Thursday, July 26, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Selalunya aku solat tarawih dengan mak di rumah. Bila jauh dari rumah, aku agak terkejut beruk bila kebanyakan masjid sekarang bukan sekadar solat tarawih 8 atau 20 rakaat saja, bahkan dah jadi trend dah sekarang ni ada tazkirah ringkas sebelum atau selepas 4 rakaat tarawih. Yeargghhhhh bruhtherrrrrr! Ramadan FTW!

     Orang-orang masjid pun slowly memahami bahawa Ramadan bukan kandang ibadah semata-mata. Mereka sedar bulan Ramadan adalah bulan yang ideal untuk tarbiyah manusia.

     Ada ikhwah pada bulan Ramadan dihentikan usrah kerana nak fokus beribadah. Aku respek pandangan mereka. Allah yang lebih mengetahui. Sekalipun nak fokus beribadah, tidak bererti kita berhenti dari dakwah, tidak bererti kita berhenti dari mujaahadah (baca: jihad). Sedangkan perang Badar berlaku pada bulan Ramadan, apa alasan kita untuk tinggalkan dakwah?

     Hidup aku agak senang bulan Ramadan ni. Bukak puasa makan free di masjid. Habis tarawih ada moreh lagi. Sahur je la pergi mamak, keluar duit sikit. Senang cerita, tak ada isu la bab-bab kewangan ni semasa bulan ni.

      Dengan oportuniti-oportuniti sebegini, mengapa kita lepaskan peluang osem untuk berdakwah hanya kerana ibadah semata?

     Papepun, Allah lebih mengetahui. Wallaahu'alam bis sowab.

Posted by Posted by zabed at 1:21 AM
Categories:

0 comments  

Saturday, July 21, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Mula-mulanya aku ingat nak basuh dulang ala kadar je sebab kesuntukan masa. Tapi tiba-tiba shuppp  dapat satu ilham yang melekat dalam kepala sehingga sekarang.


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam (rahmatan lil 'aalamin).

[Al-Anbiya' (21): 107]



     Tersentak, aku pun basuh dulang dengan sebersih mungkin. Berkilat. Bukan setakat tu saja, aku amik penyapu pastu sapu kawasan tempat kitorang makan tu dengan secermat mungkin. Tak ada sisa-sisa makanan langsung walau sebutir nasi. Tak cukup lagi, aku pergi cari mop pastu mop lantai sehingga lantai tersebut 'reflect' cahaya lampu. Inilah penangan hidayah. Amik kau.

     Ok ok ok. Bukan nak bajet bagus kat sini, tapi ayat Quran di atas ni betul-betul buat aku tersentak sehingga setiap kerja yang aku buat diteliti habis. Sebab, kita adalah rahmatan lil 'aalamin. Setiap benda yang kita buat akan dipertontonkan kepada manusia. Dulang yang bersih, lantai yang berkilat dan bebas sampah boleh menjadi 'rahmat' bukan kepada ikhwah (baca: peserta program/daurah/etc.) sahaja, tetapi orang-orang yang di luar sana tu.


"Ish bagus la orang-orang pertubuhan (*bleeeep*) ni. Kalau diorang berprogram kat sini, mesti bersih je kawasan masjid kita ni. Tak macam orang lain, buat sepah je keje."


"Bagus la kawan-kawan Afiq (bukan nama sebenar) ni. Kalau abang kau dan kawan-kawan dia datang rumah ni (tempat tidur semasa berjaulah), mesti tinggal dalam keadaan bersepah. Tapi kawan-kawan kau ni pandai mengemas. Macam perempuan pulak. Haha."


"Biar betul abang ni engineer? Tapi buat kerja-kerja catering? (cedok nasi dan lauk untuk peserta, bancuh air, ikat plastik sampah, etc.) "



     Perkara-perkara yang luar biasa, yang di luar norma kehidupan manusia. Itulah antara perkara yang dapat menyentuh hati-hati manusia. Kita buat sesuatu yang lebih baik dari kebiasaan manusia, maka ia menjadi sesuatu 'yang melembutkan' atau 'jelmaan kasih sayang' (baca kedua-dua perkataan ni sebagai rahmat).

     Selepas kejatuhan kerajaan islam, manusia dahagakan kasih sayang. Lalu, diciptalah berbagai-bagai jenis isme yang kononnya dapat melembutkan hati mereka. Tell me, apa jenis isme yang betul-betul boleh menggantikan 'rahmat' atau 'kasih sayang' ini? Sejarah membuktikan sosialisme dan komunisme telah gagal. Sekarang ni ummat berpegang kepada kapitalisme, tetapi itu pun bakal jatuh. Bukti boleh dilihat di depan mata. Kalau nak lebih jelas, Batman: The Dark Knight Rises dengan cemerlangnya berjaya 'menghidupkan' keburukan sistem kapitalis itu sendiri.

     Mungkin kerja-kerja mengemas dan membersihkan tempat-tempat program atau jaulah adalah usaha kecil, tetapi siapa tau sekecil-kecil usaha macam tu pun dah boleh jadi suatu bentuk kelembutan hati pada orang-orang luar. Mereka nampak sinar kebangkitan islam itu ada harapan pada sisa-sisa tinggalan kita. Sebab mereka dahagakan kasih sayang!

      Akhirnya, aku faham sedikit mengapa pemuda yang pada asalnya begitu benci kepada Rasulullah menangis selepas baginda meletakkan tangannya di atas dada pemuda tersebut. Kerana kasih sayang. Rahmatan lil 'aalamin. Allaahu Allah. Touching aku bila baca hadits tersebut. *sniff*


Kita akan perangi manusia dengan kasih sayang ! - Hasan Al-Banna


Posted by Posted by zabed at 1:51 PM
Categories:

0 comments  

Sunday, July 8, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Alhamdulillah. Setelah 4 tahun punya 'kampf' (pergi google translate), akhirnya diberi peluang jua oleh Allah untuk menamatkan degree di tanah gersang semenyih ni. Alhamdulillah wa syukurillah.

     Sebelum ber-konvo, aku sempat untuk melepak dengan seorang kawan yang setahun lebih tak jumpa. Seorang member rapat, kiranya orang pertama yang aku kawan dekat uni ni ialah mamat tu. Haha. Walaupun belajar kat sama universiti dan dikira sebagai member rapat, tetapi setahun lebih aku tak jumpa dia. Pathetic sungguh.

      Kali terakhir lepak dengan dia adalah pada awal tahun 2010, waktu aku mula betul-betul nak serius dengan dakwah dan tarbiyah (DnT). Eceh. Selepas 2 tahun, akhirnya Allah beri kesempatan kepada kami untuk melepak sekali sebelum masing-masing meneruskan hidup dengan jalan masing-masing.

     Aku agak terkejut, bila mendapati cara berfikir mamat ni tak berubah langsung sejak 2 tahun dulu. Seolah-olah mamat ni macam orang yang naik time machine. Cara berfikir dia tetap sama. Cara dia memandang sesuatu isu itu tetap sama. Lifestyle pun macam tu. Tak berubah. Mungkin orang kata 2 tahun merupakan suatu periode yang pendek, thus perubahan tu tak berlaku secara mendadak.

     Mana ada. Sejak moment aku mula-mula nak serius dengan DnT sehinggalah saat konvo, aku terasa saaaaaangat lama. Terasa macam nak dekat 10 tahun. Terasa tua. Macam-macam benda berlaku. Hampir setiap waktu ada 'event' tersendiri. Sehinggakan cara aku berfikir 2 tahun yang lepas berbeza dengan sekarang. Aku rasa, setiap tahun cara aku berfikir lain-lain, apatah lagi 2 tahun. Tapi mamat tu......tak berubah langsung. Sama je. Static?

     Baru aku faham mengapa Imam Syafie begitu menekankan bahawa surah Al-'Asr sudah memadai untuk seorang muslim. Baru aku nampak kelogikan pemerintahan Umar Abdul Aziz yang hanya 3 tahun tapi boleh kembalikan keadaan kepada zaman-zaman khulafa' ar-raasyidin. Ia bermain dengan masa.

     Ramai orang complain tak ada masa. Are you serious? Are you serious? Are you serious?


      Kalau ada masa untuk main game, kenapa salahkan usrah mengganggu pelajaran? Kalau ada masa untuk  tengok movie, kenapa salahkan daurah sekali sebulan mengganggu pelajaran? Kalau ada masa untuk tidur petang selepas asar, kenapa salahkan dakwah fardhiyah (DF) mengganggu pelajaran? Kalau ada masa untuk tidur selepas subuh, mengapa salahkan buku-buku fikrah mengganggu pelajaran? Kalau ada masa untuk dinner di restoran selama sejam, mengapa salahkan mutabaah amal mengganggu pelajaran? And the list goes on...

     Aku boleh lagi nak bertoleransi kalau ada akh yang masih lagi tak boleh nak tinggalkan sisa-sisa jahiliyah sebab aku sendiri pun struggle nak buang kesemuanya. Yang penting ada usaha. Tapi aku betul-betul tak boleh blah kalau ada orang salahkan 'usrah' yang mengganggu kerjaya dia, sedangkan aktiviti-aktiviti lagha tu lah yang menyumbang kepada kegagalan. Seriously bro? Seriously? Haters gonna hate, that's all.

     Sorry lah aku mungkin agak emotional sikit semasa menulis post ni. Haha. Tapi tu lah, hakitkatnya kalau hati awal-awal lagi kata tak nak, salahkan semua benda kat atas dunia ni, padahal yang bermasalah adalah diri sendiri.

     Melihat kepada rakan aku yang dah lama tak jumpa tadi, jujur aku rasa sungguh bersyukur Allah beri peluang kepada aku untuk merasai nikmat tarbiyah. Aku sedih, bila rakan-rakan yang rapat tidak bersama-sama menyertai gerakan tarbiyah. Kesian, mereka kekurangan sesuatu, sedangkan aku telah memperoleh sesuatu. Allah...bukalah pintu hati-hati mereka ya Rabb Yang Mengurniakan hidayah kepada hamba-hambaMu yang hina.

     Kemudian, orang yang sudah merasai nikmat tarbiyah pula complain tak ada masa untuk tarbiyah sedangkan........entah lah. Malas nak sambung. Kecewa sangat hati ni bila ada orang complain sedemikian.


Hai orang-orang yang beriman, rukuklah, sujudlah, sembahlah Tuhanmu, dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.

Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.

[Al-Hajj: 77-78]



      Ya Allah, tetapkanlah hati kami pada jalan ini. Tetapkanlah hati kami agar sentiasa khusyuk memuhasabah kesalahan-kesalahan kami. Tetapkanlah hati kami agar sentiasa beristighfar memohon keampunan dari Mu.

     Ya Allah, kurniakalah kami hati yang cenderung untuk syahid di jalanMu. Ameen ya rabbal 'aalamiin.



Wallaahu'alam bis sowabb.

Posted by Posted by zabed at 4:32 AM
Categories:

2 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>