Bismillaahirrahmaanirrahiim
Dalam buku 'Men are from Mars, Women are from Venus' (MMWV), lelaki dianalogikan seperti 'rubber band' atau getah dalam sesuatu 'relationship' tu. Getah kalau ditarik sampai ke tahap 'ketegangan maksimum' kemudian dilepaskan, getah tersebut akan cepat-cepat kembali kepada bentuknya yang asal (initial position). Pada suatu periode, lelaki sedikit demi sedikit akan menjauhkan diri daripada pasangannya sehinggalah 'tahap ketegangan maksimum', maka lelaki tersebut akan cepat-cepat mendapatkan pasangannya dan menjadi lebih 'loving'.
Aku rasa analogi ni bukan sahaja praktikal kepada perhubungan 'lovey dovey' saja, bahkan ianya menerangkan karakteristik seseorang lelaki dalam dunia dakwah dan tarbiyah (DnT) juga. *Aku tak tau la kalau perempuan pun camni jugak.* Lemau dalam dakwah. Futur.
Menurut buku MMWV, antara punca perceraian sesuatu/sesebuah pasangan tu adalah berpunca apabila 'getah' ditarik melebihi 'tahap maksimumnya', maksudnya getah tu putus la. Nak tau sebab-sebab putusnya getah tersebut, silalah baca sendiri buku tersebut. Panjang dan banyak.
'Yang tidak terisi, tidak bisa mengisi'; bila fenomena ini berpanjangan, lambat-laun 'getah' akh tersebut akan putus dan hantar sms yang cukup sayu, "Akh, minta maaf. Ana dah tak tahan dah. Terima kasih untuk segala-galanya. Korang teruskan perjuangan. Assalaamualaikum." Innalillaahi wa inna ilaihi raaji'un.
Kerja DnT sememangnya kerja 'mengisi' (baca: memberi, dakwah, takwin, etc.) dan suatu norma sampai satu tahap kalau tidak 'diisi', maka kosonglah bekalan kita. Kemudian, kita teruskan juga kerja 'mengisi', padahal diri sendiri 'tidak terisi'. Kalau berpanjangan, BOM! Putuih la 'getah' kita. Na'udzubillaahi min zaalik.
Bagaimana nak isi balik bekas kita yang kekosongan tu? Ada banyak cara. Antaranya ialah baca kisah-kisah perjuangan tokoh-tokoh islam seperti para sahabat sendiri dan ahli-ahli ikhwan. Sebagai contoh, sejarah perjalanan hidup Sayyid Qutb.
Kalau baca buku-buku Sayyid Qutb pun boleh terangkat, apatah lagi sejarah perjuangan beliau. Lebih lagi terangkat. Kehebatan buku-bukunya tidak bergantung kepada kandungan semata-mata. Buku-bukunya menjadi lebih bermakna selepas kematian beliau. Susah nak cari manusia yang betul-betul hidup atau praktis dengan apa yang ditulisnya, tetapi Sayyid Qutb bukan setakat 'menghidupkan', bahkan mati kerananya juga.
Shortly before his scheduled execution, an emissary of Nasser came to Sayyid Qutb asking him to sign a petition seeking mercy from the president. Sayyid Qutb's reply was forthright:
If I have done something wrong in the eyes of Allah, I do not deserve mercy; but if I have not done anything wrong, I should be set free without having to plead for mercy from any mortal.
[Zafar Bangash, Remembering Sayyid Qutb: An Islamic Intellectual and Leader of rare insight and integrity ]
Dan bukan setakat Sayyid Qutb sahaja, banyak lagi tokoh-tokoh ikhwan lain seperti Imam Hasan al-Banna sendiri, Yahya 'Ayyash, Yusuf Hawwash etc., yang kalau kita baca kisah perjuangan mereka......Alllah....naik iman, bergelora semangat jihad.
Sebab tu buku 'Aku dan Ikhwan Muslimin' karya Syeikh Yusuf Al-Qaradawi meletup gila hasil jualannya pabila diterjemahkan ke bahasa malaysia sebab buku tu sendiri menceritkan pengalamannya dan ahli-ahli ikhwan yang lain dalam perjuangan mereka di bumi Mesir.
Bila kita dengar atau baca kisah-kisah perjuangan ikhwah kita....kagum. Serius kagum. Kekaguman yang membuahkan semangat. Semangat yang membuahkan amal. Maka 'terisi' lah iman kita, kemudian kita menyambung kerja 'mengisi'. Insha Allah.
Aku tulis post ni pun sebab aku baru lepas baca kisah-kisah Sayyid Qutb semasa dalam penjara. Tu yang terasa macam nak 'mengisi' tuh. Haha alhamdulillah :)
Papepun, jangan biarkan diri anda tidak terisi. Kalau perlu rehat, rehatlah sekiranya itu lebih baik daripada 'meninggalkan'. Tetapi, kerehatan itu sebenarnya 'mematikan'.
Bergeraklah, kerana diam bisa mematikan. Sebesar-besar keuntungan di dunia, adalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yang memberikan manfaat paling banyak di akhirat. Menyia-nyiakan waktu, lebih bahaya daripada kematian. Kerana ia memutuskan mu daripada Allah dan akhirat, sedangkan kematian hanya memutuskanmu dari dunia dan penghuninya.
[Ibnu Qayyim]
Rehat (dalam DnT) = isi diri sendiri, bukannya rehat = 'mematikan'.
Wallaahu'alam bis sowabb.
0 comments:
Post a Comment