Tuesday, May 1, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim





     Alhamdulillah. Akhirnye dapat jugak buat blog yang 'lebih serius' berbanding KBG 5913. Aku rase dah celoteh agak panjang jugak kot kenapa aku buat satu lagi blog. Anyways, aku expect yang tengah baca ni adalah orang yang dah sepatutnya 'serius' la kan? Ok, dah tak berapa umum sudeh.

     Entri pertama pasal Bersih 3.0. Hahaha ini bukan bermaksud blog ni bakal bincang politik pulak. Sebab hari Sabtu tu aku turun ke Dataran Merdeka jugak. Papepun, Bersih 2.0 aku tak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu, alhamdulillah Bersih 3.0 Allah beri kebenaran untuk pergi. Oh, aku pergi sebab nak tengok dengan mata sendiri apa yang sebenar-benarnya terjadi, daripada duduk depan laptop setakat tengok beberapa video dan artikel pastu buat judgement yang sungguh tak matang.

     Pukul 8 pagi gerak dari Semenyih, naik kereta + LRT + jalan kaki, tambah tolak ada la nak dekat pukul 10 jugak la sampai Dataran tu. Ye aku tak dok jauh-jauh, aku dan beberapa orang duduk 'front line' perhimpunan tu. Betul-betul depan barricades  atau penghadang polis tu. Saja. Kata nak tengok perkara yang betul-betul berlaku kan daripada duduk depan laptop pastu nak gelabah-gelabah buat conclusion sendiri?

     Dan Alhamdulillah, sempat la kenal beberapa peserta-peserta BERSIH kat situ. Kebanyakan diorang ada fikrah yang sama, kami nak duduk dan bantah. Takdak provokasi, takdak rempuh-rempuh paksaan. Polis yang jaga depan penghadang pun ada yang sempoi, boleh bawak bersembang lagi. Ada yang siap belanja polis minum sekali dengan diorang. Kalau ada sesiapa yang provok, ramai-ramai akan jerit suruh "duduk! duduk! duduk!".

     Tak dinafikan, seharusnya perhimpunan ini 'neutral'. Secara ideal, itu yang sepatutnya berlaku. Tapi ada jugak beberapa 'pemimpin' yang bagi ucapan dan isi ucapannya sangatlah tak 'neutral'. Papepun, orang-orang yang diberi tanggungjawab (mas'uliyah) untuk mengadakan perhimpunan ni dah berkali-kali mengingatkan peserta agar jangan provok, jaga perangai masing-masing. Tetap dengan "duduk dan bantah".

     Tapi ada 100,000 orang kat situ. Semua yang datang ada hati yang berlainan, dan niat yang berlainan. Yang nak gaduh memang nak gaduh, yang rasional tetap menjadi rasional. Entah camana, ada seorang 'pemimpin' ni boleh pulak bagi green light untuk buang penghadang dan rempuh masuk dataran, dan terjadilah perkara merempuh masuk. Nak dekat 3-5 minit orang ramai merempuh masuk, barulah FRU tembak water cannon  tu dan tear gas . Aku pun boleh terkena gak walaupun niat asal hanya nak tengok apa yang berlaku. Hahaha. Tapi gua tak menyesal la kena. Near death experience kot. Macam ada kat battlefield pulak.

     Selepas berlari-lari menyelamatkan diri dari terkena tear gas, akhirnya para peserta berkumpul di satu tempat. Salah seorang committee member Bersih beri ucapan, dan menegaskan bahawa "this rally is dismissed. For the sake of BERSIH, please dismissed peacefully and avoid any form of provocation. We beg you to do so. Jumpa lagi pada hari pengundian!". Walau rally dah habis, ada jugak yang masih lagi tak puas hati pergi kumpul ramai-ramai. Ni yang masalah ni. Ramai yang datang, tak semestinya semua dengan niat yang sama. Tu tak campur lagi dengan provokasi yang dibuat oleh 'special branch'.

     Akhirnya jadilah perkara-perkara yang kita tengok kat berita. Kereta polis langgar orang, terbalikkan kereta polis, belasah polis trafik, polis pukul sorang peserta beramai-ramai, peserta bantai polis ramai-ramai dan sebagainya. Aku sendiri secara jujurnya hampir-hampir termakan provokasi bila dah terlalu geram sangat tengok benda-benda yang berlaku di hadapan mata tapi nasib baik seorang akh ni ingatkan balik tentang tujuan kami ke sini.

     Itu je lah kot ape yang aku nak cerita pasal Bersih 3.0. Haha sebenarnya banyak gila nak cerita, terasa macam nak tulis kronologi peristiwa pulak dari awal sampai habis. Tapi bukan benda tu yang nak disampaikan dalam post ni. Teknik penceritaan Quran kadang-kadang mengundang provokasi orang ramai, kata mereka Quran tak cukup 'lengkap' kerana tak cerita sesuatu persitiwa itu secara detail. Kan kisah-kisah dalam Al-Quran itu ditujukan kepada mereka yang nak mengambil isi buah pala, bukan kulitnya?

     Entah la. Kadang kita sebagai murobbi beria-ia mengharapkan mutarobbi kita menghapuskan karat-karat jahiliyah yang masih lagi melekat dalam diri mereka. Itu satu niat yang bagus, tapi ia jadi tak berapa nak realistik sangat bila kita sendiri tak pernah melakukan jahiliyah tersebut sebelum bergelar seorang murobbi.

     Bila dalam satu sesi usrah tu, sorang mutarobbi ni minta izin dengan kita, "Bang, saya nak hisap rokok semasa usrah boleh tak?". Tiba-tiba kepala kita hampir-hampir nak meletus untuk menjerit, "Kuang hajaq punya budak! Aku dulu pun hisap rokok jugak, tapi tak de la sampai hisap rokok depan murobbi aku! Inikan dalam usrah hang nak hisap rokok??". Hahaha. Ini pernah berlaku pada seorang akh tahu?

     Kerana 'aku' tak pernah minum arak, tidak bererti 'aku' memahami perasaan susahnya seorang mutarobbi tu untuk berhenti minum arak. Kerana 'aku' tak pernah ada girlfriend, tidak bererti 'aku' memahami perasaan mutarobbi tu untuk clash dengan aweknya. Kerana 'aku' seorang murobbi yang selalu qiamullail, tidak bererti 'aku' memahami perasaan seorang mutarobbi yang kerja dia tido 24 jam sehari. Dan begitulah list-list jahiliyah yang lain yang tidak pernah dibuat oleh 'aku'. 'Aku' tu kau dan orang lain yang mengaku da'i la.

      Tapi di sini tidak bermaksud bahawa kita sebagai murobbi boleh redha dengan jahiliyah-jahiliyah yang mad'u kita buat atas dasar kerana kita tak pernah buat. Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam  sendiri tidak pernah meminum arak tetapi mad'u-mad'unya a.k.a. sahabat-sahabat boleh je buang tong-tong arak dalam rumah? Benarlah firman Allah dalam surah Hujurat ayat 13,


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (lita'aarafu). Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

[Al-Hujurat (49): 13]


     Lagi banyak 'perbezaan' di antara kita dan mutarobbi kita, seharusnya lebih kuat ta'aruf kita, which secara automatik menjurus kepada tafahhum kita terhadap mereka. Secara ideal-nya, memang sepatutnya macam tu lah berlaku, tapi secara praktis memang susah. Gua paham.

     Papepun, di kesibukan kita mengharapkan mutarobbi kita meninggalkan karat-karat jahiliyahnya, seharusnya kita kena ingat bahawa akhirnya dakwah kita ini nak mengajak kepada siapa. Bukan kita, bukan report dalam usrah, bukan kepada murobbi kita tetapi dakwah ini mengajak mutarobbi kita kepada Allah. Tarbiyah dari Allah mengajar kita supaya berusaha, bukan mengejar hasil. Hasil itu 'bonus' dari Allah.

      Ape kene-mengene dengan BERSIH? Kau dah tak turun tengok sendiri keadaan Bersih hari Sabtu tu, setakat duduk depan laptop pastu tengok beberapa video dan gambar dan artikel, bersenang-lenang dengan kehidupan aman kau sedangkan kat luar sana ramai yang tertindas, pastu sesuka hati nak buat judgement yang berat sebelah satu pihak. Tak kisah la kepada pro-bersih mahupun pro-kerajaan selagi kau sendiri tak tengok apa yang berlaku, tak layak langsung untuk kau beri komen yang berat kepada satu pihak je. Ada paham?? Hahaha ini ditujukan direct kepada keyboard warriors di facebook.

      Samalah dengan karat jahiliyah yang masih lagi melekat pada anak-anak usrah kita. Ingat, dakwah kita mengajak manusia kepada Allah.



p/s: ape perasaan murobbi ko tengok karat-karat jahiliyah yang masih lagi melekat sampai sekarang walau dah bawak usrah? Kih kih kih.


Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 1:17 AM
Categories:

 

1 comments:

Pemimpi Tegar said...

Kih kih kih.. =.=''

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>