Saturday, February 8, 2014


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Dulu time belajar, kalau sekali tak datang usrah ni.....perh. Macam buat dosa besar pulak. Sekalipun ada alasan yang sangat-sangat-sangat kukuh sekalipun, tetap rasa bersalah tu menebal dalam diri. Bukan rasa salah dengan naqib atau ahli usrah yang lain.

     Time tu, bila aku didedahkan dengan keadaan usrah untuk orang-orang yang bekerja, aku rasa tak boleh blah betul bila fenomena tak datang usrah ni adalah suatu kebiasaan. Memang tak boleh terima langsung la kalau bagi alasan kerana sibuk bekerja.

     Bila aku dah masuk fasa alam kerja ni......panggg! Sebijik penampar kena kat muka. Betul-betul pedih. Akhirnya aku paham kenapa fenomena 'tak datang usrah kerana kesibukan di ofis' adalah norma (tapi aku tak kata fenomena ini adalah halal, boleh dijadikan dalil atau dibenarkan membuta tuli).

     Bukan setakat nak hadirkan diri ke usrah saja, nak commit dengan jemaah pun kadang-kadang hati berbelah bagi. Ding dong ding dong. Nak sambung ke tak, nak sambung ke tak.

     Kemudian muncul satu perkataan untuk menenteramkan hati ikhwah yang bekerja; tsabat.

     Tapi tu la. Bila dah sebut pasal tsabat, ada pulak bermacam-macam jenis tsabat ni:


Datang usrah setiap minggu tapi hati macam ada tak ada ja pun dikira tsabat jugak.

Setiap minggu kita disibukkan dengan program tapi rasa macam pergi program yang biasa ja, pun orang kata kita ni tengah tsabat.

Nak jadi ahli jemaah, bayar yuran tahunan. Ataupun bayar yuran 'lump sum' untuk menjadi ahli kekal. Tapi usrah tak pernah datang pun. Itupun boleh dikategorikan sebagai tsabat.

Tsabat hanya dengan menghadirkan diri ke dalam usrah dan program-program jemaah atau tsabat dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah? Dua-dua tu adalah tsabat jugak.


     Macam-macam jenis tsabat kita boleh pilih. Don't get me wrong. Aku tak bersikap sinis atau memerli atau merendahkan mana-mana ikhwah. Akhirnya kita sendiri yang memilih untuk nak tsabat macam mana. Itu antara kita dengan Allah je tau, bukannya orang lain.

     Kita hadirkan diri ketika ada masa lapang saja. Masa lapang = hobi. Dakwah dan tarbiyah hanya dilakukan ketika ada masa lapang. Jadi betul lah dakwah dan tarbiyah bukannya suatu keperluan; yang siftanya membutuhkan pengorbanan masa, harta & jiwa?? Di manakah ruh perjuangan tanpa pengorbanan? Ditambah parah lagi, kita kata kita sedang tsabat??? Na'udzubillahi min dzaaalik!


Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

[At-Taubah (9): 24]


     Allahu Allah. Akhirnya kita sendiri yang memilih nak tsabat macam mana. Dan jenis tsabat yang kita pilih tu, hanya kita dan Allah saja yang tau adakah ia benar-benar ikhlas.

     Aku menulis tentang tsabat ni, yang pertama-pertama adalah sebagai peringatan untuk aku sendiri. Aku sendiri bekerja di pelantar minyak. Sekali naik boleh cecah sampai sebulan. Lepas tu turun selama seminggu je. Cukup seminggu, naik selama sebulan lagi. Dan keadaan ini repetitive selama tiga bulan, baru la dapat balik ke semenanjung. Tak yah cakap pasal bawak usrah, nak pergi usrah pun.......

     Wallaahu'alam. Moga-moga kita tetap terus tsabat dengan Allah, bersikap benar dengan Allah.





Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu".

[Fussilat (41): 30]

Posted by Posted by zabed at 8:18 PM
Categories:

0 comments  

Sunday, August 25, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim


     Minggu lepas aku pergi walimah seorang akh. Walimah tu perkara biasa, cuma yang special-nya (bagi aku), bapak kepada isteri atau zaujah dia tu merupakan seorang legend dalam dunia 'oil and gas' malaysia. Nama bapak dia agak terkenal dalam dunia ni. Let's call him...Encik A.

     Aku sendiri pun tak pernah jumpa atau terlihat Encik A ni kat mana-mana. Tapi kadang-kadang tu kisah tentang beliau ni orang akan cerita-cerita. Encik A ni seorang yang mempunyai kedudukan atau position yang tinggi dalam salah sebuah syarikat konsultan oil and gas di malaysia. Aku tak tau nak describe macam mana, untuk orang yang berada di position beliau, gaji sebulan dia........wow. Beyond my expectation. Top management punya orang.

     Walaupun orang yang berpangkat tinggi, tapi orang selalu cerita yang dia ni selaaaaalu tolong orang. Aku tak tau la Encik A ni tolong apa, tapi terlalu ramai orang terhutang budi dengan dia sehinggakan ramai orang ingat nama dia. Orang kampung dia ka, orang sejiran dia di KL ka, orang ofis ka, orang ex-ofis dia ka, semua cerita yang baik-baik saja pasal dia.

     Alhamdulillah, minggu lepas Allah pertemukan aku dengan hamba Allah ini. Ternyata......wow....walaupun orang-orang selalu describe pasal encik A ni....beyond my expectation. Kebaikan melebihi dari rumours. Sangat peramah, sangat murah dengan senyuman, energetic, mesra dengan orang muda. Gaya dia pun sederhana, tak melebih-lebih. Dia sendiri jadi tok kadi pada malam tu. Wow. Perangai dia sebijik macam perangai-perangai 'pakcik-pakcik kita' yang sentiasa 'muda'.

     Pasaipa aku tulis pasal Encik A ni? Sebab setahu aku.....encik A ni bukan 'pakcik kita' (wallaahu'alam mungkin beliau dalam proses ke, atau berkenalan dengan mana2 pakcik kita ka, etc).

     Bagi kita, tanpa tarbiyah atau usrah, entah ke mana-mana la kita hari ni. Entah pebende la kita buat hari ni. Syok sendiri dengan dunia yang disangka luas, sedangkan hanya sebutir pasir saja (malah lebih kecik lagi) dengan 'arasy Allah.


     Sedangkan pakcik A ni, walupun tak join usrah (let's consider him so), tapi tetap dia mempunyai ciri-ciri seorang 'akh'. Reminds me of kata-kata hasan al-banna:


Kam minna, wa laisa fiina. 
Wa kam fiina, wa laisa minna.

Berapa banyak orang dari kita, tetapi tidak bersama kita.
Dan berapa banyak yang bersama kita, tetapi tidak termasuk dalam golongan kita.


     Ruginya ikhwah hari ni, bila tarbiyah dan kehidupan sebenar dipisahkan (dualisme). Ruginya ikhwah hari ni, bila fikrah kita hanya bermain-main dalam buku-buku fikrah dan dauroh-dauroh sahaja.

     Ruginya ikhwah malaysia hari ni, bila ikhwah kita di mesir sedang menunggu syahid. Dan 'jelmaan' (embodiment) tarbiyah itu jelas kelihatan pada mereka, bukan kita. Astaghfirullah.

      Yang paling utama, teguran ini khusus untuk aku sendiri.


O you who believe, your riches and your children must not divert you from the remembrance of Allah. And those who do that are the losers.

[al-munaafiqun (63): 9]


Caption: suasana berbuka di masjid bagian, kuching.



Wallaahu'alam bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 3:21 AM
Categories:

0 comments  

Saturday, August 10, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Lebih kurang 2 bulan jugak lah aku cari kerja dulu. Dan aku hanya pergi interview company-company yang aku minat saja. Yang tak minat, terus aku reject awal-awal. Memang belagak betui time tu.

     Tapi setiap kali pergi interview yang company aku nak, mesti aku banyak mengarut. Bila mengarut hang tau-tau je la, memang tak dapat la jawabnya. Pergi interview, pastu kantoi. Berkali-kali pulak tu. Time tu morale spirit memang jatuh banyak. Hilang confident kawe dibuatnya.

     Sampai la pada satu petang ni dapat email dari satu company ni. Tengok job scope dan website dia, kerja ni banyak main benda-benda offshore. Naqib awal-awal lagi dah warning (walaupun nada main-main, tapi aku tau dia serius), jangan apply kerja-kerja yang membabitkan offshore ni sebab takut ganggu kerja-kerja tarbiyah.

      Dalam keadaan morale spirit yang rendah (boleh kata desperate nak kerja jugak), aku pun akhirnya reply email tersebut untuk hadir interview. Aku datang interview kerja ni bukan sebab nak kerja pun, tapi sebab nak tambah pengalaman interview.

     Tup tup satu malam sebelum hari interview, seorang akh mintak tolong untuk bawak usrah dia. Mula-mula rasa keberatan jugak, tapi tibai je la. Haha. Ditakdirkan, usrah habis lambat gila (walaupun dah bagitau budak-budak ni yang aku ada interview esok pagi). Pukul 1 dah, start enjin vroom laju balik rumah. Nak dijadikan cerita, jam sangat teruk sebab ada accident + maintenance jalan raya. 

     Pukul 2.30 pagi jugak la sampai rumah. Satu benda pun tak study untuk interview esok. Nak study, mata dah berat pastu nak kena bangun awal lagi. Time tu pikir, lantak lah apa nak jadi pun esok. Kalau kena tanya pelik-pelik, memang 'sitting duck' la jawabnya.

     Alhamdulillah, first stage interview memang smooth. Soalan dia tanya pun benda-benda asas saja. Sampailah dia tanya,

"Kerja kami ni banyak buat kerja-kerja di pelantar minyak. Awak sanggup ke kena hantar ke site sampai berbulan-bulan?"

     Dengan jujur aku jawab,

"Kalau kena hantar jauh-jauh sampai berbulan-bulan ni saya susah sikit. Saya ada banyak komitmen lain bla bla bla"


     Time tu aku nampak dengan jelas riak wajah dia yang berbunyi, "ah sudah. Budak ni dah tak boleh gi dah ni. Out dah ni". Aku memang pasrah, sebab niat aku hanya nak tambah pengalaman interview saja. Lepas tu dia sambung cerita-cerita sikit, pastu habis.

     On the way balik rumah, petang tu jugak dapat call dari diorang yang kata aku dah diterima untuk bekerja. Aik..........awal-awal lagi aku dah cakap yang aku tak boleh kerja macam diorang tapi diterima jugak. Balik rumah, solat istikhoroh, tunggu 1-2 hari untuk fikir masak-masak. Akhirnya, aku terima jugak kerja tersebut. Alhamdulillah, hampir setahun dah.

     Tapi perkara yang merisaukan naqib aku tu memang menjadi kenyataan lah. Memang mengganggu kerja tarbiyah. Dah 2 bulan berturut dah usrah secara skype (memang tak feel langsung). Kadang-kadang tu aku terasa seperti Allah sedang 'menapis' aku (asalnya nak guna perkataan 'singkir', tapi bunyinya macam negatif sangat la pulak). Astaghfirullah.

     Tapi bila ingat balik rentetan peristiwa camana aku dapat kerja ni, memang betul-betul terasa seperti Allah yang 'guide' aku all the way sampai dapat kerja. Terasa sangat mudah dapat kerja ni walau hati tak suka pada awalnya. Sedangkan preparation untuk interview-interview sebelum ni bagai nak rak aku study betul-betul. Reminds me of this aayah:


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

Allah tahu, sedang kamu tak tahu.

[al-baqoroh (2): 216]


      Mungkin Allah murka dengan aku sehinggakan aku terasa seperti disingkir, tapi yang sebenarnya rahmat Allah itu jauh lebih luas dari kemurkaanNya. Satu benda yang aku belajar yang betul-betul terkesan kat hati ni melalui peristiwa ni: 

samada aku nak biar fikrah islam itu hanya bermain-main di kepala, atau aku bumikan fikrah itu sendiri sehinggakan wujud 'tanaman' yang lain. It's either sink or swim.

     Zaman belajar boleh lagi nak ikut jalan yang ketiga. Zaman kerja? Ada dua jalan je bro. Kiri atau kanan, itu saja. 

     Kadang-kadang tarbiyah dari Allah itu boleh jadi sangat pahit, tapi ia berkesan sangat kuat di hati. Tarbiyah dari Allah, bukannya sesuatu yang hang boleh dapat dari naqib atau daurah semata-mata. Alhamdulillah, sebenarnya aku bersyukur gila dengan kerja sekarang. Terlalu banyak benda yang aku belajar melalui medan-medan yang tak pernah terfikir pun untuk masuk sebelum ni. Kesimpulannya sama saja; tarbiyah islam tetap relevan di mana-mana dan di waktu apa pun.



     Pengajaran post ni? Laa taqnatu min rohmatillah. 


Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[az-zumar (39): 53]


     Doakan agar aku (dan kita semua) agar terus tsabat. Tiada yang kekal melainkan Allah.






                                      *************

"Ana tak akan respek antum selagi antum tidak bekerja dan tidak berkahwin lagi"
[mafhum kata-kata UAO]


     Aisehman. Nak kena lalu fasa berkahwin pulak *garu kepala*



Wallaahu'alam bis sowabb

Posted by Posted by zabed at 5:42 PM
Categories:

0 comments  

Sunday, May 12, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim



     Sedang aku menghirup air teh wo ais limau di mamak, tiba-tiba sorang ofis mate tanya,


"Bed, dengar cerita ko selalu pergi futsal. Minggu ni ada tak? Aku nak join boleh?"


     Tak sempat aku nak jawab soalan si ofis mate ni, tiba-tiba sorang abang technician berumur 30-an di depan aku ni pergi jawab,


"Wuish best pergi futsal dengan geng-geng si Zabed ni. Lepas main futsal je mesti ada 'istikhoroh'. Sedap je dengar."


     Uiks. Istikhoroh? Sejak bila pulak lepas main futsal kita (baca: ikhwah) ada solat istikhoroh pulak ni? Pikir punya pikir, aku tanya brader tu balik,


"Istikhoroh ke........tazkirah?"

"Haaaaa tazkirah! Istikhoroh pulak aku cakap."


     Satu meja tergelak. Kemudian brader technician tu sambung lagi selepas menghembus asap rokok,


"Nanti kalau ada tournament futsal 'geng-geng' ko lagi, jangan lupa panggil aku tau."


     Time tu, hanya Tuhan saja yang tau betapa gembiranya hati aku. Allaahu akbar. Allaahu akbar.



     Ada 3 pengajaran. Yang pertama; orang di luar dahagakan tarbiyah, sedangkan kita complain usrah kita 'kering'. Atau yang sebenarnya kita sudah 'tepu'? Kalau botol hanya muat untuk satu liter, kita pi isi air sampai 2 liter. Akibatnya, 1 liter air terbuang sedangkan ada banyak lagi botol air yang kering dah lama tak ada air.

     Kalau betul-betul nak isi sampai 2 liter, pastikan botol hang tu betul-betul muat untuk 2 liter. Maksudnya, lagi besar botol kita, ertinya lebih besar skop-skop target dakwah kita. The thing is, apa cer sampai air melimpah ruah kat botol sendiri ni? Tepu dengan tarbiyah sendiri, sedangkan diri sendiri banyak berteori tapi buat kerja tak mau. Kan dah kena sound.

      Air dalam botol, kerja dia memang untuk masuk dalam perut manusia. Kerja botol tu bukannya hanya berendam dalam air sahaja, melainkan berendam tu tujuan dia untuk mengekalkan suhu sejuk, which is bagus untuk orang yang betul-betul dahaga.

     Satu lagi, usrah itu hadaf -nya ialah 'ukhuwah', bukannya 'ruuhi '. Kita ada wasilah  lain yang memang dikhusukan untuk membina ruuh  kita iaitu katibah. Kalau usrah tu tak rasa ruuh , itu benda biasa. Tapi kalau usrah tu tak rasa ukhuwah, haa tu memang betul-betul masalah. Tak guna pun letak nama 'usrah' kalau jadi camtu (usrah: keluarga).

     Dah biasa dengar ayat di bawah ni?


Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun, dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

     Pernah baca ayat selepasnya?


Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya Allah menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepadamu tanda-tanda kebesaran supaya kamu memikirkannya.

[Al-Hadid (57): 16-17]


     Sekarang fikir sendiri kaitan ayat 16 & 17. Astaghfirullah. Astaghfirullah.


     Pengajaran yang kedua (tak panjang pun); kadang-kadang kita takut kalau-kalau tazkirah atau taujih kita ni tak gempak atau membosankan. Sedangkan yang dinilai Allah ialah kesungguhan kita. Jangan risau pasal faktor gempak tak gempak, jangan risau pasal best tak best, jangan risau orang bosan dengan kita. Kita buat kerja sebaik mungkin, Allah akan tunjukkan jalan. Okay bro?



Dan orang-orang yang berjihad (baca: bersungguh-sungguh) untuk Kami,.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka (lanah diyanNahum!) jalan-jalan Kami.
Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

[Al-'Ankabut (29): 69]




     Pengajaran yang ketiga? Ini yang paling panjang sekali, tapi insya Allah aku akan tulis di post seterusnya. Nak tulis kat sini ketiga-tiga sekaligus... mak aih. 'Tepu' pulak karang.


     Haha. Wallaahu'alam bis sowab.




gambar kenangan bersama abang-abang technician





*Terjemahan sesuka hati.
Ikhwah: bro-bro.
Hadaf: tujuan, objektif.
Ukhuwah: persaudaraan.
Ruuhi, ruuh: basahkan hati, naik syaikh, seperti dipasangkan sayap di belakang.
Wasilah: jalan.
Mad'u: orang yang didakwah, target dakwah.
Katibah: bermalam di satu tempat, kemudian qiamullayl beramai-ramai. Beramai-ramai, bukan sorang-sorang.
Syumul: Lengkap menyeluruh.
Taujih: Pengisian.

Posted by Posted by zabed at 1:02 AM
Categories:

0 comments  

Friday, May 10, 2013


Bismillaahirrahmaanirrahiim






     Ada orang bertanya aku,


"Berapa banyak dapat?"


     Aku bingung jap, "banyak ape? Undi?"

"Bukan. Berapa banyak (duit) diorang bagi?"


     Tanpa berfikir panjang, aku pun spontan menjawab,


"Takdak ah. Tak dapat (duit) apa pun."


     Semua orang senyap. Kemudian ada yang bersuara,


"Tipu lah".


******


     PRU kali ni berapa banyak pakcik-pakcik dan makcik-makcik KITA diberi amanah unuk menjadi wakil rakyat untuk DUN dan parlimen. Ada beberapa calon-calon KITA yang dianggap mustahil untuk menang pun boleh menang gak. Pasaipa?

     Sebab kitalah (ummat) rahmatan lil 'aalameen. Apa-apa sahaja yang kita buat pasti dianggap mustahil sehinggakan orang terpacul keluar mengatakan 'tipu' secara tidak sengaja. Itulah kehebatan tarbiyah. Kitalah hero ummah ini.

     Tarbiyah dan takwin, itulah jalan kita kepada kemenangan. Memang betul kualiti itu jauh lebih bermakna daripada kuantiti. Tapi bayangkan kalau jumlah 'kualiti' bertambah 'kuantiti'-nya?

   Lain kalilah. Tunggulah sehingga bilangan orang yang berkualiti semakin bertambah kuantitinya. Insya Allah.



Wallaahu'alam bis sowab.

Posted by Posted by zabed at 3:12 AM
Categories:

0 comments  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
>