Thursday, June 14, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim


     Aku teringat semasa musim exam, selalu betul kita mengharapkan waktu-waktu 'selepas kesibukan' tersebut.


"Ya Allah cepat lah habis exam. Cepat lah habis exam."


     Bagi kita yang bekerja untuk dakwah dan tarbiyah (DnT), selalu betul kita mengimpikan waktu-waktu selepas kesibukan untuk kembali all-out dalam dakwah, untuk kembali merealisasikan kata-kata syaikh Hasan al-Banna,


"tanggungjawab yang kita ada terlalu banyak berbanding masa yang kita ada"


     Sampai kadang-kadang tu ada yang sanggup menolak offer kerja atau praktikal semata-mata nak mengisi 'waktu yang diimpikan' tersebut dengan aktiviti-aktiviti tarbiyah. Woww........


..
...
...
....
......
........
........
.........
.................
.............................
..........................................
.................................................


     Tetapi realitinya.....ironinya....indah khabar dari rupa. Tsk tsk tsk. Kita disibukkan dengan kerja-kerja dunia dan ketika itu kita mengimpikan 'waktu-waktu yang lapang' untuk kembali bergiat dalam DnT. Bagus la mengimpikan waktu-waktu yang diisi dengan DnT, tapi pabila waktu-waktu yang diimpikan itu tiba, kita lupa fakta bahawa


"Rehat adalah bukti kelalaian da'i."


      Realitinya...bila terlebih banyak waktu lapang, kita jadi futur. Futur sebab banyak berehat. Oh. Ini yang berlaku kat aku sebenarnya.

     Aku teringat sewaktu tahun pertama dan kedua buat praktikal/latihan industri/internship, sangkaan aku pabila disibukkan dengan kerja-kerja dunia, memang tak ada masa atau kesempitan waktu untuk ber-DnT. Sangkaan je jep. 'Sangkaan' je. Benarlah firman Allah, kekuasaan Allah itu boleh datang dari arah yang kau tak sangka-sangka langsung,


Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya.

[At-Talaq (65): 2-3 @ ayat seribu dinar]


     Period yang dikatakan sangat sibuk dengan kerja dunia, period itulah period yang paling produktif sekali dalam bidang DnT. Macam mana boleh jadi produktif sedangkan aku sangat sibuk (kononnya)? Aiseh bro. Takkan nak cerita kat sini kot. Try la dulu.

     Hakikatnya, lagi banyak tanggungjawab yang kita kena pikul, kita slowly menjadi orang yang lebih 'reliable'. Dan pastinya, dakwah ini empunyaNya ialah Allah. Maka Allah yang akan menentukan output kepada usaha kita.

     Kita menunggu sehingga waktu lapang barulah kita boleh 'buat kerja'. Ini bukan masalah 'tak cukup masa', 'tak cukup ilmu', 'kekangan keluarga', 'banyak lagi jahiliyah tak buang' dan lain-lain. Ini masalah 'kau nak ke tak nak'. Ini masalah kemahuan diri sendiri. Mujaahadun linafsih. Berkali-kali kita diperingatkan dalam surah an-Nas yang pendek tu, bahawa dalam hati kita ada pertarungan antara syaitan dan iman. Masalah teknikal tolak ke tepi dulu.

      Walaupun dibentangkan karpet merah, walaupun disediakan kereta mewah untuk bergerak, walaupun cuaca pada hari itu sangat cerah yang tidak panas atau mendung, walaupun diberi tempat yang sungguh kondusif, tapi kalau awal-awal lagi hati dah menolak, tak guna jugak jep.

     Seorang ibu yang mengandung, boleh je nak mintak excuse untuk tak bawak usrah. Tapi beliau tetap gigih jugak untuk berulang alik dari Pahang ke Banting setiap minggu untuk bawa usrah adik-adik kat sana. Driving sendiri tuh, bukannya ada driver.

     Seseorang yang tinggal di kawasan yang tak establish lagi sistem usariah (ketika itu), boleh je untuk mintak excuse untuk quit usrah sehinggalah establish sistem usariah kat situ. Tapi beliau tetap gigih jugak untuk berulang alik pergi usrah dari Tanjung Malim ke Serdang hanya menaiki motor kapcai sahaja. Tak lalu highway jep. Lalu jalan kampung. Banyak gila lori.

      Seseorang yang baru habis kerja pada petang jumaat, tanpa pulang ke rumah beliau straight bertolak 3 jam ke tempat dauroh untuk beri pengisian selama weekend tersebut. Tak ada la pulak beliau menolak atau beri alasan 'penat baru balik dari kerja'.

     Seorang murobbi, setiap minggu selepas habis usrah mesti belanja anak-anak usrah dia makan malam sehinggakan pada pertengahan bulan (pertengahan bulan ye, bukan akhir bulan), beliau sudah kehabisan duit elaun biasiswa. Tak pernah pulak beliau complain kata 'duit elaun biasiswa tak cukup'.

     Ini semua masalah hati, bukannya masalah teknikal. Kita nak atau tidak. Kemahuan kita adalah segalanya. Dakwah ini tidak digerakkan oleh teknologi-teknologi yang canggih atau 'alat-alat', tetapi dakwah ini digerakkan oleh manusia-manusia yang berjiwa besar. Mereka yang mempunyai kemahuan yang tinggi. Mereka yang mempunyai keimanan yang mendalam. Mereka yang nak!

      Sama jugak halnya dengan 'tak ada masa'. Bukan tak ada masa, hakikatnya kita nak atau tidak. Betul kenyataan syaikh Hasan al-Banna tentang tanggungjawab kita tu, tetapi realitinya,


"Masa yang ada terlalu banyak untuk tanggungjawab kita"


      Serius la cerita pasal ibu mengandung ulang alik dari Pahang ke Banting tu buat aku ternganga sampai sekarang. Aku rasa kalau kita bagi alasan-alasan teknikal untuk menolak kerja-kerja dakwah, macam mengundang penyepak je. Aku rasa je. Bukannya betul pun.

     Apa guna belajar tafisr surah An-Nas kalau setakat nak bagi taujih dalam usrah? Apa yang kita buat 'selepas kesibukan yang melampau'?

     Papepun, jangan salah faham pulak. Tidur merupakan keperluan dan juga ibadah. Tapi kalau terlebih tidur......aku tak tau la nak panggil ibadah ke tak. Haha.


      Konklusinya, kau nak ke tak? Kalau tak nak, berdoalah kepada Allah agar dikurniakan hati yang cenderung kepada syahid di jalan Allah. Ameen.


Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwanya itu) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

[As-Shams (91): 8-10]



Kalau iman dan syaitan terus bertempur, pada akhirnya salah satu harus mengalah - Ustaz KH Rahmat Abdullah.


Wallaahu'alam bis sowabb.


post yang berkaitan: Syok sendiri dengan masa yang ada.

Posted by Posted by zabed at 3:50 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>