Bismillahirrahmaanirrahiim
Dalam suatu mukhayyam (camping), seorang akh (bro) ditugaskan untuk bertolak ke campsite terlebih dahulu untuk 'cop tempat' pada waktu malam. Mungkin agak ekstrim sikit kena panjat time malam-malam, tapi nak tak nak diorang kena jugak untuk 'cop tempat' sebab tempat camping agak terhad. Lambat nasib ah.
Pada mulanya akh ni agak berat hati untuk pergi, pasal esok adik dia konvo. Perjalanan dari pintu masuk ke camp site mengambil masa 3 jam ye, bukannya 10-20 minit. 3 JAM BRO! Pening memikir, akhirnya akh ni call mak dia. Dia tanya mak, bila nak bertolak ke tempat konvo adik dia? Mak dia kata dalam pukul 10 pagi. Kalau camtu cantik, bertolak malam ni, esok pagi lepas subuh insya Allah sempat sampai rumah. Insya Allah.
Dan mereka pun bertolak pada malam itu juga tepat pukul 12 malam. Panjat punya panjat, sampai pukul 6 pagi jugak. Elok-elok timing nak solat subuh. Habis solat subuh, mak kepada akh tadi call,
"Haris (bukan nama sebenar) ada mana ni? Haris balik awal sikit boleh tak? Sebab adik kamu kena ada kat sana dalam pukul 8. Kita pun kena ikut skali".
Gulp! Sebijik 'penampar' terkena. By the way, mak dia langsung tak tau yang anak dia ni ada dalam hutan. Akh ni tak bagitau sebab dah jadi kebiasaan. Biasa la anak laki, tak kena control sangat. Letak je phone, terus akh tadi bersiap-siap untuk balik pulak. Memang kalut gila la time tu. Kemudian akh tersebut berangkat pulang, keseorangan.
Nak dijadikan cerita la pulak, akh tersebut sesat! Sesat hampir setengah jam. Ye lah, hari masih gelap lagi maa. Mana nampak sangat. Berharap pada torchlight saja, pastu sorang-sorang, ditambah lagi dalam keadaan tergesa-gesa. Memang cari pasal. Tapi alhamdulillah, akh tersebut berjaya cari jalan keluar jugak. Jam menunjukkan 6.40 am. Terus akh tersebut berlari turun ke pintu masuk (tempat parking kereta). Agak-agak berapa lama dia nak sampai kalau perjalanan biasa mengambil masa 2 jam?
Berlari, berlari dan berlari, tak tau berapa lama dah dia berlari. Dalam kepala akh tersebut hanya memikirkan nak sampai ke campsite sebelum 7.15. Biarpun kaki dah ter-pele'ot banyak kali, dia tetap gagah lari menuruni bukit.
Tiba-tiba, henset berbunyi. Argh! Mak aku call!
"Haris ada kat mana ni? Tak balik-balik lagi ni?"
"Err...Haris ada...ada.. kat...."
Kemudian akh ni menceritakan situasi sebenar kepada mak dia. Mak dia terkejut besar, seolah-olah seperti anak dia ni telah melakukan jenayah besar pulak. Kerana terlalu terkejut, mak dia pass henset kepada ayah dia. Kali ni ayah dia pula bersuara,
"Haris, kamu dah besar. Kamu buatlah apa yang kamu rasa betul. *teettt teettt teettt* (bunyi handphone diletak)".
Kedeboom! Check mate. Akh tersebut terlalu sedih dan akhirnya beliau berhenti terduduk. Tak terlarat untuk bangun melarikan diri. Nak menangis pun tak terkeluar air mata. In a shocking state. Jantung seperti berhenti. Papepun, ini cerita rekaan. Amik je la pengajaran.
Hero di dunia dakwah dan tarbiyah, tapi macam...............bila di rumah. Semua orang jawab nak dakwah ahli keluarga sendiri, nak 'usrahkan' ahli keluarga sendiri. Kemudian ditanya kenapa nak dakwah ahli keluarga? Jawapan yang paling biasa didengar ialah sebab atas dasar kekeluargaan (ie pertalian darah, biological, keturunan, etc.)
Saja nak jelaskan di sini, kita terasa dipanggil untuk dakwah ahli keluarga sendiri bukan kerana hubungan darah atau biologi, tetapi kita dakwah mereka atas dasar aqidah yang sama. The word is 'aqidah, bukan darah. Jangan letakkan kasta keluarga kita lebih bawah daripada 'aqidah.
Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
[At-Tahrim (66): 6]
Wallaahu'alam bis sowab
Hello world!
5 years ago
0 comments:
Post a Comment