Thursday, October 25, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahim


     Tau tak 'kipas aircond' yang dipasang kat luar bangunan tu? Bentuk dia yang macam kotak tu. Aku teringat sewaktu form 1 dulu, ada satu 'kipas aircond' kat sekolah aku ni selalu menitis air. Tik tik tik. Simen kat bawah tu basah, tapi tak de la sampai banjir. Air menitik sikit-sikit je pun.

     Bila aku perhatikan betul-betul, kawasan simen yang terkena titisan air tersebut retak. Retak kecik. Memang titisan air tersebut betul-betul kena pada titik retak tersebut. Wah lau. Berapa lama dah air menitis ni??

     Mula-mula retakan tersebut hanya satu titik je. Makin lama makin besar. Jadi satu bentuk bulat. Lepas tu terus nampak garis retak memanjang keluar dari bulatan tersebut. Memanjang......sampai satu kawasan besar simen tersebut retak.

     Seingat aku, bila dah form 3 baru seluruh kawasan simen tersebut retak dengan keadaan yang sangat teruk. Macam 'catastrophe' pulak. Macam baru lepas gempa bumi. Aku tak 'exaggerate' ni. Tak tipu. Betul. Memang jahanam betul kawasan tu. Air menitis tu tak kuat pun, tapi untuk satu periode masa yang lama, perh...simen yang keqaih (keras) tu pun boleh jahanam.

     Kekuatan titisan air tersebut tidak diukur pada magnitud ketumpatan (density) air, bukannya pada daya graviti (gravity force) air, tapi pada frequency air tersebut. Ini yang 'kita' panggil sebagai tsabat (teguh).

     Frequency = 1/period.


     Aku ada kenal beberapa ikhwah yang sangat hebat. Hebat dari sudut pengetahuan dan leadership qualities. Aku ingat mereka ni dulu paling banyak menyumbang idea yang sangat bernas sewaktu awal-awal aku terjebak dengan dakwah kampus. Setiap kali dalam usrah, mereka ni memang 'star' habis.

     Tapi hari ni, aku tak tau dah 'whereabout' diorang ni. Futur, tak tahan, lalu keluar usrah. Focus kat study (kata mereka). Allah uji mereka dengan period yang singkat, hanya beberapa tahun, tapi.....entah lah. Aku tak nak sambung. Sedih jugak sebenarnya. Dan pastinya Allah lebih mengetahui. Aku tak kata tindakan diorang salah atau berdosa. Sekali lagi, diri mereka sendiri dan Allah lebih mengetahui.

     Banyak jugak kan kita dengar cerita pasal pakcik-pakcik yang suatu ketika dulu qowiy (literally: kuat), sekarang ni entah ke mana mereka. Sekali lagi, jangan memandang rendah mereka. Aku tak salahkan sesiapa. Diorang dan Allah lebih mengetahui.





     Itulah sunnatullah di jalan dakwah. We will never know what will happen. Dua perkara sahaja yang akan berlaku kepada mereka yang istqomah. Dua perkara sahaja.

     Iaitu; samaada kita menang atau mati syahid. Jangan hilang fokus. Jangan mudah mengalah. Ingat dua perkara ni.

     Sebenarnya, mereka yang 'qowiyy' dan 'star' di jalan dakwah ialah mereka yang istiqomah.




Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu.
[hadits riwayat Bukhari & Muslim]


Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
[hadits riwayat Bukhari & Muslim]





Wallaahu'alam bis sowab. Ya Allah tetapkanlah hati kami pada jalan ini. Ya Allah, ya Allah.


p/s: eid mubarak. selamat hari raya eid adha. selamat raya korban. Ingat korban, ingat kata-kata asy-syahid hasan al-banna, "maka bersiaplah untuk berkorban, sebab apa yang kalian miliki akan musnah dan apa yang di sisi Allah akan kekal"

Posted by Posted by zabed at 8:01 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>