Friday, October 19, 2012


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Mula-mula aku ingat terjun dari angkasa ni adalah benda biasa, orang selalu buat ke etc. Jadi aku sebenarnya tak berapa nak heran sangat bila si Felix ni nak buat terjunan dari angkasa.

     Tapi pada satu malam ni aku tak boleh nak tidur. Banyak kali dah menguap tapi bila setiap kali pejam mata je, beberapa minit lepas tu tiba-tiba aku jadi segar pulak. Tension jugak sebenarnya. Haha. Nak tidur, tapi tak boleh tidur. Kalau term 9gag, 'scumbag brain'.

     Last-last aku bukak laptop online facebook, perasan ada orang post link 'Felix LIVE jump'. Live broadcast? Aku ingat mamat ni dah lompat dah. Rezeki aku lah ni. Alhamdulillah. Pastu aku pegi masak meggi, kononnya nak tengok sambil makan. Perut kenyang + tv show membosankan = ultimate mengantuk.

     Setengah jam sebelum Felix melompat, aku tak sentuh langsung meggi yang aku masak tu. Berdebar yang teramat. Saspen gila. Entah lah aku pun tak tau nak cakap camana tapi rasanya sapa-sapa yang ada tengok LIVE malam tu mesti faham perasaan aku. LIVE ye, bukan tengok selepas dia dah lompat. Lain feeling dia bro.

    Mata tak berkelip. Tapak tangan berpeluh-peluh. Meggi dah sejuk pun aku tak hirau. Jantung, woaaah I can feel you man *dup dap dup dap*. Itu baru aku yang tengok 128,000 kaki jauh dari tempat terjun tu. Mamat Felix tu? Woahhh. Aku tak tau la camana. Mesti perasaan dia sangat la membuak-buak gila.

     Meggi tu aku makan bila dia dah start terjun, sebab lama sangat dia terjun. Haha. Alhadmdulillah, sampai jugak dengan selamat. Orang pertama yang approach mamat tu ialah photographer. Boleh blah jugak lah kan. Lepas dia terjun, aku pulak yang rasa lega. Tak pasal-pasal. Yang penting, aku dah tak pandang remeh dah dekat orang-orang yang nak pecah rekod terjun dari angkasa ni (at the edge of space).

     Lu tak yah cakap banyak la kalau kilija apa pun tak mau buat.








"Engkau tak mendapatkan rahsia perjuangan dari buku-buku dan kata orang. Tapi dari pahit getir perjuangan."

[quoted from PKS Piyungan website]




Posted by Posted by zabed at 5:20 AM
Categories:

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>