Bismillaahirrahmaanirrahiim
Ada sorang akh pernah bertanya, "Camana nak tidur awal? Ana sekarang ni kena insomnia. Lepas subuh baru ana tidur. Tak tau kenapa". Kemudian akh lain pulak mencadangkan, "Ana ada satu tip. Kalau anta rasa nak (perlu) tidur, baca buku fikrah. Mesti mengantuk punya". Satu usrah tergelak lepas dengar cadangan akh tersebut. Sounds like 'ugly truth' huh? Malu-malu pulak nak mengaku.
Aku sendiri kalau rasa macam perlu tidur awal tapi tak mengantuk, aku akan baca buku fikrah yang sangat kompleks – buku fikrah yang tak ada kena mengena atau belum tiba masanya untuk dipraktikkan lagi. Macam baca buku teks fizik yang tebal tuh, bukannye ko paham pun benda-benda tuh.
Jangan pikir lain pulak. Bukannya aku nak merendah-rendahkan kredibiliti buku-buku fikrah yang kompleks. Dah kalau diri sendiri masih tak ready, baca buku pelik-pelik, pastu nak menidakkan pulak kehendak otak yang terlalu penat memikir sehingga memerlukan keseluruhan anggota badan untuk 'shut down'.
Sebagai contoh, seorang murabbi mencadangkan aku baca buku Maadza ya'ni intima' il islam? (Apa Ertinya Saya Menganut Islam?) karangan Dr. Fathi Yakan pada 2 tahun lepas. Aku pun beli dan baca buku tu sebab murabbi tu kata 'bagus sebagai basic untuk bagi tazkirah'. Ye la, orang-orang macam aku ni mane pernah ada pengalaman bagi tazkirah. Bila join tarbiyah barulah 'from zero to hero'. Lol. Bajet gila.
Dan setiap kali baca buku tu mesti aku tertidur. Hahaha. Baca 15 minit, lepas tu tidur sampai 2 jam. Memang tak produktif langsung. Tapi zaman tu tengah semangat 'baru dapat hidayah', gagahkan diri jugak untuk baca sampai habis walaupun tak paham sangat ape rumusan buku tu.
Akhirnya aku buat rumusan sendiri; baca buku ni terasa macam baca buku-buku pendidikan agama sewaktu sekolah rendah dulu sebab......entah aku pun tak tau nak terangkan camana. Bagi aku buku tu agak 'kosong' dan tak ada ruh sangat. Macam baca buku yang penuh dengan fakta. Macam baca buku-buku tipikal 'agama' yang diajar di pondok. Korang yang pernah baca buku madza ya'ni ni mesti paham ape yang aku cuba maksudkan ni.
Baru beberapa bulan lepas, aku terbaca biografi Dr Fathi Yakan di link ni. Aku kagum dan terasa 'curious', lalu aku tekad untuk baca balik buku madza ya'ni . Dan agak terkejut, tak sangka buku ni rupe-rupenye ada banyak maksud tersirat. Bukan tersirat macam Da Vinvi Code tuh, tapi aku baca dengan mentaliti yang berbeza. Dalam link tadi ada diceritakan mengapa buku tersebut ditulis.
Jadi aku cuba bayangkan keadaan yang berlaku di Lubnan ketika buku tersebut ditulis dan subhaanallah, buku ni yang suatu ketika dulu aku anggap macam buku teks agama yang remeh dan bosan, rupe-rupenye banyak mengajar aku dari segi fiqh haraki (pemahaman gerakan/jemaah/organisasi). Memang bagi aku sangat membuka mata lah! Bukan lagi dianggap sebagai 'lullaby'.
Buku tafsir Fi Zilal Quran pun macam tu jugak. Aku ingat lagi waktu mula-mula join usrah dulu naqib semangat gila cerita pasal kehebatan tafsir ni dan penulis Sayyid Qutb. Tapi bila aku baca, ape yang special-nye? Haha. Aku siap bayangkan lagi yang Sayyid Qutb ni macam ustaz-ustaz biasa dekat surau bagi ceramah.
Tapi bila dah baca pasal biografi Sayyid Qutb yang sangat lah 180 darjah berbeza daripada apa yang aku sangka, aku semakin 'feel' bila baca Fi Zilal. Aku bertambah lagi 'feel' bila aku dapat tau yang Fi Zilal ditulis semasa beliau dalam penjara. Jadi setiap kali aku baca Fi Zilal, aku cuba bayangkan keadaan dia dalam penjara yang ketika itu bersama dengan Yusuf Hawwash.
Satu lagi contoh, buku Haadzaddeen (Inilah Islam) karya Sayyid Qutb jugak. Mula-mula baca agak hairan jugak dengan susunan tajuk. Pastu, aku tak boleh nak berapa paham sangat point dalam setiap tajuk dengan tema yang nak dibincangkan.
Rupe-rupenye buku ni ditulis ketika ahli ikhwan ditangkap beramai-ramai, ketika ikhwan ditekan dengan teruk oleh regim Jamal Nasir. Bila syuyukh (syeikh-syeikh) ikhwan ditangkap, yang tinggal hanyalah orang-orang muda atau orang-orang baru. Jadi mereka ni dalam kebingungan sebab tak ada pengalaman. Pakcik-pakcik yang ada 'wisdom' (hikmatusy syuyukh) untuk bimbing diorang dah ditangkap.
Diorang bingung, sebab diorang buat kerja baik tapi ditekan habis-habis oleh kerajaan. Bukannya ditekan oleh orang kafir, tapi orang islam sendiri! Bertambah-tambah lah kepeningan diorang, lalu mereka meninggalkan jemaah ikhwan dan menubuhkan gerakan baru yang ekstrim dan bersifat terroris; gerakan Takfir wal hijrah (Mengkafirkan dan 'perpindahan'). Sesiapa yang menentang ideologi mereka dianggap sebagai kafir, lalu diharuskan untuk membunuh sekalipun beragama islam. Dikatakan gerakan ekstrim ini melahirkan gerakan Al-Qaeda di Afghanistan. Wallaahu'alam. *Kita tak layak nak mengkritik niat mereka, yang penting kita doakan agar mereka dan kita sendiri sentiasa dibimbing Allah.
Jadi, buku Haadzaddeen ditulis Sayyid Qutb supaya nak betulkan pemahaman ekstrim orang-orang 'baru' tadi tentang tabiat islam. Inilah islam yang sebenarnya! Haadza ad-deen! Apa tabiat islam yang sebenarnya? Kenalah baca buku tu sendiri...
Selepas mengetahui cerita-cerita ni, maka bertambah-tambahlah semangat aku bila baca buku Haadzaddeen . Setiap kali baca, mata segar bugar. Tak mengantuk. Sebab nampak sangat releven dengan masalah yang berlaku ketika buku ni ditulis. Dan paling penting, aku nampak di mana boleh diaplikasikan apa yang cuba Sayyid Qutb sampaikan dalam buku ni.
Huh. Banyak pulak aku pot pet kali ni. Satu bende je aku nak bagitau; kalau terasa macam buku-buku fikrah ni membosankan atau mengantuk, cubalah kaji selidik dulu sebab-sebab tertulisnya buku-buku ni. Yang tulis buku-buku 'kita' ni bukan saja-saja nak dapat duit atau mengisi masa lapang, mesti ada sebab-sebab atau peristiwa besar berlaku.
Sama lah jugak macam kita tadabbur (to ponder) ayat-ayat al-Quran. Kita akan bertambah faham dan lebih 'feel' – insha Allah – selepas kita tau cerita-cerita di sebalik penurunan ayat tersebut (asbab nuzul). Kita nampak di mana praktikalnya ayat-ayat ni.
Memang betul kata UQY, kalau kita baca satu buku kita hanya faham 10% saja content buku tersebut. Tapi kalau kita tau cerita/sejarah/sebab-sebab tertulisnya buku tersebut, kita akan faham 90% content buku tersebut.
Buat apa kan kita beli buku banyak-banyak tapi tak paham mana pun content buku-buku tersebut. Aku mengaku aku dulu banyak beli buku fikrah sebab 'arahan' dari naqib (LOL) tapi bila baca tak paham mana pun. Kadang-kadang terasa macam membazir jugak.
Kita sebenarnya nak melahirkan individu muslim yang faham dan jelas, bukannya individu muslim yang beli rak buku besar-besar kemudian penuhkan rak tersebut dengan buku-buku fikrah supaya merasa diri dah cukup 'ikhwan'. Ada jugak eh??
Wallaahu'alam bis sowabb
p/s1: sama jugak macam blog aku. kalau korang kenal perangai aku ni camana dan sejarah lampau, barulah korang lebih menghayati maksud-maksud di sebalik tulisan-tulisan ni. Ditambah lagi dengan cerita-cerita di sebalik setiap post yang ditulis, bertambah-tambah la lagi kefahaman korang. Hahahahahahahaha gelabah gila ayat
p/s2: kalau ada sesiapa yang memerlukan khidmat untuk bagi taujih tentang Haadzaddeen, jangan malu-malu untuk contact aku. Insha Allah aku ready. Itupun kalau korang nak la kan panggil aku. Hahaha. Aku serius ni. email: zaid.badry@gmail.com
0 comments:
Post a Comment