada seorang akh tahu?
Kerana 'aku' tak pernah minum arak, tidak bererti 'aku' memahami perasaan susahnya seorang mutarobbi tu untuk berhenti minum arak. Kerana 'aku' tak pernah ada girlfriend, tidak bererti 'aku' memahami perasaan mutarobbi tu untuk clash dengan aweknya. Kerana 'aku' seorang murobbi yang selalu qiamullail, tidak bererti 'aku' memahami perasaan seorang mutarobbi yang kerja dia tido 24 jam sehari. Dan begitulah list-list jahiliyah yang lain yang tidak pernah dibuat oleh 'aku'. 'Aku' tu kau dan orang lain yang mengaku da'i la.
Tapi di sini tidak bermaksud bahawa kita sebagai murobbi boleh redha dengan jahiliyah-jahiliyah yang mad'u kita buat atas dasar kerana kita tak pernah buat. Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam sendiri tidak pernah meminum arak tetapi mad'u-mad'unya a.k.a. sahabat-sahabat boleh je buang tong-tong arak dalam rumah? Benarlah firman Allah dalam surah Hujurat ayat 13,
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (lita'aarafu). Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
[Al-Hujurat (49): 13]
Lagi banyak 'perbezaan' di antara kita dan mutarobbi kita, seharusnya lebih kuat ta'aruf kita, which secara automatik menjurus kepada tafahhum kita terhadap mereka. Secara ideal-nya, memang sepatutnya macam tu lah berlaku, tapi secara praktis memang susah. Gua paham.
Papepun, di kesibukan kita mengharapkan mutarobbi kita meninggalkan karat-karat jahiliyahnya, seharusnya kita kena ingat bahawa akhirnya dakwah kita ini nak mengajak kepada siapa. Bukan kita, bukan report dalam usrah, bukan kepada murobbi kita tetapi dakwah ini mengajak mutarobbi kita kepada Allah. Tarbiyah dari Allah mengajar kita supaya berusaha, bukan mengejar hasil. Hasil itu 'bonus' dari Allah.
Ape kene-mengene dengan BERSIH? Kau dah tak turun tengok sendiri keadaan Bersih hari Sabtu tu, setakat duduk depan laptop pastu tengok beberapa video dan gambar dan artikel, bersenang-lenang dengan kehidupan aman kau sedangkan kat luar sana ramai yang tertindas, pastu sesuka hati nak buat judgement yang berat sebelah satu pihak. Tak kisah la kepada pro-bersih mahupun pro-kerajaan selagi kau sendiri tak tengok apa yang berlaku, tak layak langsung untuk kau beri komen yang berat kepada satu pihak je. Ada paham?? Hahaha ini ditujukan direct kepada keyboard warriors di facebook.
Samalah dengan karat jahiliyah yang masih lagi melekat pada anak-anak usrah kita. Ingat, dakwah kita mengajak manusia kepada Allah.
p/s: ape perasaan murobbi ko tengok karat-karat jahiliyah yang masih lagi melekat sampai sekarang walau dah bawak usrah? Kih kih kih.
Wallaahu'alam bis sowabb.
Posted by Posted by
zabed
at
1:17 AM
Categories:
1 comments