Monday, September 10, 2012


bismillaahirrahmaanirrahiim



Manajemen (indonesia) = management (english) = pengurusan (malaysia)



     Fakta nasi kandaq: Keuntungan yang diperoleh hasil dari jualan kacang bendi tu saja dah boleh bayaq sewa tapak dah. Gila tak hingat punya untung puak-puak nasi kandaq ni.

     Aku sangat teruja, lalu aku tanya sorang akh ni yang ada pengalaman bekerja di warung burger bakar area kajang. Aku tanya, untung jualan sehari berapa? Dia kata dalam sehari boleh dapat untung kasar dalam rm1000-rm2000. Lepas tolak-tolak bayar sewa tapak, gaji pekerja, daging etc. apa semua tuh, boleh dapat keuntungan bersih sehari dalam rm300-rm700.

     Paling cikai dalam sehari tu boleh dapat untung bersih rm300. RM300 x 30 hari = rm9000. Wooah. Itu paling cikai. Kalau kebiasaannya sehari untung bersih rm500. RM500 x 30 hari = RM15,000! Bapakk ah. Patut lah owner warung-warung burger bakar ni muda-muda je. Ada di kalangan pekerja-pekerja diorang ni dulu engineer di petronas (gaji pokok fresh grad engineer petronas = rm4000). Jadi tak mustahil lah diorang berhenti kerja engineer jadi towkey burger bakar semata-mata nak pendapatan bulanan yang bapak tinggi untuk budak-budak umur lewat 20-an.

     Sekarang fenomena burger bakar ni semakin menjadi-jadi. Dah banyak cawangan dah bukak. Aku bertambah-tambah teruja. Nak buat bisnes burger bakar jugak ah. Bukak kat semenyih ok gak. Lol. Kemudian aku saja tanya pendapat mak aku tentang bisnes burger bakar ni dan mak aku jawab dengan ringkas,


"Untung memang untung. Tapi ingat senang ka nak jaga (manage, melayan karenah) pekerja-pekerja ni?"


     Aku tersentak. Teringat kata-kata seorang lecturer yang pernah mengajar Business Operation dalam kelas,


"We can't rely too much on machines. And that's why we need human in certain cases. But managing people will be the hardest. You can have my word on that."


     Nak 'manage' orang bukan senang. Bermacam-macam ragam. Akh yang kerja kat warung burger bakar pun ada cakap memang pening kepala nak handle budak-budak ni. Harap je belajar universiti power-power atau bekas engineer, tapi kalau dah malas tu memang malas ah. Kualiti setiap pekerja tu memang mantap, tapi kalau diorang jenis yang tak nak bersama dengan 'halatuju' company, ibarat kita mengumpul 'angka-angka yang kosong' atau lebih teruk angka yang negatif.

     Aku pernah ada pengalaman bekerja kat company yang macam ni. Staff-staff kat situ memang mantap-mantap, tapi jenis yang tak ada semangat untuk bersama 'halatuju' company. Bila company tu ada masalah, ramai-ramai keluar berhenti kerja. Kalau ada yang stay pun, buat kerja sambil lewa dan selamba badak je bagi alasan "Ok lagi la kitorang masih lagi bekerja kat sini. Kalau kitorang berhenti, mau lingkup company ni". Ini memang betul-betul parasit, celaka betul perangai.

     Bila aku sebut 'halatuju', ia lebih kurang macam 'keputusan syuro' (term kita). Perang Uhud antara 'simulation' yang terbaik dalam menggambarkan realiti keputusan syuro ni.

     Sebelum peperangan, Nabi sallallaahu 'alaihi wa sallam  pernah bermimpi yang ditakwilnya sebagai 'lebih baik kita berkubu di madinah daripada kita keluar perang ke Uhud'. Tapi ramai yang tak setuju dengan pandangan tersebut, walaupun baginda seorang nabi dan siap dapat mimpi lagi. Akhirnya tentera islam keluar dari madinah dan berperang di Uhud kerana mengikut suara majoriti (keputusan syuro).

     Dan kesan peperangan Uhud sama saja seperti apa yang berlaku dalam mimpi nabi. Sebenarnya cadangan nabi yang betul dan keputusan syuro salah. Tapi walau camana pun keputusan syuro mesti dipatuhi.

     Bila tengok balik peristiwa perang Uhud, antara punca kekalahan bukan kerana mengikuti keputusan syuro, tetapi kerana melanggar keputusan syuro. Siapa yang bagi arahan kepada pasukan pemanah untuk meninggalkan posisi mereka???

     2 nilai penting yang menggambarkan 'keputusan syuro' terdapat dalam peristiwa perang Uhud. Sekalipun kita rasa kita betul dan memang terbukti betul, keputusan syuro jugak yang lebih ber-autoriti selagi ia tidak melanggar Quran dan Sunnah. Langgar keputusan syuro, pandai-pandailah berhati kering untuk menerima akibat dari Allah.

     Kalau zaman nabi pun wujud puak yang nak melanggar dan mempersoalkan keputusan syuro, apatah lagi pada zaman kita?

     Seperti warung burger bakar yang mampu menghasilkan keuntungan bersih sehari sebanyak rm500, macam tu jugak lah kita buat kerja dakwah dan tarbiyah (DnT) secara berjemaah. Banyak kekuatan kita peroleh dengan berjemaah. Hang cuba buat kerja sorang-sorang tengok berapa lama boleh tahan. Sangat berbeza dengan kerja secara berjemaah yang lebih effisien.

     You gain something, you lose something. Dalam berjemaah, antara isu yang selalu diuji ialah 'ukhuwah'. Nak 'manage' manusia sekalipun mereka ialah 'ikhwah' bukan senang.

     Akhirnya aku faham mengapa ada jemaah yang meletakkan motto 'Ukhuwah teras kegemilangan' sebagai motto yang perlu diulang berkali-kali. Dan juga ada jemaah yang meletakkan nama mereka sebagai 'ikatan muslimin'. Dan yang paling femes, 'al-ikhwan al-muslimin'. Semua paham bahawa yang menghancurkan islam bukan faktor luaran, tapi faktor dalaman (ukhuwah).

     Memang betul apa yang pakcik Hasan Al-Banna cakap, selemah-lemah ukhuwah ialah bersangka baik (husnudzon). Kita bergerak bersama jemaah bukan ketika kejayaan saja, tapi ketika kegagalan juga. Bila jemaah susah, kita kata "Haa tu lah dulu tak nak dengar cakap aku. Ape aku cakap kan betul". 'Bagus' punya orang. Time senang bersama, time susah bukan main perangai sebijik macam orang Yahudi lagi. Bukankah Allah akan menapis tentera-tenteraNya melalui ujian susah senang sebegini?

     Husnudzon. Bersangka baiklah. Nak tegur atau nak slow talk tak ada masalah. Yang bermasalah ialah makan daging manusia. Kemudian dijadikan burger 'bakar' manusia. Ingat, al-ukhuwwah asaas al-'izzah.



In a ninja's world, those who violate the rules and fail to follow orders are lower than garbage. However, those who do not care for and support their fellows are even lower than that.

[Hatake Kakashi, Naruto  ]





Shikamaru...It seems your mission was a failure. But everyone's alive. That's more important than anything.

[Tsunade, Naruto  ]


Apabila terdapat seorang panglima yang berani (Sultan Abdul Hamid), perlu ada bersamanya angkatan tentera terlatih, kelengkapan efektif dan pelan bijaksana, supaya dia dapat memenangi sesuatu pertempuran. Jika tidak, apa yang dapat dilakukan oleh panglima yang berani tanpa kesemua ini?

[Dr Taufik Yusuf Al-Waei, Hadhir Al-'Alam Al-Islaami Al-Aalam Al-A'mal  (Dunia Islam Kini)]



Wallaahu'am bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 3:01 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>