bismillaah.
Tengok jam, pukul 9.00 pagi. Siap-siap nak bertolak ke campus, aku sempat jerit kat roommate yang tengah tidur, "Sap (bukan nama sebenar), pinjam moto boleh? Nak pergi campus."
Pastu, dalam keadaan mamai, si Sap ni membalas,
"Motor aku rosak doh. Mati tengah jalan pagi tadi. Jalan on the way ke campus tuh."
"Eh?? Pesal? Habis minyak?"
"Tak ah. Ade je sikit. Entah tiba-tiba mati."
Gulp. Jujur aku rasa bersalah sebab orang terakhir yang pinjam motor dia sebelum 'pagi tadi' ialah aku. Plus, dalam minggu tersebut akulah orang yang paling rajin sekali guna motor tu. Jadi dengan rela hatinya (dan juga berat hati), aku offer diri untuk cari pomen pergi repair motor dia dan aku sanggup tanggung kos perbelanjaan.
Start enjin kereta, aku pergi cari bengkel motor dekat-dekat kawasan rumah sewa. Jumpa satu kedai terus aku tutup enjin dan masuk bengkel tersebut,
"Bang, boleh tolong tak? Motor kawan saya mati tengah jalan kat jalan Blablabla pagi tadi. Boleh tak bang pergi cek motor tu ke, ade rosak tang mana ka.."
"Boleh boleh tadahal. Yob (bukan nama sebenar), jom ikut aku."
Aku pun berjalan menuju kereta aku. Masuk kereta, tutup pintu, cucuk kunci dan pusing. Skrekk.....Skrekkk....Skreek.. Pulak dahhhhhhhhhh. Bateri kereta pulak habis. Timing sangat cantik. Hahaha. Gelak...itupun boleh jadi penawar walau sikit.
Memang dugaan betul la hari tu. Hari jumaat pulak tu. Nak bersiap pergi solat lagi. Lepas solat ada lab session lagi. Hari isnin kena hantar coursework dan update final year project lagi. Bayaran untuk tukar bateri kereta dan repair motor boleh jadi parah jugak la wallet aku ni. Haihhhhhhh.
Dugaan. Benda tu adalah sunnatullah dalam dakwah dan tarbiyah. Tabiat semula jadi, natural phenomenon. Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam pernah bersabda dalam hadits riwayat Imam Tirmidzi:
Orang mu'min sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.
Aku rasa......tak perlu kot nak explain berjela-jela tentang mehnah dan tribulasi di jalan dakwah ni. Semua yang mengaku buat dakwah CONFIRM akan merasai dugaan di jalan ni. Confirm. Semua yang membaca ni mesti ada pengalaman masing-masing insha Allah.
Bila kita baca hadits di atas, cuba renungkan firman Allah dalam surah As-Saf ayat 12 dan 13,
Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
Sebelum kedua-dua ayat ni ada diceritakan tentang urusan jual beli yang Allah offer kepada kita, which is urusan jual beli tersebut ialah tu'minunabillaah wa rasuulihii wa tujaahiduuna fii sabeelillah bi amwaalikum wa anfusikum.
Kalau kita mengaku kita buat dakwah, berjihad, maka ganjaran yang pertama Allah akan beri ialah yaghfirlakum dzunuubakum. Allah akan mengampuni dosa-dosamu.
Ganjaran pertama yang diberikan Allah kepada mereka yang 'berurusan jual beli' dengan Allah sudah cukup membuatkan seseorang tu beria-ia nak buat kerja dakwah dan tarbiyah biarpun berpangkat kuli batak dakwah. Siapa tak nak bro kalau free-free Allah nak hapuskan dosa. Perkataan dzanaba ni tak boleh diertikan dengan 'dosa' semata sahaja. Dzanaba boleh juga diertikan dengan maksud 'ekor/tail'. Kiranya manusia yang 'berekor' ni boleh kata memalukan diri sendiri sebab dia ada ekor. Aish. Korang boleh imagine sendiri lah kalau manusia ada ekor macam binatang, confirm kena gelak punya dengan orang sekeliling. Suatu 'elemen' yang ada pada diri manusia itu yang memalukan dirinya kalau diketahui orang lain a.k.a. dosa, akan dihapuskan Allah sekiranya dia melaksanakan 'urusan jual beli' dengan Allah.
Sebab tu bila kita kononnya mengaku buat kerja DnT ni seharusnya kepala sangat lega banyak bila mendengar ayat ni. Allah menghapuskan elemen-elemen yang memalukan diri ini, sehinggalah kita menghadap Allah tanpa membawa 'ekor' sedikitpun.
Selepas ayat tentang pengampunan dosa, kemudian barulah Allah nyatakan satu lagi karunia Allah yang kita sukai (tuhibbu nahaa ), iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat ( nashrun minallah wa fathun qoriibb ).
Aku teringat ketika mula-mula bawak usrah, aku ingat bawak usrah ni ibarat piece of cake . Alaa. Setakat setiap minggu bentang je mane-mane surah. Lepas tu, paksa setiap anak usrah untuk pergi dauroh setiap bulan. Tak de follow up langsung selepas pergi usrah dan dauroh, apatah lagi da'wah fardhiyah (DF). Hahaha cetek gila pemikiran waktu tu. Nak menggalas tugas yang berat, tapi buat main-main tanpa kesungguhan yang jitu. Dan hasilnya, sangat-sangat memberi penampar yang kuat kat aku. Aku sangka nak membina atau takwin anak-anak usrah itu suatu tugas mudah. Jelas, kepala-hotak-aku la kalau setakat macam tu je nak takwin orang.
Dan ketika itulah aku mula memahami erti ayat 12 dan 13 ni dengan mendalam. Sesuatu yang kita sukai akan diberikan selepas Allah mengampunkan dosa kita, terlebih dahulu. Dakwah yang tidak berkesan, salahnya bukan pada anak-anak usrah ataupun faktor-faktor luaran. Hakikatnya, itu berpunca dari diri sendiri, yang masih lagi banyak dosa-dosa yang tak diampunkan.
"Darimana datangnya (kekalahan) ini?"
Qul hua min 'indi anfusikum!
Katakanlah: "Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri!"
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
[Ali 'Imran (3): 165]
Bermula dengan takwin diri sendiri, kemudian lantaran usaha kita, Allah akan men-takwin orang-orang yang kita dakwahkan. Yang tidak terisi, tidak bisa mengisi. Bermula dengan individu muslim, kemudian baitul muslim dan masyarakat muslim. Akhirnya wujudlah ustaziatul 'alam. Cakap memang senang, tapi sendiri tau lah susah dia tahap mana. Benarlah imam as-syahid hasan al-banna,
Tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak di atas bumi kamu.
Wallaahu'alam bis sowabb.
p/s: semoga peristiwa motor rosak dan kereta habis bateri ni menjadi dugaan yang akan menghapuskan 'sesuatu yang memalukan' aku. Dan harapnya aku lebih teguh di jalan ini. When the going gets tough, the tough get going. Hakikatnya, ujian kecik macam ni pun aku terasa sangat berat sehinggga dikhuatiri mengganggu DnT. Pastu bermimpi bahawa jalan ini boleh dilaksankan dengan sambil lewa? Jauh lagi bang. Jauuuuuuuh lagi. Yang penting, jangan syok sendiri sangat lah! Padahal baru semut yang gigit, belum lagi ular.
Hello world!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment