Friday, December 14, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim







     Basic Offshore Safety Emergency Training (BOSET). Ada sesetengah negara panggil BOSIET (Basic Offshore Safety Induction Emergency Training). Kalau nak pergi offshore, kena amik training ni. Kira macam nak dapat lesen kereta, sebelum 'certified' untuk dapat lesen kena pergi training dulu. Best pergi BOSET ni, boleh main 'helicopter crash tenggelam masuk air'. Tengok la video kat atas ni kalau rajin, atau youtube boset/bosiet/huet.

     Kebanyakan yang training sekali ialah pakcik-pakcik. Tak ramai yang muda-muda baru grad. Sebelum pergi, kena buat medical check up dulu sebab training ni agak 'rough' (nak pergi pelantar tu lagi la 'rough', jadi training pun kena la 'rough'). Kesian jugak tengok pakcik-pakcik buat training ni, ada yang lagi tua dari bapak aku sendiri.

     Sewaktu training terjun 5 meter, ada sorang pakcik ni hidung dia berdarah selepas buat terjunan. Sebab impact yang kuat sewaktu terkena permukaan air (a.k.a surface tension), lalu ibu jari dia tercalar hidung dalam keadaan 'high speed'. Tangan dia tak cukup kuat untuk 'hold still' sewaktu terjun tu.

     Ada sorang lagi pakcik, entah camana entah kuku dia tercabut sewaktu training dalam air. Aku pun tak paham, mungkin dia terpukul mana-mana bahagian kolam tu kot. Berdarah jari dia. Aish, fragile sungguh.

     Sorang lagi pakcik, sewaktu training nak masuk lifeboat, badan dia tergolek 360 darjah. Lepas tergolek tu, dia terus senyap. Tak cakap apa. Macam trauma semacam.

     Orang muda je yang kekal cergas selepas training, rasa enjoy. Yang tua-tua, muka pucat dan kepenatan. Semua orang dah jelas beza orang tua dan orang muda, tapi bila aku sendiri nampak dengan jelas perbezaan orang tua dan orang muda, betul-betul aku terasa macam masa semakin suntuk.

     Asalnya nak tulis post ni kat blog KBG, tapi fikir-fikir balik, lebih baik post kat sini. Khas untuk mereka yang 'serius dalam DnT'.

     Kita orang muda. Kalau banyak bagi alasan, tunggulah sampai Allah bagi keputusan.



Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah.

[An-naba' (78): 40]



Wallaahu'alam bis sowab

Posted by Posted by zabed at 6:45 PM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>